Wednesday 9 April 2014

KEJAYAAN KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... 811 PESERTA MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR) BERJAYA TINGKAT PENDAPATAN HINGGA RM5000 YANG DULU HANYA RM700.



Seramai 5,767 menerima pembiayaan Program Pinjaman Mikrokredit Bandar (MiMBAR) sementara 3,480 daripadanya dalam proses membuat pembayaran semula pinjaman.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, daripada jumlah ini sebanyak 23 peratus peminjam berjaya meningkatkan pendapatan mereka sekaligus mencapai sasaran dasar daripada kebajikan kepada berpendapatan.

Daripada peratusan ini, seramai 811 orang telahpun meningkatkan pendapatan mereka.

“Kalau dahulu pendapatan sekitar RM700 tapi sekarang yang mencecah RM3,000 hingga RM5,000 pendapatan bersih,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sebagai contoh katanya, pengusaha kek dan roti, Arbaiyah Ahmad yang dahulu meminjam RM1,500 kini telah mendapat pendapatan bersih sebanyak RM5,000 sebulan.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah memiliki satu premis perniagaan sendiri dan dalam proses untuk menambah mesin dan peralatan.

Kata Rodziah, pembiayaan MiMBAR tidak pernah dibekukan dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) program ini ditambah baik untuk memberikan lagi manfaat kepada peminjam.

Program dengan peruntukan ‘one-off’ berjumlah RM20 juta ini memasuki fasa ke-49 yang bermula pada Januari 2014 dengan pertambahan baru seramai 145 orang sejak PRU-13 lalu.

Dalam usaha membuat kutipan semula, Adun Batu Tiga ini menjelaskan, pegawai MiMBAR dengan kerjasama ketua kampung dan nazir masjid turun padang untuk menyiasat dan bertemu sendiri dengan peminjam.

Ia bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi hingga mengakibatkan mereka gagal membuat bayaran semula.

Selain itu, khidmat kaunseling turut disediakan selain memberikan surat peringatan kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran semula.

Pihak MiMBAR juga membuat penjadualan semula pembayaran yang sepatutnya diselesaikan dalam tempoh 18 bulan kepada peminjam serta melanjutkan tempoh bayaran kepada mereka yang bermasalah.

7 comments:

  1. PEMILIHAN KEADILAN MEI 2014

    VOTE FOR :

    Azmin - Timbalan Presiden
    Shamsul Iskandar Mohd Akin /Fuziah Salleh- Naib Presiden)

    Zuraida Kamaruddin (jawatan Ketua wanita) dan Amiruddin Shaari (jawatan Ketua AMK)


    ReplyDelete
    Replies
    1. mikrocrdit membantu menjana pdpatan glongan berpendapatan rendah!!! memang bnar ianya membantu tapi ianya satu madah yang brhelah..:-D skim microkrdt tidak tulus lbih mesra amno amnya.

      Delete
  2. Susah2 sgt lantik najib je la.hilang kapal terbang lagi diam je tak payah jawap apa2.

    kikiki

    ReplyDelete
  3. cerita yg cuba disembunyikan macai azmin.... terima kasih omakkau krn mempromosi ts khalid



    keza

    ReplyDelete
  4. Xkisah la promosi sape2 pun tp jgn promosi jubo tuya kat sini sudah.

    kikiki

    ReplyDelete
  5. No azmin.gila nak jadi mb no khalid.gika.kekal.mb vote for saifuddin

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...