Wednesday 2 April 2014

INSIDEN TEROWONG STADIUM LARKIN .. PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI JOHOR (PBNJ) HANYA DIDENDA RM30,000 SAHAJA.


Insiden yang kecoh satu negara sampai disusuli dengan laporan polis dan akhirnya adegan sumpah laknat guna Al Quran oleh pasukan T-Team akhirnya diselesaikan dengan hukuman celah gigi RM30,000.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi berhubung insiden kekecohan
di dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas.
  
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata hukuman berkenaan diputuskan pihaknya selepas mendengar keterangan daripada Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya dan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh.
  
"Selepas mendengar keterangan yang diberikan mereka serta pengadil dan penolong perlawanan serta koordinator umum, kita mendapati bahawa PBNJ gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.
 
"Mereka dibenarkan membuat rayuan tiga hari selepas menerima surat hukuman berkenaan kerana hukuman minimum (bagi kawalan keselamatan yang longgar) adalah sebanyak RM20,000, manakala hukuman maksimum adalah sebanyak RM100,000," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir 11 jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di Petaling Jaya, malam tadi.
  
Menyentuh penglibatan 'individu tertentu' daripada pengurusan tertinggi PBNJ yang dikatakan menyerang pemain lawan di dalam terowong itu, Taufik berkata perkara berkenaan diserahkan kepada polis memandangkan kes itu berprofil tinggi.

"Saya difahamkan bahawa pihak polis telah selesai melakukan siasatan mengenai perkara berkenaan dan pejabat Ketua Polis Negara telah menyerahkan siasatan kes kepada pejabat Peguam Negara (beberapa minggu lepas).
  
"Mereka (Pejabat Peguam Negara) mempunyai tempoh dua tahun unyuk mengkaji kes berkenaan... sekiranya mereka tidak meneruskan siasatan kes berkenaan, kita mempunyai hak untuk meneruskan siasatan sebelum mengambil tindakan ke atas individu terbabit," kata Taufik.
  
Perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team dihentikan selepas T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan susulan kekecohan membabitkan kedua-dua pasukan sebaik tamat aksi separuh masa kempen Piala FA yang berlaku di dalam terowong menuju bilik persalinan pemain pada 1 Feb lepas.
  
Kedua-dua pasukan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.
  
Dalam pada itu, Taufik memaklumkan bahawa Persatuan Bola Sepak Sarawak didenda RM10,000 setelah didapati bersalah di atas dua pertuduhan pada aksi Liga Super menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Feb lepas.
  
Dua pertuduhan berkenaan ialah penyokong membakar suar selain membaling suar ke dalam kawasan padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

"Setiap kesalahan berkenaan dikenakan denda sebanyak RM5,000 dan ia tidak boleh dirayu kerana ia adalah hukuman minimum," kata Taufik.
 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Ednan Othman berkata kes membabitkan kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan dua pemain import JDT ke atas pemain pertahanan pasukan Pahang, Damion Delano Stewart dari Jamaica terpaksa digugurkan selepas mendapati ia kekurangan bukti.
  
Luciano Figueroa dan Pablo Aimar dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman ke atas Damion ketika kedua-dua pasukan bertemu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Feb lepas.
 
"Kes ini terpaksa digugurkan atas faktor teknikal selain kegagalan pemain tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FAM seperti tidak melaporkan insiden berkenaan terlebih dahulu kepada pengadil perlawanan," kata Ednan yang mempengerusikan kes berkenaan.

5 comments:

  1. HOBIN JANG HOBIN !!

    ReplyDelete
  2. Siapa yg berani nak lawan lanun tu.

    kuikuikui

    ReplyDelete
  3. Atas dunia bolehlah berlagak, ada pangkat, kuasa, tahta, harta. Berdepan Mahkamah Allah nanti, kita semua diadili seadilnya. Beringatlah sebelum kematian menjemput.

    ReplyDelete
  4. Jika Jdt yg bersalah,kenapa plak t team yg kalah pada perlawanan tersebut.pelik sungguh fam nie.

    ReplyDelete
  5. Bila Malaysia nak lawan Somalia di Stadium Larkin.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...