Friday, 24 May 2013
PULUHAN RIBU RAKYAT BERKUMPUL DI HIMPUNAN BLACK OUT 505 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU!!!!
Markas PAS Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dibanjiri puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa tua dan muda yang berbaju hitam sempena Perhimpunan Black out "505" Peringkat Negeri Terengganu.
Selain DSAI, Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa, Pengerusi PKR Negeri Terengganu merangkap ADUN Bandar,YB Azan Ismail dan ADUN Batu Buruk YB Dr Syed Azman turut hadir.
Thursday, 23 May 2013
PENANGKAPAN DUA PEMIMPIN PR DAN AKTIVIS DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948....AZMIN ALI SUDAH BERSUARA BEB!!!!
Saya mengecam penahanan Tian Chua, Haris Ibrahim, dan Tamrin Ghafar di bawah Akta Hasutan kononnya atas ceramah anti-penipuan pilihan raya baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Tindakan keras terbaru oleh pihak polis, seperti yang saya telah beri amaran dan peringatan pada artikel saya yang lepas, akan kembalinya ke zaman Mahathir apabila tindak balas pertama kepada dakwaan rakyat hak-hak sivil mereka adalah penggunaan kuasa polis. Mereka yang bertanggungjawab untuk penyalahgunaan kuasa kerajaan akhirnya perlu menjawab perkara ini.
Bermula dengan tuduhan yang sama sekali tidak wajar terhadap Nik Nazmi atas kejayaan yang amat membanggakan di Perhimpunan Aman Stadium Kelana Jaya.
Adam Adli kini telah didakwa dengan hasutan sementara ramai lagi yang ditahan malam tadi untuk menjaga cahaya lilin vigil.
Dengan Menteri Dalam Negeri baru cuba untuk mengalahkan penjawat sebelumnya untuk dilihat lebih hebat dan kuat, sedangkan Najib masih berada dalam 'elegan senyap', kita boleh menjangkakan lebih banyak tangkapan dan pendakwaan keatas pemimpin pembangkang dan aktivis hak sivil.
Saya menyeru kepada rakyat untuk tetap teguh dalam usaha mereka memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Ia adalah hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan kemarahan dan rasa tidak puas hati kami dengan penipuan demi penipuan. Mereka cuba untuk menakut-nakutkan kita ke alam penyerahan. Kita mesti terus mempertahankan hak-hak dan maruah kita.
AZMIN ALI
Timbalan Presiden
Parti KeADILan Rakyat
RAKAMAN GAMBAR DATUK TAMRIN TUN GHAFAR DI TAHAN DI BALAI POLIS JINJANG ATAS KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!
KUALA LUMPUR: Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.
Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim
"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.
Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim
KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR YB TIAN CHUA KETIKA DI TAHAN POLIS DI LCCT TENGAH HARI TADI DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948!!!!
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
PENGARAH TABUNG HAJI KENA TANGKAP KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG STAF TABUNG HAJI, DI SEBUAH HOTEL DI KOMPLEKS TABUNG HAJI!!!!
BALIK PULAU - Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita yang juga isteri orang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.
Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.
Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. - Bernama
ANAK SAMY VELLU KUTUK KERAS PENANGKAPAN KEATAS TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DAN TAMRIN TUN GHAFAR DIBAWAH AKTA HASUTAN SEDANGKAN PEMIMPIN PERKASA DAN UTUSAN BEBAS UNTUK LAKUKAN APA SAJA TANPA SEBARANG TINDAKAN!!!!
Seorang pemimpin MIC telah mengutuk keras peristiwa penangkapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Aktivis di bawah Akta Hasutan dan menggesa pihak berkuasa tidak mengamalkan penindasan dan penangkapan selektif dan berpilih.
Anak DS Samy Vellu, S Vell Paari berkata beliau cukup bimbang dan gusar apabila di beritahu tentang penangkapan keatas YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, aktivis dan pemimpin NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) peguam Haris Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen UMNO/BN yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri kini ahli PAS Datuk Tamrin Tun Ghaffar.
Ketiga-tiga mereka telah dicekup petang tadi yang berkaitan dengan suatu forum pada 13 Mei, di mana panggilan itu dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan.
Vell Paari berkata tangkapan akan menyemarakkan kemarahan orang ramai dan rakyat kepada pihak berkuasa dan persepsi akan terbentuk dan akan dilihat sebagai mengamalkan double standard apabila ia datang untuk menguatkuasakan Akta Hasutan.
"Walaupun orang-orang seperti [pemimpin Perkasa] Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin dan ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah dibenarkan untuk berkeliaran bebas walaupun membuat kenyataan pembakar tentang bangsa dan agama, tokoh-tokoh pembangkang bagaimanapun dengan pantas diheret dan di cekup..
