Friday 4 April 2014

KEADILAN CABANG SHAH ALAM DI KETUAI YB DR YAAKOB SAPARI MERAIKAN ULANG TAHUN KE 15 PARTI KEADILAN RAKYAT.


Sempena ulang tahun ke-15 parti keramat rakyat yang dibina dari darah, keringat dan air mata hari ini, KEADILAN Cabang Shah Alam yang diketuai Ketua Cabangnya YB Dr Hj Yaakob Sapari bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat ADUN Batu Anggerik telah meraikan secara simbolik , ringkas, sederhana tetapi amat cukup bermakna.

Bukannya sebuah kek yang tidak berapa sangat harganya tetapi lebih kepada menghargai dengan rasa syukur dan bangga sebuah parti yang masih remaja di persada negara tetapi sudah mampu mengoncang kedudukan sang penguasa yang rakus, zalim dan gila kuasa.

Iltizam diperbaharui dan ditingkatkan ...perjuangan di mantap dan diperkukuhkan .. matlamat kini hanya menuju ke Putrajaya selepas PRU ke-14.

Organisasi parti perlu disusun .. saf kepimpinan perlu dipilih dari kalangan mereka yang terbaik dari yang terbaik.

Pemilihan KEADILAN 2014 bukannya medan mencaci pihak pesaing dan maki hamun pemimpin .. ini adalah suatu cara anggota parti memilih siapa yang wajar diberikan kepercayaan dan amanah untuk membawa obor parti bagi meruntuhkan dan meranapkan sang penguasa yang sekian lama duduk bertindak seperti Firaun zaman moden.

Kepada KEADILAN Cabang Shah Alam tahniah diucapkan atas daya usah murni meraikan ulang tahun ke-15 agar tarikh keramat ini akan sentiasa kekal abadi dalam jiwa setiap anggota parti.

Kepada YB Dr Yaakob Sapari calon MPP No 74 , menjadi hasrat dan kemahuan rakyat agar dipilih sebagai salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat pada Pemilihan KEADILAN kali ini berdasarkan kepada pengalaman dan kemampuan lampau... merendah diri, berjiwa rakyat marhean, kental diuji tidak goyah dicaci.

Tahniah .. Salam Reformasi.

10 comments:

  1. Jika Azmin memerintah selangor, jika azmin for timbalan presiden, parti parti membazir duit rakyat ni akan dibendung.

    hidup azmin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape jika2!!! semua org yg berkepentinggan dlm politik yg mendambakan suatu jawatan,suka menabur janji..jika aku jdi pmimpin,jika aku jadi pmimpin,jika itu jika ini,jika aku diberi amanah jawatan itu akan ku ratakan gunung dan bukit menjadi ladang demi rakyat umm mcm2...bila dh di beri kepercayaan entah hapa2 dibuatnye..Porah pigee da mabook!

      Delete
  2. blogger haprak. Sokong khalid kerna sbb MB.
    Ingat khalid naik dlm pkr bukan atas susah payah berjuang! Demo pun tak perna nampak muka!

    Azmin lah tulang belakang keadilan bertapak seterusnya kekal sehingga skrg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...agak agaklah nak kencing pun dol...

      Delete
    2. anon 00.00, ko kalau nak sokong khalid, ko blh blah... azmin for timbalan! kami tidak mahu khalid

      Delete
  3. azmin porno! takde akhlak! hidup khalid

    ReplyDelete
  4. Azmin adalah sejarah...Tan Sri Khalid adalah masa depan!!

    ReplyDelete
  5. looor sesame pengomen dan blogger bergaduh sakan....kan cantik kalo kek tu di bagi bagi sama rata....letak sikit gambar lubang bontot dan ice cream sebagai tema sambutan hari jadi ke 15....tema main bontot sambil makan ice cream tepi dalam jamban kan sesame merasa kek tersebut ahakss...

    ReplyDelete
  6. Apa kata kalau kau orang calonkan aku jadi MB selangor? Aku jamin kau orang akan hidup sejahtera buat selama-lamanya. [wah...senangnya buat janji}

    ReplyDelete
  7. MB baru semestinyer la si jijah..,lepas sebulan dua dia akan letak jawatan bagi laki dia anwar...mcm dah biasa buat dulu ler.,,,pusing2 kat situ jer...skg pun jawatan president pusing2 kat dua laki bini jer jugak....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...