Thursday 31 October 2013

MOHON BANTUAN ... APA YANG DI MAKSUDKAN AKAN KENYATAAN INI?


Notis ini dirakam dalam sebuah tandas awam berbayar ...

MULAI ESOK 1HB NOVEMBER 2013 HARGA AKHBAR KOSMO RM1.00 SENASKAH SEBAB TIDAK LAKU!!!


Akhbar Kosmo dan Kosmo Ahad keluaran Utusan milik UMNO mulai esok akan di jual RM1.00 senaskah.

Surat dari Pengurus Besar Pemasaran dan Pengedaran Utusan Malaysia kepada semua vendor dan agen telah diedarkan.

Alasan diberikan ialah agar dapat meningkat hasil jualan.

Maknanya hasil jualan Akbar Kosmo dan Kosmo Ahad kini cukup teruk .. demi menarik minat pembaca ialh dengan menurunkan harga.

Sebenarnya bukan turunkan harga tetapi hapuskan berita-berita menipu dan memfitnah .. kena lebih adil .. ikut contoh akhbar Sina Harian ... memberi luputan agak saksama kedua belah pihak.

Selagi Kosmo berperangai seperti lama .. jangan katakan RM1.00 senaskah .. sepuluh sen senaskah pun orang tak terliur nak beli.



RAKAMAN GAMBAR DAN CERITA YANG BAKAL DI PUTAR OLEH MEDIA ARUS PERDANA.


Hari ini telah berlaku upacara serah menyerah kunci bagi kenderaan rasmi Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Setiap dari mereka menggunakan kereta Toyota Camry 2.5 bagi menggantikan kenderaan yang sudah uzur dan usang.

Apakah nanti akan berlaku putaran berita dan cerita dari media arus perdana milik dan kawalan UMNO kononnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng tidak patriotik kerana  tidak membeli kereta nasional keluaran Proton.



BERITA BERGAMBAR BARU MASUK ...FLET KG KERINCHI TERBAKAR!!!!



Omak Kau dapat kiriman gambar memberitahu baru sebentar tadi Flet di Kg Kerinchi Kuala Lumpur terbakar.


Enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Asap hitam berkepul-kepul boleh dilihat dari jarak jauh.

Punca kebakaran, kerugian dan kasualti tidak di ketahuI lagi.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat kini sedang berkerja keras bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran.


AHMAD ZAHID BERJANJI AKAN AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA MANA-MANA PELANGGAN YANG MASIH MENGGUNAKAN KHIDMAT SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN YANG TERLIBAT DALAM KES PEMBUNUHAN SEORANG PEGAWAI BANK MINGGU LALU ... TETAPI TIDAK BERBUNYI UNTUK AMBIL TINDAKAN KEATAS SYARIKAT KAWALAN KESELEMATAN BERKENAAN!!!!



Dengar bunyinya pula syarikat kawalan keselamatan yang terlibat dalam mengajikan seorang pengawal keselamatan pemilik MyKad palsu yang menembak mati seorang pegawai operasi bank AmBank Cawangan Subang Jaya ialah KAWALAN PRIMA bukan SECURIFORCE ..

Lesen dan permitnya termasuk lah permit dan lesen membawa dan menggunakan senjata api telah di tarik balik dengan serta merta sebaik saja di ketahui pada hari sama kejadian.

Heboh kata Syarikat Kawalan Keselamatan ini masih lagi memberikan khidmat yang sama kepada para pelanggannya.

Yang menjalankan perniagaan haram .. sepatah haram tidak dikeluarkan tetapi akan ambil tindakan tegas kepada para pelanggan yang mengambil perkhidmatan kawalan keselamatan yang haram ini.

KUALA LUMPUR 31 Okt - Tindakan undang-undang bakal diambil terhadap mana-mana pelanggan yang masih menggunakan khidmat syarikat kawalan keselamatan yang disenaraihitamkan terlibat dalam kes-kes jenayah termasuk insiden rompakan dan pembunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya, minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak yang disyaki terlibat akan di heret ke mahkamah kerana syarikat yang terlibat telah ditarik semula lesen perniagaan berkuatkuasa serta merta.

"Kita sudah mengklasifikasikan sebarang operasi kawalan keselamatan oleh syarikat berkenaan adalah secara haram berikutan pembatalan lesen perniagaan dan lesen perniagaannya.

