Monday 30 April 2012

MENJAWAB FITNAH MEDIA MILIK DAN KAWALAN UMNO KONONNYA UNIT AMAL PAS TELAH MEREMPUH SEKATAN POLIS DI KLCC!!!!!....

Unit Amal tidak rempuh polis di KLCC

,
KUALA LUMPUR, 30 April: Unit Amal PAS tidak merempuh polis di KLCC, sebaliknya cuba 'meloloskan diri' melalui ruang kosong yang ditinggalkan polis.

Ketua Keselamatan Unit Amal PAS bagi Himpunan Bersih 3.0, Kamaruzzaman Mohamad menjelaskan terdapat sedikit ruang kosong di persimpangan Jalan P. Ramlee yang membolehkan peserta Anti-Lynas melaluinya untuk ke Dataran Merdeka.

Katanya, sepanjang Jalan Ampang, terdapat hampir 500 anggota polis berbaris bagi menyekat laluan peserta Anti-Lynas bergerak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, katanya barisan anggota polis itu hanya memakan sebahagian dari Jalan P. Ramlee, yang menyebabkan Unit Amal PAS berjaya meloloskan diri bersama peserta Anti-Lynas untuk ke Dataran.

"Dalam hal ini, Unit Amal PAS tidak merempuh polis, tetapi mengambil ruang yang terbuka untuk mara ke Dataran Merdeka.  Apabila ruang itu ada, mereka bertindak meloloskan diri dan diikuti pengikut Anti-Lynas," jelas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hasan berkata KLCC bukan merupakan kawasan larangan sebagaimana yang diisytiharkan ke atas Dataran Merdeka.

Atas sebab itu, beliau mempersoalkan mengapa pihak polis cuba mengepung di kawasan berkenaan yang tidak diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

"Mengapa pihak polis membuat sekatan, sedangkan ia (KLCC) bukan merupakan kawasan larangan sepertimana yang diisytiharkan ke atas Dataran Merdeka?"

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...