"Malah,muka depan Utusan Malaysia selepas pilihan raya umum, yang memaparkan kisah 'Apa Lagi Cina Mahu? , suatu yang menjerit hasutan tetapi pemimpin-pemimpin kita memilih untuk mempertahankan penerbitan, "kata pengarah strategi MIC.
Vell Paari berkata, perkembangan ini tidak memberikan petanda yang baik bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
KOLEKSI SEDUTAN GAMBAR PERBICARAAN ADAM ADLI DI MAHKAMAH JALAN DUTA KUALA LUMPUR, ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN!!!!
Mahkamah hari ini menetapkan 2 Julai depan bagi sebutan kes terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim atas dakwaan menghasut rakyat Malaysia turun ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan.
Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam dengan ikat jamin RM5,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Seksyen di sini.
Adam Adli didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Adam yang berbaju T hitam diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor dan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.
Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
“Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam,” kata N. Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.
“Kita akan fail permohonan untuk batalkan pendakwaan ini di Mahkamah Tinggi secepat mungkin.”
Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan.
Adam telah ditahan pada 18 Mei di Bangsar Utama.
Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah: “Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.
“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ...”
Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang berhimpun bagi menuntut pembebasan Adam Adli telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi berhampiran dengan balai polis Jinjang.
Media melaporkan lebih kurang 1,000 orang berhimpun untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa itu.
Diantara yang ditahan adalah Peter Chong, pegawai khas kepada ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa, dan semua yang ditahan dihantar ke Balai Polis Jalan Travers di sini.
ADAM ADLI TERUS SAMPAIKAN UCAPAN SULUNGNYA SEBAIK BEBAS DENGAN IKATAN JAMIN RM5,000!!!
Sebaik saja Adam Adli dibebaskan dengan inkatan jamin RM5000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Jalan Duta Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, beliau terus menyampaikan ucapan sulungnya di perkarangan Mahkamah.
Kes ini akan disebut semula pada 2hb Julai 2013.
Beliau telah diwakili sebarisan peguam yang diketuai Dato' Ambiga dan Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Padang Serai, YB N.Surendran.
AKHIRNYA POLIS SAHKAN BAHAWA ADA UNSUR-UNSUR JENAYAH DALAM KEMATIAN SEORANG TAHANAN DALAM LOKAP POLIS DAN KINI DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN KESALAHAN MEMBUNUH!!!!
Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa seorang tahanan yang mati dalam lokap polis setelah hasil bedah siasat yang dijalankan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur lewat petang semalam terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian tahanan tersebut.
Kini pihak dari Bukit Aman akan ambil alih penyiasatan yang di klasifikasikan sebagai kes bunuh Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tahniah dan syabas kepada PDRM keana keterbukaan dan telus dalam menyelesaikan isu kematian dalam tahanan ini.
Wednesday, 22 May 2013
KEPUTUSAN PRU 13 YANG RAKYAT LUAR BANDAR, FELDA, PENDALAMAN DAN PENYOKONG TEGAR UMNO TIDAK TAHU!!!!!
Keputusan PRU 13 yang lalu yang cukup memberi malu kepada UMNO/BN dimana belum pernah dalam sejarah UMNO/BN masuk bertanding dalam PRU maupun PRK (Pilihanraya Kecil), calonnya hilang wang deposit kerana tidak cukup undi diperolehi.
Kini ianya sudah pun sejarah di cipta...Bukan satu tapi dua kerusi DUN di Pulau Pinang calon BN telah hilang wang deposit..
Berlaku di DUN N13 Berapait apabila calon BN Lau Chiek Tuan hanya mampu raih 2,230 undi dibandingkan calon DAP/PR Ong Kok Fooi memperolehi 16,995 undi.
DUN N27 Pengkalan Kota calon BN dapat Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye dapat 1,803 undi calon DAP/PR Lau Keng Ee perolehi 15,403 undi.
Ini dinamakan keputusan pukulan maut sampai lunyai lumat.
Kisah ini dipadamkan terus dari disiarkan oleh Utusan, Berita harian, TV3 dan RTM termasuk Astro Awani.
Kalau kena pada Pakatan rakyat... siang malam pagi petang akan menjadi tajuk utama disemua media milik dan kawalan UMNO terutamanya dijadikan berita muka hadapan Utusan dan Berita Harian.
Tuesday, 21 May 2013
KOLEKSI RUNTUHAN DI TERENGGANU SEMASA PEMERINTAHAN UMNO/BN!!!!!.
Bermula dengan runtuhan Dewan Saidina Abu Bakar Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang pada 12hb April 2008 dan diikuti runtuhan paling tersohor iaitu pada 2hb Jun 2009, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Kuala Terengganu dan yang terbaru sekali 20hb Mei 2013, bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang.
1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta
2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said
3. Kolam Renang Batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta
4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta
5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009
6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta
7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta
8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa
9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.