"Pagi tadi, KDN sudah pergi ke ibu pejabat syarikat kawalan keselamatan terbabit bagi memastikan ia tidak beroperasi dan mendapatkan senarai pelanggan mereka," katanya pada sidang media selepas mlancarkan Jaringan Pemidato 1Malaysia di Lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga menambah, pihaknya akan memaklumkan kepada pelanggan terbabit agar tidak lagi menggunakan perkhidmatan daripada syarikat kawalan keselamatan berkenaan.

Pada 23 September lalu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji seorang pengawal keselamatan kerana disyaki terlibat dalam insiden rompakan dan menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, Selangor.

INI DINAMAKAN UNDANG-UNDANG RIMBA LANGSUNG TAK MASUK AKAL ... YANG LANGGAN KENA HERET KE MAHKAMAH .. YANG MEMBERI LANGGANAN TIADA SEPATAH PERKATAAN PUN NAK DI HERET.

REALITI DAN LOGIKNYA SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN ITULAH YANG PATUT DI BERIKAN KEUTAMAAN UNTUK DI HERET KEMAHKAMAH KERANA MENJALANKAN PERNIAGAAN KAWALAN KESELAMATAN DENGAN BERSENJATA API TANPA PERMIT, LESEN DAN KEBENARAN.

PELAJAR-PELAJAR INI DI BERI AMARAN KERANA BERGAMBAR DENGAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI BANGUNAN PARLIMEN???


Satu rombongan para pelajar dari UPSI Tanjung Malim Perak telah ke parlimen sebagai tetamu salah seorang ahli parlimen untuk mengikuti perbahasan yang sedang rancak disana.

Dalam pada masa yang sama mereka telah ambil kesempatan untuk bergambar kenangan dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

Rakaman gambar ini diberitakan telah mengundang padah dengan mereka telah dipanggil pihak UPSI untuk mendapatkan penjelasan.

Dikatakan mereka telah diberikan amaran keras secara lisan agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Sama ada kisah dan cerita ini benar atau tidak maka perlunya ada ulasan dan penjelasan dari pihak yang terlibat.

HANYA KERANA KERETA INI ADA STICKER PAKATAN RAKYAT MAKA IANYA KENA CLAMP!!!!!


LOKASI .. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.

Ini dinamakan negara edan ... negara yang mengajak rakyat agar hormat dan patuh kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tetapi tidak di praktikan .. jenis retorik cakap omong-omong kosong.

Cuba perhatikan betul-betul .. jika kereta ini letak kereta di kawsan larangan mengapa kereta ini saja yang kena clamp sedangkan kedua belah kereta sebelah menyebelah langsung tidak diambil tindakan yang serupa dan sama?

Tidak lain tidak bukan kerana kereta ini ada sticker besar yang menjolok mata dan menguris hiris hati dan jiwa kakitangan UMP yang teramat pro UMNO/BN.

Apakah jika kereta ini tempelkan sticker lambang UMNO/BN dan wajah Najib Razak akan di perlakukan perkara yang sama? .. Sudah pasti tidak.

INI SUDAH MELAMPAU!!!! ...MB SELANGOR SHOPPING SAKAN DI KOTA RAYA PARIS, LONDON, LAS VEGAS DAN MADRID???


Rakaman gambar ini tidak akan di siarkan oleh Utusan, Berita Harian, NST, The Star, Harian Metro dan Kosmo sebab tidak mau aibkan tuan punya badan!!!!

Terkenal sebagai Menteri Besar yang cukup kedekut ... kedekut kerana sifat amanah yang tinggi urus dana dan kekayaaan negeri Selangor secara berhemah.

Cara dan gaya hidupnya pun konsisten dengan wataknya yang amat berjimat cermat itu.

Shopping pun dekat Pasaraya Giant jer.


Omak Kau yakin beliau akan pastikan pembangunan di luar bandar dan desa akan diberikan keutamaan selain menambah rizab negeri.

APABILA RAKYAT DENGAR DAN AKUR SUNGGUH NASIHAT MENTERI UMNO!!! .. AYAM MAHAL MAKA MAKAN BERUK!!!



