Saturday 26 July 2014

AKHIRNYA ASTRO AKUI BERI KONTRAK PADA AMDOCS, SYARIKAT YANG DITUBUHKAN DI ISRAEL.



Rangkaian penyiaran Astro mengakui bahawa syarikat itu melantik syarikat yang ditubuhkan di Israel, Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan dan pengebilannya.

Astro menjelaskan demikian dalam kenyataannya, susulan serangan penggodam yang mensasarkan halaman utama laman webnya, astro.com.my semalam.

Dalam kenyataan itu, Astro menjelaskan bahawa Amdocs kini berpengkalan di Amerika Syarikat dan diapungkan di pasaran saham negara itu.

"Ibu pejabat Amdocs utama terletak di Amerika Syarikat. Southwestern Bell yang berpangkalan di Amerika Syarikat memperoleh 50% daripada kepentingan Amdocs pada tahun 1985.

"Hari ini, Amdocs dimiliki 100% secara institusi melalui penyenaraiannya di Bursa Saham NASDAQ," kata Astro menerusi laman Facebook rasminya petang tadi.

Astro menambah Amdocs mempunyai lebih 20,000 pekerja di 70 negara.

"Anak syarikat Amdocs yang dilantik oleh Astro telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia," kenyataan itu dipetik.

Serangan penggodam ke atas laman web Astro itu berlaku susulan pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi berhubung kontrak lumayan tersebut.

Asyraf yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu menyelar tindakan tersebut, yang tidak sensitif pada perkembangan konflik di Gaza, yang membunuh lebih 800 nyawa umat Islam.

Penggodam memuatkan imej warna bendera Malaysia dan Palestin dengan slogan “#OpSaveGaza”.

9 comments:

  1. Mcd je yg ulama suruh boikot. Astro ni tempat diorang cari makan. Rasanya ustaz2 takkan boikot punya. Kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Kalau ustaz2 astro boikot diaorng nk masuk tv mana? Takkn tv 3 suku kot. Itu tv untuk hiburan jer..ostad2 takleh masuk.. mmg cilake la astro ni. Kompeni dari negara kain takleh ke. Balik2 israel..siol tol laa..

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Astro belum nak buka mulut lagi atau they just dont care...

    ReplyDelete
  4. Astto mmg bahlul..dh bayaran bulanan cekik darah..dasar yahudi

    ReplyDelete
  5. Ni sumer poyo...haktuihhh...

    ReplyDelete
  6. Kompln paasl astro ni smalh sprti anjing menyalk bukit. X spa yg bolh mgmbl tindkn pd astro sb smua ada kpntgan ngn astro. Conth paling nyta.astro nikkn sewa prhdmitn pngguna x spa yg brsunguh membela rakyt protes nikkn seea bulnan. Ada mata pndg ad telinga dengr. Itu sja peranan kita pd astro.

    ReplyDelete
  7. Database kita bocor senang2 je.

    ReplyDelete
  8. Israel pejam sebelah mata dah nampak.

    ReplyDelete
  9. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...