Monday 7 April 2014

APAKAH NAJIB AKAN MEMBIARKAN TEORI KEHILANGAN MH370 OLEH UTUSAN BEGITU SAHAJA MEMANDANGKAN PRESIDEN OBAMA AKAN MELAWAT MALAYSIA DALAM BULAN INI??????



Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

"Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan “tidak masuk akal” itu.

Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

“Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.

“Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

“Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

“Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?,” soalnya.

Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370' oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.


Diperturunkan artikel penuh cabutan dari UtusanMalaysia mengenai isu teori ini.

SUDAH 29 hari pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.

Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?

Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.

Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.

Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?

Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.

Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq.

Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.

Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.

CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.

Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?

Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.

Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.

Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?

CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.

Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China.

Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.

Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia - China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.

Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap 'karut' mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.

24 comments:

  1. ala cnn pun attack malaysia takkan utusan tak boleh attack usa.

    cnn siap ambil anwar ibrahim untuk burukkan malaysia.

    si anwar barua yahudi tu gila nak burukkan malaysia.

    memang sepadan la dengan cnn.

    suruh anwar cepat sikit masuk neraka kajang.

    kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak ko ni.... tapi kureng cerdik

      Delete
    2. Budak tu cerodik buah pelior.limau purut 3 serangkai,buta perut takder akai.

      Delete
    3. Najib lagi dahsyat bro siap ambil yahudi apco jadikan penasihat negara. Siap bayar gaji lagi sebulan 70 juta. Najib juga harus dipersalahkan sebab ambil cia dan bayar gaji sebulan 18 juta jadi pegawai di pejabat gani petai. Najib juga buat hubungan ekonomi ngan yahudi. Bulan ini je 3 buah kapal masia hantar minyak sawit ke yahudi. Najib sebenarnyabadalah yahudi melayu. Malah persidangan umno yg lalu telah bersetuju untuk menyokong negara israel dalam pbb dlm isu plestin.

      Delete
  2. Kat neraka kajang boleh gak makan nasik.kt neraka ori ko tunggu kerajaan zalim dan pemengang saham dosanya.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. anwar & pkr asyik fitnah orang tak masuk neraka ke??

      Delete
    2. rumah kalau masuk pencuri salah siapa? 80%salah tuan umah,cuai,bila keluar rumah x pesan berpesan dgan jiran,tidur mati,pintu lupa kunci,sbl lewa dan tiada pjagaan dll maka dgan itu pemilik rumah dikaji oleh sang penyamun./kahkahkah heerp jengan melatah cia hanya objek yg boleh dipersalah yg blh dijadikan ribu2 alasan kahkahkah bla negara tidak mempunyai sistem pertahanan yg cantik maka setiap penduduk terdedah dgan sgala bentuk ancaman kahkahkah anda tau setiab tahun negara memperuntukan bebebebelion bjt untuk petahanan dan kelengkapan tentra dll tapi agak malang kta beli hanya perhiasan zaman purba kahkahkah sape untung kahkahkah golongan melayu kroni sape dia golongan faudel!!! tiap2 tahun lima langkawa dianjurkan tampa kita sdri disitulah puak2 pemisah faudal berkira2...kahkahkah lu fikir sendiri./ape2 isue sekalipun aku x mau pelahkan org lain.menuding jari pada orang lain.sedangkan negara aku korupsi smua jabatan corup...ini fakta.indon senang masuk,kalau setakat dadah/rokok 3 lori sangkut 7 terlepas..pemimpin yg lemah maka semua jabatan korup...

      Delete
  3. astaghfirullahal adzhim

    ReplyDelete
  4. Anwar penat2 ulang alik ke Amerika. . Barack Obama nk dtg jmpa najib? Oi Barack ko x boleh tggu anwar jdi PM dulu ke. Xpnh dlm sejarah US dtg malaysia yg x iktiraf negara Israel ni. Sorg je presiden us pnh dtg itupun terlalu lma dlu doh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barak obama nak beri taklimat kpd najib yg kes altantuya nampaknya dah tak boleh disorokkan lagi. Najib lani dah ketar perut termasuk konek dia. Hahaha

      Delete
  5. Anwar byk fitnah tp yg banyak kali kena saman fitnah utusan meloya.pada peganut anti hadis benda senang mcm ni pun xboleh nk fikir.baik ko berhenti la jadi manusia.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  6. KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian Nabi Muhammad S.A.W. Kesian Anuwar ibrahim jugak..yg masuk mckk pun sebab rekmen. tu pasala ijazah sastera yg kelas 3 tak abih.

      hihihi

      Inilah akibatnya apabila mangkuk ni 13:22 tak pernah belajar konsep dlm Islam. Ada usaha, tawakal.

      Tak pernah belajar pasal kematangan dan gender. Cultural.

      Delete
    2. Badrulamin Bahron

      Beliau Lulusan BA Azhar, Mesir, sarjana di LLM Kent, UK dan mendapat Ph.D di Universiti Birmingham, United Kingdom.

      Ko ado?

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

      Delete
    3. Zuraida Kamaruddin

      Beliau memulakan persekolahan rendah di Jalan Eunos Primary School dan seterusnya ke peringkat menengah di Tanjung Katong Girls School, Singapura. Keputusan cemerlang G.C.E ‘O’ Levels dan rekod kecemerlangan aktiviti luar darjah melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di Raffles Institution.[1]

      Beliau menyambung pengajiannya dengan mendapat Ijazah Sains Sosial dari Universiti Singapura dan Ijazah Sarjana Muda dalam Sales and Marketing (UK MITD). Beliau juga telah menyelesaikan pengajian dalam Management Excellence Program (AIM Filipina) dan Marketing Research Advance Program (Taiwan).

      YB umno ado?

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

      Delete
    4. Dr wan azizah wan ismail

      Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura , ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi . Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'. [1]

      Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.


      YB umno ado?

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am)

      Delete
    5. Badrol aminiurulkhalwat spm dapat brp A ekk.

      cer tanya cer tanya

      Delete
    6. Najib tarak kelulusan apa2. Gi uk korek puki ong puteh jeh. Hisham tarak kelulusan apa2 juga gi uk jadi kaki todi sebab tu cakap ong putih terabur.

      Delete
  7. Anoy 12.18 mungkin kamu tak lahor lagi masa Sideq Gaus S/U Politik Mahather kena tangkap kerana terlibat jadi agen KGB Rusia. Kalau S/U agen KGB bosnya pula lagi kaw lah KGB nya. Nak tutup rahsia lepas ditangkap leboh sampai skrg bayang Sideq Gaus pun tak namapk. Serupa juga lah skrg ini guna penasihat Yahudi APCO. Dah tentu penasihat2 APCO itu agen MOSAAD habis siapa jadi PM skrg ini. DSAI atau Najib. Hangpa fikirlah sendiri kalau hangpa cerdek. Otak Aniy 12.18 otak karat biru spisis macai menulis ikut perasaan buksn guna akai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 120% setuju bodoh punya Anon 12:18 trlalu taksub dgn warna Naamanu baru warna BIRU.....kah....kah....kah... ABUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

      Delete
  8. Najik berani bughah ke kat tuan besar dia si Obama? Kah kah kah kah... Ptuuuih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak UMNU haramjadah nak spin kali nih? Kih kih kih kih...

      Delete
    2. Aku tengok kepala najis tu betul2 macam kepala butoh. Haha

      Delete
  9. I really want pantat mak semoh. Kahkaha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...