Monday 7 April 2014

LAGI AMALAN MEMBAZIR KERAJAAN BN TERBONGKAR ... LANDASAN LAPANGAN TERBANG IPOH BERLUBANG HALANG PESAWAT BESAR MENDARAT WALAUPUN SUDAH RM45JUTA DI BELANJAKAN!!!!



Kerja menaik taraf bernilai RM45 juta bagi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah digagalkan oleh jalan berlubang di landasan lanjutan, menghalang pesawat seperti seperti Airbus A320 dan Boeing 737-400 mendarat di ibu kota Perak.

Jawatankuasa Kira- Kira Wang Perak (PAC) sedang menyiasat perkara ini tetapi belum diketahui apa akan dilakukan kerajaan negeri selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengisytiharkan landasan sepanjang 2,000 meter tidak selamat untuk pesawat lebih besar kerana terdapat jalan berlubang di landasan yang dipanjangkan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang merangkap Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengatakan landasan dipanjangkan dari 1,780 meter ke 2,000 meter untuk menampung pesawat lebih besar dari Singapura, Medan dan Hong Kong, namun hanya pesawat Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines yang menggunakan laluan Ipoh-Singapura setiap hari dengan pesawat kipas turbo ATR 72.


Beliau enggan mengulas lanjut kerana merupakan salah seorang anggota PAC yang menyiasat kes tersebut.


Lapangan terbang itu sebelum ini digunakan untuk menampung penerbangan setiap pagi di antara bandar perlombongan bijih timah itu dan Subang bagi mereka yang mengambil penerbangan sambungan terutamanya ke Hong Kong.


Akan tetapi Lebuhraya Utara-Selatan memudahkan akses antara Ipoh dan bandar-bandar lain dan menyebabkan penerbangan ke ibu negeri Perak itu berkurangan.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, lapangan terbang diubahsuai bagi membawa masuk pelancong asing kerana Perak mempunyai potensi untuk memajukan lagi sektor pelancongan.


Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider terdapat sembilan jalan berlubang di landasan lanjutan sehingga memaksa DCA mengisytiharkan pada Disember lalu pendaratan dan perlepasan tidak selamat di landasan tersebut.


Sumber memberitahu, PAC sedang melihat apakah terdapat elemen rasuah dan apakah prosedur diikuti dalam kerja menaik taraf itu.


"Apakah ada ujian tanah dijalankan kerana jalan berlubang adalah kejadian yang biasa berlaku di Ipoh," kata sumber itu.


Kerja menaik taraf bangunan terminal termasuk pembinaan sebuah bumbung baru dan permukaan hadapan bangunan, manakala dewan ketibaan dan perlepasan diperbesarkan dengan kemudahan berhawa dingin sepenuhnya untuk meningkatkan tahap keselesaan penumpang.


Selain itu, apron diperluaskan untuk menampung tiga pesawat pada masa yang sama.


Sementara itu, Nga berkata cita-cita Zambry untuk membangunkan Perak hanya akan menjadi angan-angan tanpa lapangan terbang beroperasi secara optimum.


"Pembangunan di negeri ini akan terbantut jika infrastruktur seperti komunikasi tidak diperbaiki,” katanya.

Nga yang juga ahli Parlimen Taiping mengatakan ini sebagai respons kepada jangkaan Zambry akan terdapat 1.4 juta pelancong ke Perak pada tahun pertama selepas Million Movie Animation Park Studios (MAPS) beroperasi pada 2016.

Nga mengatakan jangkaan Zambry adalah fiksyen dan tidak realistik kerana Perak tidak mempunyai lapangan terbang antarabangsa.


Perak Corporation Berhad mengumumkan minggu lepas pembinaan MAPS bernilai RM300 di Meru, Ipoh yang dijangka siap pada Disember tahun depan.


Beliau berkata lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari MAPS adalah di Pulau Pinang, iaitu kira-kira 150km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang sejauh 250km dari situ.