10. Pondok rehat di kawasan landskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh; 9 Januari, 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina
11. Astaka Dalam Pembinaan di Besut
Tarikh; 21 Jun, 2012
12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh; 19 Julai, 2012
13.Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh; 24 Julai, 2012
14. Sengkuap bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh; 30 Disember, 2012
15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih tarikh; 20 Februari 2013
16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh; 20 Mei, 2013
Harga; RM1.4 juta
KESIANNNNNN......HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT "BLACK 505" PERINGKAT NEGERI KEDAH TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN....TIDAK SAMPAI 100 ORANG HADIR???????
Walau pun Menteri Besar Baru Kedah Mukhriz anak Mahathir tidak membenarkan Stadium Sultan Abdul Halim , Alor Setar digunakan untuk perhimpunan aman Suara Rakyat Suara Keramat "Black 505" peringkat negeri Kedah namun dilokasi Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut Alor Setar tetap menarik tidak kurang 50,000 orang berpakaian serba hitam berkumpul secara aman untuk bantah cara sistem pilhanraya umum ke-13 diadakan baru-baru ini.
Dari sokongan rakyat Kedah berikan kepada Himpunan Black 5050 malam ini, macam tidak percaya yang Kedah sudah terlepas ke tangan UMNO/BN.
Kerajaan UMNO/BN menang PRU 13 tapi sokongan, hati dan minda rakyat telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu serta Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan Rakyat yang menggegarkan pentas ceramah Himpunan Black505 di Kedah malam ini.
Himpunan yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pengerusi himpunan Datuk Johari Abdul, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar serta Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.
Program malam ini bermula dengan solat Maghrib berjamaah dan kemudian solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara yang muktahir ini cenderung dengan isu perkauman.
"Ia juga bagi memohon kesejahteraan bagi bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini masih di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang," tegas Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS.
Sejurus solat hajat, tepat jam 9 malam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Kedah akan berucap, sebelum ucapan utama pimpinan utama Pakatan Rakyat.
Pada himpunan malam ini juga, untuk mempersoalkan tindakan SPR yang gagal menjadikan PRU13 sebagai pilihan raya yang bersih dan adil.
18 MURID SEKOLAH RENDAH DI MELAKA SAKIT PERUT MUNTAH-MUNTAH SELEPAS MINUM SUSU KOTAK 1M'SIA!!!!!!
18 murid di Melaka dipercayai alami keracunan makanan.......Seramai 18 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Telok Mas di Melaka hari ini mengalami sakit perut dan muntah-muntah, dipercayai keracunan makanan.
Kesemua mereka melibatkan murid Tahun Satu dan Tahun Tiga itu mengadu sakit perut dan muntah-muntah selepas minum susu kotak 1Malaysia kira-kira 9 pagi.
Kesemua mereka dihantar ke Klinik Kesihatan Umbai.
Seorang murid Ahmad Syukri Bakri, 9, berkata dia muntah sebanyak enam kali selepas minum susu itu.
"Selepas habis minum di dalam kelas, tiba-tiba perut rasa sakit dan kemudian muntah-muntah," katanya ketika ditemui di Melaka hari ini.
INI BUKAN KES TERPENCIL MAUPUN JULUNG KALI BERLAKU...UDAH BANYAK KALI....YANG MENJADI MANGSA IALAH BUDAK-BUDAK KECIL MISKIN YANG TIDAK BERDOSA.
SATUUUUUUUUUUUUU.......MALAYSIA.......SATUUUUUUUUUUUU... MALAYSIA..... SATUUUUUUUUUUUU......MALAYSIA.
YEAH YEAH !!!! GAJI KETUA MENTERI SARAWAK NAIK 300% BERKUATKUASA MULAI 1HB JANUARI 2012... DARI RM13,000 SEBULAN MELONJAK MENCANAK KE RM39,000 SEBULAN!!!!
Menteri, Adun Sarawak dapat kenaikan gaji
21 Mei 2013
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. - Bernama
DENGAR CERITA ITU GAJI TETAP SAJA TIDAK TERMASUK SEGALA ELAUN....RAKYATNYA MASIH RAMAI YANG HIDUP MEREMPAT TETAPI PARA PEMIMPINNYA SEMAKIN MEWAH DAN SENANG LENANG!!!!
RAKAMAN GAMBAR BAPA ADAM ADLI BERJUMPA DENGAN ANAKNYA DALAM LOKAP TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!!
BIARKAN GAMBAR BERBICARA.
Rakaman gambar yang mengisahkan seribu bahasa...Terima Kasih kepada pihak PDRM kerana mengizinkan bapa kandung Adam Adli berjumpa dengan anaknya.
Kelihatan Adam Adli sihat dan bersemangat sekali...itu kata-kata bapa Adam Adli kapada rakyat.
BILA DISAMAN OLEH DSAI RM100JUTA MENGGELUPUR PAPAGOMO ENGGAN MENGAKU DIRINYA ADALAH WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.
Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.
Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas.
Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