Sebagai mendegar dan akur akan pandangan yang cukup hebat dari seorang menteri UMNO supaya elak makan ayam jika harganya mahal dan cari makanan alternatif ... maka kini ada rakyat makan beruk sebagai ganti makan ayam.

Apakah ini yang di maksudkan dan diidamkan menteri tersebut?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

CONTOH BETAPA HEBATNYA PERALATAN SEKOLAH DI MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK DALAM DUNIA!!!!


Biarkan saja gambar berbicara sendiri .... tak mampu nak kata apa-apa sebab sedih duka yang amat apabila Omak Kau mendapat kiriman gambar betapa daifnya meja yang dibekalkan disalah sebuah sekolah menengah dinegara ini yang di tadbir urus oleh kerajaan UMNO semenjak merdeka yang mendabik dada kononnya sekolah kita adalah antara yang terbaik dan terhebat seantaro dunia.

Kerajaan UMNO boleh membelanjakan jutaan ringgit setahun hanya untuk bayar bil elektrik dan air kediaman rasmi Najib dan Muhyiddin Yassin .. tapi nak bekalkan sebuah meja yang selesa untuk pelajar kita terlalu payah dan banyak sangat kerenah.

Paling menyedihkan rakaman ini diambil ketika pelajar gadis itu sedang menduduki peperiksaan.

SELAGI ADA BULAN, BINTAN DAN MATAHARI .. UMNO AKAN TERUS TIPU RAKYAT.

SIAPA NAK KENA KAPAK KERETANYA DIPERSILAKAN LETAK KERETANYA DI CAR PARK INI!!!!!


Bunyi sama tapi lain makna .. dimaksudkan Car Park Kereta atau tempat letak kereta tapi di tulis KAPAK KERETA ...

Rosdak jahanam punah ranah dibuatnya apabila terlampau ramai warga asing tinggal dinegara ini sampaikan kerja dan tugas menulis papan tanda pun diserahkan kepada mereka.

INILAH WAJAH BLOGGER PRO UMNO PADI JANTAN YANG DIARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM130,000 KEPADA BEKAS SU MB KEDAH KERANA FITNAH JAHAT!!!



Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.

Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

KUMPULAN PRO MAHASISWA MENANG BESAR PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI ISLAM ANTARA BANGSA MALAYSIA (UIAM).



Gombak: Pro Mahasiswa Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (WUFI UIAM) telah memenangi majoriti besar kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus (PRK) di kampus tersebut.

 Daripada keseluruhan 13 kerusi yang dipertandingkan, WUFI UIAM berjaya memenangi 11 kerusi, di samping Aspirasi Mahasiswa serta Ikram Siswa masing-masing berjaya merebut 1 kerusi.

 Di kampus UIAM cawangan Kuantan juga memperlihatkan kemenangan bergaya WUFI UIAM. Kumpulan pro-pelajar tersebut menyapu bersih 11 dari 12 kerusi yang dipertandingkan. Baki 1 kerusi lagi dimenangi calon Bebas.

 Secara keseluruhan, WUFI UIAM memenangi 22 kerusi di samping Aspirasi Mahasiswa, Ikram Siswa dan calon Bebas masing-masing 1 kerusi.

Mengulas mengenai kemenangan besar WUFI UIAM, timbalan presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap timbalan ketua penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Siti Rabiatul Adawiyah menyebut, kemenangan WUFI UIAM dalam setiap kali PRK sudah seakan menjadi tradisi bagi PRK kampus tersebut.

“Sejak WUFI UIAM pertama kali bertanding dalam PRK, mereka tidak pernah kalah walaupun sekali. Jelas bahawa Aspirasi Mahasiswa yang ditunjangi pentadbiran kampus sudah tidak mampu lagi untuk menembusi kubu kuat Pro Mahasiswa”, jelas Rabiatul.

Beliau menambah, PRK UIAM juga memperlihatkan persaingan yang menarik di mana IKRAM SISWA turut melibatkan diri dalam proses pemilihan MPP di kampus tersebut.

RAKAMAN GAMBAR JANGAN HARAP AKAN DI TERBITKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN ....NAJIB RAZAK TERTIDUR SEMASA MENGHADIRI FORUM EKONOMI ISLAM DUNIA (WIEF) KE-9 DI LONDON TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA!!!


