Saturday 5 April 2014

150 PEKERJA KILANG CENTRAL ELASTIC CORPORATION SDN BHD (CEC), PERAI BERPIKET TUNTUK KENAIKAN GAJI.



Seramai 150 pekerja kilang Central Elastic Corporation Sdn Bhd, Perai mengadakan piket membantah tindakan majikan tidak menaikkan gaji mereka serta bonus sebanyak dua bulan gaji sepertimana yang termaktub dalam perjanjian dengan pihak kesatuan.

Kesal dengan sikap majikan yang enggan mempedulikan suara mereka, piket yang bermula antara jam tiga hingga enam petang telah diadakan sejak empat hari lalu sehinggalah majikan bersetuju untuk menerima tuntutan para pekerja.

Salah seorang pekerja Mat Zaki Shaari yang telah berkhidmat sejak 29 tahun yang lalu, kesal dengan sikap majikan yang enggan menaikkan gaji mereka walaupun perkara itu termaktub di dalam perjanjian dengan pihak kesatuan.

"Kami menuntut supaya majikan mendengar rintihan kami yang terpaksa menanggung beban kos kenaikan harga barangan yang tinggi.

"Sedangkan gaji tahunan kami tidak dinaikkan walaupun telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan kilang ini, " ujar beliau lagi.

Manakala Mohd Abd Manan yang telah berkhidmat selama 36 tahun sebagai pekerja mahir kesal apabila majikan cuba mempermainkan khidmat mereka.

"Kami setia dan berkhidmat sejak lebih 30 tahun yang lalu untuk memajukan syarikat.

"Sepatutnya mereka membela nasib mereka dengan tidak meminggirkan permohonan kami untuk kenaikan gaji dan juga pembayaran bonus sepertimana yang dijanjikan dalam perjanjian.

"Malah gaji minimum yang diberikan kepada kami pekerja tempatan adalah lebih rendah dari gaji minima yang diberikan kepada pekerja warga asing dengan bayaran minima mereka sebanyak RM900, " jelasnya lagi.

Dalam bantahan yang telah diadakan para pekerja juga meminta majikan supaya mengkaji semula gaji yang diterima oleh pekerja mahir dan senior kerana didakwa tidak adil jika dibandingkan dengan apa yang diterima oleh segelintir pekerja.

Pegawai Perhubungan Perusahaan Kanan, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengeluaran Syarikat-Syarikat Getah Kebangsaan, K.Veeriah yang ditemui berkata mereka telah berusaha untuk menemui majikan dalam beberapa siri pertemuan, tetapi tidak berjaya.

"Bagaimanapun, kes ini akan dibawa ke Jabatan Sumber Manusia supaya apa yang terkandung dalam perjanjian dengan kesatuan dapat dilaksanakan dengan segera oleh majikan.

"Sekiranya majikan gagal untuk membela nasib para pekerja tertlibat, kami tidak teragak-agak akan membawa kes ini ke Mahkamah Perusahaan supaya nasib kesemua 150 pekerja terlibat dibela.

"Dengan kos sara hidup yang meningkat, majikan seharusnya menyedari hakikat yang berlaku tanpa mengambil kesempatan diatas kekurangan yang ada pada majikan, lebih-lebih lagi ada antara mereka yang telah berkhidmat hampir 40 tahun dengan syarikat tersebut, " kata Veeriah lagi.

7 comments:

  1. Kami dari KEDEPAN bersimpati, 

    Kurang PATI kurang jenayah!

    Berlakulah adil di bumi ini. Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Negara tidak perlukan PATI sumber manusia kita cukup untuk menggerakkan negara ini. Kita tak perlukan pati untuk cuci tandas di pasaraya, jadi buruh di kaw pembinaan, tombak buah sawit di ladang. Rakyat kita boleh buat semua itu, yang penting kurang pati kurang jenayah. Manifesto PR akan menghantar pulang 100k pati seterusnya membuka 100k peluang pekerjaan kepada rakyat. 

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

    ReplyDelete
  2. Bodoh ke apa dok buat kerja xde feadah.org lain ramai lg yg pendapatan rendah.kangkung dan ayam sengget kan ado.

    kikiki

    ReplyDelete
  3. apa nak piket2...dengarlah nasihat orang2 UMNO dan PEKIDA..orang kalau nak gaji mahal ...berambus kau orang semua dari Malaysia..bersukur lah dengan apa yang adaikmat..kalau dibanding dengan gaji pekerja di Indonesia, Bangladeah, Nepal, Kampuchea...gaji pekerja adalh yang terbaik didunia... Hahahaahhhha

    ReplyDelete
  4. Nak demo.. siapa nak hairan.. indon bangela vietnam rohingya pakistan hindustan uzbektn dan banyak tan.. tan.. lagi kan ramai, apa nak susah....
    Negeri ni kan tempat cari makan.... peduli apa rakyat sendiri... Rakyat didahulukan dah masuk tong sampah. Apa mau bising2 ..

    ReplyDelete
  5. mesti kilang ni umno bn punye sbb dh lama.....umno bn pengkhianat islam, melayu dan tanahair.....mana jati?????

    ReplyDelete
  6. Penang kn dap....suh lim guan eng tolong...top management kilang 99% cina yg kuli bwh melayu je.kalu x blh tlg jugk bakar je kilang 2 senang....padan la undi sgt dap..geng plak ngn pkr, pas...amik ubat....merasa la nk cri mkn susah...menang sorak...kg tergadai...mne pkr???ckp je lebih tlg x pun....pirahhhh....kencing byk sgt.....kalu 2 kaw bn pencacai pkr dh maki hamun melangit kt bn....

    ReplyDelete
  7. Ini sumer poyo.... haktuihhhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...