Thursday 3 April 2014

SASTERAWAN NEGARA PAK SAMAD AKUI ISU DUA KARYA LUKISANYA TELAH SELESAI APABILA JABATAN MUZIUM SELANGOR MENGHUBUNGINYA UNTUK PROSES PEMBAYARA.


Nampaknya hasrat dan niat pihak tertentu mau jadikan isu lambat membuat pembayaran sebagai senjata politik menyerang Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Rodziah Ismail tidak kesampaian apabila tindakan pantas dan tuntas beliau bersama-sama dengan Dato' Menteri Selangor dan barisan Exco lain.

Ini dinamakan tindakan dinamika .. berjiwa besar akui kesilapan ... merendah diri mohon maaf .. bersifat perihatin bertindak pantas.

Isu hutang dua karya lukisan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dianggap selesai apabila beliau dihubungi Jabatan Muzium Selangor bagi proses membuat pembayaran.


"Ya, saya sudah dihubungi Jabatan Muzium pagi tadi minta nama serta nombor akaun bank.

"Saya gembira akan jadi kaya lepas dapat RM16,000.

Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, pihaknya sudah dimaklumkan dan menghargai keputusan mesyuarat Exco Selangor semalam yang mahu melunaskan bayaran tersebut dengan segera.


Beliau berkata, bayaran RM10,000 atas pelantikannya sebagai Sasterawan Taman Selangor pada 2012 sudah dijelaskan oleh kerajaan negeri, tetapi pada majlis yang sama penyerahan dua lukisan sebagai tanda cenderahati kepada Selangor belum selesai.


"Walaupun cenderahati tetapi ia mesti dibayar.


"Saya sebenarnya sudah melupakannya tetapi saya akan ingat semula bila bayaran diterima," katanya berseloroh.


Semalam, Exco Selangor, Rodziah Ismail mengakui berlaku salah faham apabila kerajaan negeri hanya membayar RM10,000 kepada Pak Samad tetapi tidak menyentuh mengenai urusan jual beli lukisan berjumlah RM16,000.


"Ada benarnya, maknanya bayaran (RM16,000) tertangguh masih belum diselesaikan.


"Lukisan itu tidak dibayar tanpa pengetahuan saya," katanya.


Sehubungan itu, Jabatan Muzium Selangor di bawah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor diarahkan supaya segera menyelesaikan bayaran tersebut.


Beliau berkata, perkara itu kini dianggap selesai selepas diserahkan kepada Exco Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi untuk tindakan selanjutnya.

7 comments:

  1. Berbeza dng cara umno akan di jawab saya tak ingat...

    ReplyDelete
  2. biasalah macai-macai pr penuh sandiwara

    ReplyDelete
  3. Kalu UMNO tak kan beli lukisan yg berharga 16k. Mereka hanya beli ratusan ribu atau jutaan RM, komisyen pun lebat slebat bulu lembu NFC ijat.

    ReplyDelete
  4. membazir duit rakyat exco penipu ni. Orang tua tu dah kelaparan..tu je lah sumber rezekinya..lagi exco rodziah ni mengencing. Ingat kami ahli pkr yang sokong anda..jangan pula kamu mempermainkan pak samad!
    Orang tua ini yang banyak kali ditipu oleh pemimpin pkr mcm chegubad. Janji nak bayar setiap kali diangkut berdemo. Tapi lepas berdemo terus lesap memacam alasan!

    Time nak turun berdemo, kamu angkut dia. Duit minum pun korang kebas. Dengar cerita adam adli pun banyak kali kena kencing dek penganjur! Mentang mentang dia takde pelajaran, belajar tak habis camni korang buat kpd ahli bawahan pkr ye!

    Si ismat nasib baik dia ni pandai bertaqiyah sikit. Demi segulung kertas sijil ...sekrg dia duk senyap menikus. bagus. tektik yang bagus kpd kita ahli pkr yang dulunya sanggup berjuang demi keadilan. Tapi sedih la..part nak sijil...terus lintang pukang mencicit menyuruk!

    PKR harus berjuang walau apa pun menghalangg! takbirr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi hoi!! pala otak ko nak takbir takbir.
      camne dgn ahli pkr yg budha kristian, singh dll?

      ko ingat kita ni parti PAS kaa nak islam islam bertakbir?

      lain kali tulis tu ingat2 sikit! fahami dan ketahui aliran parti kita ni parti apa woi!

      Delete
    2. kena jerit KEPALA BUTUH masak kunyit. . .pasal parti kita adalah PARTI SEX yg di ketuai oleh BPAK GAY m.sia.....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...