Heboh para pelayar alam maya menjadikan Najib Razak tertidur semasa menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia atau World Islamic Economic Forum  (WIEF) ke- 9 di London.

Dulu beliau kantoi tertidur semasa menghadiri persidangan APEC di Australia.. kini di London pula ... dulu Tun Pak Lah di ejek dan dijadikan bahan ketawa kerana kerap tertidur .. nampaknya watak dan peranan itu sudah di ambil alih oleh Najib Razak.

Kata orang .. orang yang sering dan mudah tertidur ni ada penyakit diabetes (kencing manis) .. adakah Najib Razak terlebih makan gula?

Wednesday 30 October 2013

GEMPAR GILERR!!!! PELAJAR SEKOLAH BANTU JENTERA HalWa Remaja PAS PRK DUN N20 SG LIMAU?????

PAS sudah melampau dan zalim????  .. sanggup memperalatkan pelajar demi matlamat politik .. sanggup hancurkan masa depan pelajar yang tidak berdosa semata-mata nak kejar kemenangan di PRK DUN N20 Sg Limau???

Apa tindakan pihak Kementerian Pelajaran apabila seorang pelajar sekolah menengah secara terbuka melakukan kempen gerak kerja bagi Pergerakan Puteri UMNO di PRK DUN N20 Sg Limau?

Kalau dia bergerak atas platform jentera HalWa Remaja PAS, Omak Kau ingat mau runtuh langit budak ni kena belasah dan digodam oleh UMNO.

Akan di tuduh pelbagai cemuhan dan kutukan seperti PAS menggunakan pelajar .. PAS aniaya masa depan pelajar demi kelangsungan politik dll.

Hanya disebabkan gadis ini menyokong UMNO maka semua yang haram menjadi halal ...

UMNO parti yang cakap tidak serupa bikin ... bikin lagi teruk pada cakap.

PAPAGOMO MENGAMUK KUTUK KERAS PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SEBAGAI MEMBALAS DENDAM DIRINYA KENA PECAT DARI PDRM DULU!!!!!



Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris seorang bekas mata-mata Cawangan Trafik di Balai Polis Ampang yang kena buang kerja sebab didapati bersalah oleh Mahkamah melakukan rasuah terhadap seorang penagih dadah sebanyak RM400 disumbat kedalam penjara dan di denda kini sudah ambil kesempatan untuk hentam dan kutuk PDRM.

Omak Kau melihat beliau ambil peluang keemasan untuk melepaskan rasa dendam kesumatnya yang sekian lama terpendam dan tersimpan rapat dalam hati dan jiwanya selama ini terhadap PDRM.

Yang seronoknya tu dia tuduh ada Pegawai Polis Makan Suap (Rasuah) sedang dia kena buang kerja sampai masuk jel sebab melakukan rasuah kepada penagih dadah ketika beliau sedang bertugas sebagai anggota polis cawangan trafik .. cawangan yang tidak ada kena mengena dengan kegiatan dan tugas polis membenteras aktiviti salah guna dadah.

Berikut ialah entri dari dinding akaun FBnya yang serang PDRM tanpa rasa ehsan.


Guard Haramjadah - Polis Usah Tutup Pekung Kesalahan Yang Dilakukan Pegawainya.

Segak bergaya si haramjadah Guard yang menembak mati pekerja wanita Ambank tempoh hari. Banyak lagi gambar Haramjadah ni dalam album FB nya tapi Gomo taknak cakap pasal gambar Haramjadah ni coz Gomo nak belasah POLIS.

Hari tu Gomo dah maklum yang patut bertanggungjawap dalam kes ini adalah syarikat keselamatan Guard ni bekerja dan juga pihak Polis. Tapi ada ramai komen yang menyatakan polis tak salah, polis tak terlibat bla bla bla. Hari ni Gomo nak ulas sikit kenapa Gomo tetap salahkan Polis.

Step 1: syarikat keselamatan akan menugaskan pengawalnya untuk bertugas di Bank dan pengawal tersebut perlu dibekalkan dengan senjata api.

Step 2: syarikat keselamatan akan membuat permohonan kepada pihak Polis bagi memberikan kelulusan kepada pengawal keselamatan yang dipilih untuk memegang senjata api.