"Bagaimana MAPS mampu menarik pelancong asing apabila tiada Lapangan Terbang di Ipoh," soal Nga.

Nga berkata statistik Kementerian Pelancongan mendedahkan Malaysia menerima 102.2 juta pelancong asing di antara 2008-2013 tetapi hanya 2.4 juta atau lebih kurang 2% melawat Perak.

"Purata kira-kira 400,000 pengunjung setahun antara 2008 dan tahun lepas," katanya sambil menambah adalah tidak realistik bagi Zambry untuk mempercayai jumlah pelancong asing akan bertambah tiga atau empat kali ganda secara ajaib dengan siapnya MAPS tanpa lapangan terbang antarabangsa.


Beliau berkata, perniagaan taman tema adalah industri yang sangat berdaya saing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembukaan Legoland di Johor Baru dan Universal Studio di Singapura.


Nga mengatakan Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya akan dibuka di Thailand pada Julai dan Twentieth Century Fox Theme Park di Genting dijangka dibuka pada 2016.


Legoland juga boleh mendapat manfaat daripada pelancong asing ke Universal Studio Singapura kerana lokasinya yang strategik dan berhampiran Singapura.


Universal Studio Singapura merekodkan dua juta pelancong selepas sembilan bulan dibuka.


Pada masa sama, Twentieth Century Fox Theme Park melabur RM910 juta untuk menaik taraf taman tema sedia ada bagi menarik pelancong antarabangsa.


Cartoon Network Amazone Theme Park di Pattaya walaupun agak kecil dengan pelaburan RM100 juta juga mempunyai kelebihan kerana terletak di sebelah pantai terkenal di peringkat antarabangsa.


Ia terletak hanya 15 minit memandu dari selatan Pattaya dan dilengkapkan pantai yang indah, berpotensi menarik lebih ramai pelancong ke Pattaya.


"Apakah kelebihan kompetitif MAPS sebagai taman tema bernilai RM300 juta dibina di bandar tanpa lapangan terbang antarabangsa?


Beliau menggesa Zambry melancarkan satu pelan induk pelancongan Ipoh serta merta yang meliputi pengangkutan, infrastruktur, makanan, dan penginapan untuk melengkapkan dan menarik lebih ramai pelancong ke MAPS.

5 comments:

  1. kroni umno bn yg mana sudah mengkhianati rakyat plk kali ni

    ReplyDelete
  2. semoga pengkhianat akan ditimpa mala petaka yg setimpal

    ReplyDelete
  3. Seingat sku dalam tahun 90an kerja2 pembinaan lapangan terbang dilakukan oleh Kor Jurutera ATM di Kg Selamat Sitiawan Perak. Tiba2 projek dibatalkan oleh PM Mamak Mader dan di tukar ke Pangkor. Maka tinggal lah kawasan projek itu begitu saja dsn skrg telah diusahakan oleh segelintir penduduk tansm tebu dan jagong. Yg aku tahu air port Pangkor pun dah tutup bangunan dsri kayu runtoh dan ditumbuh rumput. Sebuah pesawst pun dah tak mai ke Pangkor. Ini kah kerja buat kerajaan Penyamun. Buang duit rakyat ratusan juta telan masuk perut lepas tu senyap macam ular sawa kenyang. Apa nak diharapkan lagi kepada kerajaan UMNO/BN ini. mereka tidak berfikir camana nak bagi rakyat senang tapi mereka fikir camana nak csri duit senang bina projek gajah puteh. Memang HARAMJADAH pemimpin2 UMNO/BN ini. Negara KAYA rskyat MISKIN

    ReplyDelete
  4. Apa ade hal stadium boleh runtuh, ini pulak jalan atau landasan. Biasalah kalau tak menipu bukanlah pemegang keris bogel. Menipu tu satu hal, lari mencicit takut kat wartawan luar satu hal jugak. Dah bodoh pun nak jadi pemimpin!!!

    ReplyDelete
  5. Eh..?altantuya tu sapa sbnrnya yg bunuh ek..?owh..salah tajuk ke..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...