Thursday 10 April 2014

BERITA INI TAUBAT LAHOM TIDAK AKAN DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR MENYEDIAKAN BAS KOMUNITI KEPADA RAKYAT SECARA PERCUMA!!!!



Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim melaksanakan penyediaan bas komuniti secara percuma bagi membantu rakyat dan memperbaiki aliran trafik yang sesak di kawasan bandaran.

Bas percuma ini dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sementata di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masih diperingkat kajian.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim berkata, kos yang diperuntukkan MBSA untuk perkara ini bernilai RM629,076 setahun yang melibatkan pembelian bas, penyelenggaraan, bahan api dan perkhidmatan pemandu.

Sementara MBPJ pula memperuntukkan RM418,000 untuk pembelian dua buah bas dan penyelenggaraan setahun.

Bagi MPSJ pula, sejumlah RM346,000 diperuntukkan untuk pembelian manakala MPKj pula mmperuntukkan RM120,000 setahun dengan kaedah perlaksanaan secara kontrak bersama syarikat pengusaha bas sedia ada.

Perkhidmatan bas komuniti di Shah Alam telah bermula sejak 4 Mac tahun ini bemula di Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 dan melalui Seksyen 2, 7, 11 14, 15, 16, 17 dan 18.

Bas ini beroperasi pada hari bekerja sahaja, Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi, 11 pagi dan 4.30 petang.

Bagi MBPJ, perkhidmatan bas ini telah bermula sejak Julai 2008 dan berada di peringkat penambah baik bagi meningkatkan jumlah bas untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Jelas Chang Kim, perkhidmatan bas komuniti ini tidak mendapat subsidi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Darat (SPAD) dan dibuat secara peringkat di semua PBT kerana ia dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan mereka.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri dan SPAD sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang melalui Lebuhraya Persekutuan.

23 comments:

  1. Mesti negeri bn hairan...

    ReplyDelete
  2. Boikot Utusan Malaysia dan TV3-

    ReplyDelete
  3. Hairan kerana tak dapat kaut duit rakyat utk beli lembu kondo.

    ReplyDelete
  4. selangor sedang membentuk rakyatnya menjadi pengemis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruknya tahap pemikiran kamu.....buka n cerdikkan sikit mindaaa...

      Delete
    2. najib bentuk rakyat cam pengemis(brim)

      Delete
    3. Rakyat Selangor tidak mengemis.. tapi Kerajaan PR yang perihatin kesusahan atau keperluan rakyatnya..

      Delete
    4. yg UMNO/BN tu....makin lama makin ramai jadi bangkrap....lepas tu jadi pengemis....yg macai UMNO/BN pulak dahlah jadi pengemis....dan boleh diperkotak-katikkan...jdlah lembu dicucuk hidung......

      Delete
    5. hangat2 tahi ayam je PR ni

      Delete
    6. hangat2 tahi ayam.... tahi ayam buat baja.....lepas tu dpt hasil....

      Delete
  5. Mat Said..mb ganu dh bli bas yg blh jln atas air.....mgkn lps ni bleh gi serawak naik bas jer...free plk tu...bestnya...kahakakah...

    ReplyDelete
  6. Anonnymous 12:18 bercakap mcm keldai bangang otak macai memang mcm lembukondo

    ReplyDelete
  7. Para pencacai & penyokong umno pasti akan kata : Kami mahu bas berbayar, kami tidak mahu yg percuma sebab nanti kerajaaan bangkrup. Rasuah, bocor, tiris, kroni tak bangkrupkan negara tetapi semakin maju. Inilah pemikiran umno yg ajarkan dan sebabkan penyokong mereka lembab otaknya.

    Hidup Melayu X3 Tetapi johor semakin lama umno perintah nak jadi singapura ke 2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi....sape penah buat culaan mesti dah biasa dgr statement ni.

      Delete
  8. Penyokong UMNO dan BN yg naik bas itu, tentu berusaha menyembunyikan sebarang benda yg ada lambang parti haram jadah tu.

    ReplyDelete
  9. afasal korang tak jempu wartawan utusan dan berita hairan masa pelancaran ari tu..

    ReplyDelete
  10. Berita hal kebaikan saper nak hebahkan zaman sekarang dibumi Malaysia.

    Berita keburukan orang, orang jahat, penjahat, iklan penjahat, iklan ragut, iklan anak muda wajib berasmara sebelum kawin, iklan tayang sanggul belah lurah semua tu sinonim dengan Malaysia.

    p/s: Kalau aku jadi PM, aku nak terbalikkan polisi media massa. Hebahkan ctentang kebaikan sahaja. Keburukan orang disorok, mcm zaman nabi dulu2.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih umno kerana menyediakan bas percuma untuk rakyat,kalau nak harap pakatan rakyat tunggulah hingga kiamat pun belum tentu dapat naik bas percuma..

    ReplyDelete
  12. 1) nape tepi bus tu cm ade logo 1malaysia eh walaupn PR xsetuju ngan konsep tuh?

    2) dulu pnah kuar kt utusan, bh ngan tv3 yg kerajaan negeri selangor ade beli bus tp jd pertikaian sbb pembelian melalui syarikat persendirian milik YB MB selangor.
    Tu ade kaitan x ngan bus ni?

    Saje tanye..cume nk tau.
    Xberpihak mane2..tp ape yg membantu kurangkn beban rakyat tetap sokong xkire samada bus komuniti atau br1m.

    P/s: xbaik samakn bantuan tu ngan konsep mengemis.
    Kn tgn yg mberi lbey baik dr yg menerima.so kenapa nk kondem tgn yg memberi?
    Dan smpai skrg pn xleh terima konsep bantuan disamakn ngan bg ayam itik mkn.

    ReplyDelete
  13. astagfirullahhalazim...dimna ade isu psti ade prblhan/prtgkran lg2 klu hal politik subahanallah..xbleh ke msing2 jg bhsa msing2 jgn tlalu suka mgta/mnuduh buruk org lain..subahanallah..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...