Step 3: Pihak Polis akan melakukan saringan ke atas penama yang dihantar oleh syarikat keselamatan untuk menyemak segala rekod dan juga apa apa yang berkaitan dengannya sebelum diberikan kelulusan. Pihak Polis boleh untuk tidak meluluskan permohonan syarikat keselamatan.

Step 4: Jika pengawal keselamatan yang disaring oleh pihak Polis tidak melepasi taraf kelayakkan maka pekara tersebut akan dimaklumkan kepada Syarikat Keselamatan tersebut dan nama pemohon pengawal keselamatan akan ditukarkan kepada pemohon yang lain.

Step 5: Setelah pihak Polis meluluskan permohonan syarikat Keselamatan tersebut dengan memberikan kelulusan untuk menggunakan senjata api barulah satu surat dikeluarkan oleh pihak Polis dengan menamakan sipolah bin sipolan diberi kelulusan untuk membawa sejata api.

Step 6: Setelah kelulusan diperolehi dari pihak Polis barulah syarikat keselamatan tersebut membekalkan senjata api kepada pengawal keselamatan yang telah lulus saringan daripada pihak Polis untuk berkhidmat.

Step 7: Pengawal bersenjata api itu berkhidmat dilokasi yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Keselamatan.

Ok, tu Gomo cakap dari apa yang telah disampaikan oleh rakan pengawal keselamatan bersenjata Api dan juga Bodyguard. Proses nya adalah lebih kurang begitu yang mana suka atau tidak sekalipun keculasan pegawai Polis yang meluluskan penggunaan senjata api kepada pengawal haramjadah warga Indonesia itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh kita terima. Gomo yakin pegawai Polis berkenaan bersikap sambil lewa ataupun mungkin ada unsur lain yang mana "Makan Suap" menyebabkan kelulusan diberikan begitu sahaja kepada warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Takziah kepada keluarga mangsa tembakan tersebut dan Gomo harap pihak keluarga mangsa mengambil tindakan saman ke atas pihak Syarikat Keselamatan dan jugak PDRM kerana kecuaian tersebut.

Pihak PDRM pula perlu mengambil tindakan disiplin segera keatas pegawai Polis yang bertugas dalam memberikan kelulusan kepada warga Indonesia tersebut. Tindakan tegas oleh PDRM perlu dilakukan bukan sahaja di mana pegawai Polis tersebut bertugas malah di seluruh Malaysia balai balai Polis begitu culas tahap keselamamatan senjata api.

Harap pihak PDRM tak marah dengan penjelasan ini kerana rakyat perlu tahu kebenarannya.

- Papa Gomo

HARI INI USIA OMAK KAU IALAH 2 TAHUN!!!


Pejam celik pejam celik dah pun masuk 2 tahun usia blog Omak Kau.

Kepada para penjenguk, pengintai, pembaca, peminat, penegur, pengkritik, pemaki, pengutuk, pemberi nasihat dan penyokong blog ini Omak Kau ucapkan jutaan terima kasih.

Tidak lupa juga kepada para blogger dan facebooker yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan, tunjuk ajar, teguran dan dorongan.

Kepada pengendali Harakah Daily yang banyak membuat promosi memperkenalkan blog ini kepada umum, jutaan terima kasih juga di ucapkan.

Konsep blog Omak Kau ialah memperjuangkan Keadilan, Kebenaran dan Kebebasan .. Membongkar segala bentuk kemungkaran, penyelewengan, penipuan, penindasan, kezaliman dan rasuah dengan fakta bukan auta .. realiti bukan ilusi .. Omak Kau bukan blog sensasi

Untuk melakukan ini semua sudah pasti ada halangan dan rintangan serta cemuhan dari kalangan yang bertentangan pandangan dan berlainan pegangangan dan idealogi politik.

Omak Kau anggap itu semua sebagai salah satu asam garam berBlog ...

Sepanjang 2 tahun berblog sudah pasti ada suka duka yang dilalui ... suka apabila pandangan yang diluah dan di curahkan melalui blog ini mendapat reaksi pelbagai .. duka apabila ada yang serang dengan maki hamun, caci cerca, mencarut kata-kata nista hanya disebabkan cuba mempertahankan tubuh badan parti politik yang di anutinya.

Paling mendukakan ialah tidak boleh berblog selama 2 minggu ekoran dari diri Omak Kau kena samun namun merasa terharu apabila ada pihak yang memberikan sumbangan, bantuan dari segi dana dan peralatan untuk Omak Kau terus berblog.

Doa dari kalian diperlukan untuk Omak Kau untuk terus berkarya.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT.



BERITA YANG PERKASA DAN PEMUDA UMNO BUAT-BUAT TAK NAMPAK ..... EKSESAIS PERTAHANAN KL-BEIJING 2014!!!

Rupa-rupanya negara kita Malaysia yang di pimpin oleh UMNO/BN yang cukup benci dan menyampah dengan komunis sudah mengadakan hubungan rasmi pertahanan dengan negara China Komunis sejak tahun 2005 lagi.

Tahun depan akan diadakan Eksesais Pertahanan Kl-Beijing 2014 yang melibatkan perkhidmatan tentera darat, laut dan udara kedua belah negara.

Sebelum ini sudah ada hubungan dagang dan politik .. kini hubungan pertahanan pula sampai nak buat satu eksesais.

Kalau dah buat eksesais bermakna perhubungan cukup intim,rapat, mesra dan saling caya mempercayai antara satu sama lain sebab bab pertahanan cukup sensistif.

Jadi PERKASA, Pemuda UMNO, JATI, dan NGO-NGO berjiwa UMNO pekat yang sering buat laporan polis dimerata Balai Polis, rakyat nak tanya .. apa kalian nak buat?

Dulu negara Republik China ini membekalkan senjata, memberi perlindungan serta memberi tunjuk ajar dan latihan kepada para penyokong dan pendokong Parti Komunis Malaya (PKM) .. kini negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO/BN bukan saja ada hubungan diplomatik, dagang tetapi sudah ada hubungan pertahanan sampai nak buat suatu Eksesais Pertahanaan KL-Beijing 2014.

MURID SEKOLAH BERUMUR 12 TAHUN PUN PANDAI MENGATAKAN HARGA MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH CUKUP MAHAL!!!


Seorang murid sekolah berumur 12 tahun jenis cerdik sudah mengadu dan mendedahkan betapa harga makanan dan minuman yang disediakan oleh kantin sekolahnya amatlah mahal.

Setiap hari beliau terpaksa membawa wang saku untuk perbelanjaan makan minum antara RM6 hingga RM10 sehari.

Sepinggan nasi hanya berlaukkan sambal biasa berharga RM1 .. di tambah dengan seketul ayam yang berharga RM2.50 sen seketul menjadikan RM3.50 sen.

Sepinggan nasi dengan lauk sayur RM2.00 dan segelas Milo RM1.60sen.

Purata sehari terpaksa mau tidak mau membelanjakan paling kurang RM5 sehari .. tiada pilihan.

Itu baru seorang murid .. kalau satu keluarga ada 4 anak yang masih bersekolah terpaksa ibu bapa menyediakan RM20 sehari .. seminggu kali 5 dah RM100 .. sebulan kali 4 dah RM400.

Itu baru duit untuk belanja anak-anak kesekolah .. tambang bas dan lain-lain lagi?

Mau tak bengkok mak bapa.

Moral kisah rintihan ini ialah betapa rakyat kini terhimpit dan sesak nafas dengan kenaikkan harga makanan sampaikan murid sekolah berumur 12 tahun pun pandai mengeluh dan merintih.

Itu belum lagi murid-murid berumur 13-hingga 18 tahun dan para pelajar Institut Pengajian Tinggi.

BILA ANAK-ANAK MUDA BERSUARA MEMBERI TANDA UMNO AKAN BERSARA!!!!

PENGUNDI DUN N20 SG LIMAU SUDAH BERANI BERHIJRAH!!!!! ... CERAMAH UMNO/BN PENUH SESAK SETIAP MALAM!!!!


"Berani berhijrah" adalah slogan UMNO/BN di PRK DUN N20 Sg Limau yang menuntut keberanian untuk berubah ...

Nampak gayanya .. amatlah jelas lagi terang berderang para pengundi DUN Sg Limau sudah mau berhijrah dari mendakap perjuangan PAS ke terus memeluk erat tubuh badan UMNO/BN kali ini.

Manaya tidak ... ceramah anjuran UMNO/BN setiap malam penuh sesak dengan sambutan yang amat luar biasa dan hebat sekali.

Jika dilihat pada sambutan ceramah-ceramah UMNO/BN maka ramalan Presiden dan Pengasas NGO terhebat Melayu seantaro dunia PERKASA, Ibrahim Ali bahawa PAS akan kalah teruk ditangan UMNO/BN pada 4hb November 2013 ini bakal menjadi kenyataan.

Mengapa? .. Tidak percaya? ... lihat saja rakaman gambar diatas ... bukan saja manusia yang datang berpusu-pusu dan berduyun-duyun datang mau mendengar ceramah isu semasa yang disampaikan oleh para ceramah UMNO/BN tetapi orang bunian dan makhluk halus pun turut serta.

Oleh itu nasihat ikhlas Omak Kau .. Jangan pandang UMNO/BN tak de mata tau!!!!!

BERANI BERHIJRAH!!!!  .. HIDUP UMNO!!!!  HIDUP MUKHRIZ!!!! .. HIDUP NAJIB!!!!

Tuesday 29 October 2013

SELISEH MALAIKAT 44 ... JANGAN KITA TERGOLONG DALAM KELOMPOK "BUTA POLITIK".


Sekadar memberi peringatan dan nasihat ... mohon agar kita tidak terdiri dari golongan rakyat yang di labelkan sebagai "BUTA POLITIK".

UMNO selagi ramai rakyat buta politik selagi itu dia mampu mempertahankan kuasanya.

UMNO tidak mampu bernafas dan bernyawa dengan kelompok rakyat yang celik politik selain celik IT dan celik ilmu.

UMNO CAKAP SERUPA BIKIN???? ... TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN WALAU SEPOTONG AYAT ALQURAN DALAM URUSAN POLITIK????



UMNO sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat Quran pun dalam urusan politik  .. itulah kata-kata keramat dari seorang pemimpin yang cukup "hebat dan berprinsip"... Tengku Adnan Mansor (Setiausaha Agong Umno).

Hakikatnya????? ... Akan lakukan apa saja dibawah matahari, bintang dan bulan demi mencapai kemenangan dan matlamat ... matlamat menghalalkan cara ...

Kata dulang paku serpih .. tuduh pihak lawan tapi diri sendiri terlalu sangatlah dia punya lebih.

BERITA GEMBIRA BAGI RAKYAT YANG MENGUNDI UMNO/BN PADA PRU 13 LALU .... BIL ASTRO AKAN NAIK LAGI MULAI 24HB NOVEMBER 2013 INI!!!!



Mungkin agaknya terbeban dan terkesan dengan kenaikan harga gula, Astro dengan segera bakal menaikkan harga bil baru diantara RM2 hingga RM6 bermula 24 November 2013.

Bagi pengguna astro berikut info terbaru berkaitan caj untuk 2 pakej astro ( Pakej Sukan dan Pakej Keluarga)

Dengan perkhidmatan Astro yang sangat teruk, tayangan berulang, perkhidmatan pelanggan teruk dan pakej menguntungkan pihak Astro  ... mereka dengan senang lenang dan sesuka hati menaikkan harga perkhidmatan mereka yang tidak seberapa dan mempunyai nilai wang ( money worth).

Pihak kerajaan Malaysia perlu mengkaji keperluan satu lagi khidmat televisyen berbayar kerana jika hanya ada Astro, pengguna tiada pilihan, maka perkhidmatannya sangat teruk dan bersifat monopoli dan akhirnya merugikan pihak pengguna.

Lihat syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis yang bersaing hebat dan berlumba-lumba sesama mereka untuk memberikan kelebihan kepada pengguna.

Caj baru yang akan dikenakan bagi setiap pakej ialah :

Sport Pack – Tambahan RM 6 sebulan
Family Pack – Tambahan RM 2 sebulan.

Tahniah dan jutaan syabas kepada para penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN yang siang malam bertungkus lumus berhempas pulas siang malam tanpa penat lelah dan kenal erti bosan dan jemu memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Kini penat lelah kalian dibalas dengan hadiah yang lumayan sepadan dengan sumbangan iaitu kenaikan bil baru ASTRO.

Siapalah rakyat tanpa sokongan kalian. .. Yang membantah dipersilakan berhijrah dari negara ini atau pun duduk dalam hutan!!!!

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...