Monday 7 July 2014

BERITA YANG MENGERUNKAN BEBERAPA INDIVIDU TERTENTU ... HASIL AUDIT PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) AKAN DIUMUM SELEPAS DISIASAT OLEH JABATAN AUDIT NEGERI SELANGOR DAN JABATAN INTEGRITI.



Siasatan awal audit Pejabat ADUN, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen memantau penggunaan peruntukan kewangan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menunjukkan trend pengeluaran melebihi pemberian kepada penerima sumbangan.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, penemuan itu akan disiasat Jabatan Audit Negeri Selangor dan Jabatan Integriti Selangor bagi memastikan sama ada terdapat ketirisan atau penyelewengan berlaku atau masalah berkaitan isu teknikal.

“Kalau benar berlaku salah guna duit peruntukan rakyat ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan. Polisi Kerajaan Negeri terpakai kepada semua tidak kira Menteri Besar, Exco atau ADUN.

“Apa yang penting duit yang kita peruntukkan itu sampai kepada rakyat. Itu yang kita usahakan,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Kata beliau semua penemuan dalam kerja audit itu nanti juga akan dibawa dalam mesyuarat tertutup bagi memutuskan tindakan selanjutnya yang akan diumumkan kepada rakyat.

Rodziah bagaimanapun tidak menjelaskan pejabat Ahli Parlimen, ADUN atau Pejabat Penyelaras DUN yang terlibat dengan trend pengeluaran melebihi sumbangan dimaksudkan.

Rabu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Jabatan Audit Negeri Selangor diarah menjalankan audit di seluruh pejabat ADUN, Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan program kebajikan MES.

Ia bertujuan untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program kebajikan yang dijalankan sejak 2008.

JENG .. JENG .... JENGGGGG .... NANTI KITA TENGOK .. SIAPA YANG KENAAAAAAAA.

7 comments:

  1. Yeahhhhh Kajang Move dah jadi Kejang Urat Move. Keadilan Raya kepanasan Kah Kah Kah. Ramai terlompat dan melompat. Kah Kah Kah.

    Tulang Besi Malaysia Waves : Dia takperr dia ada t-shirt hijau lengan putih cap CHANGE. T-Shirt Nepal-Bangka design tu kah kah kah

    Padan der Muka TB. Take this. Kah Kah Kah. Gambar tank dalam blog Malaysia Waves tu tukar dengan gambar tongkang lerrr. Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  2. Teringat aku TB Malaysia Waves kata:

    Sebagaimana PAS dgn PKR wajib menolong DAP di Telok Intan, PAS dan PKR jugak wajib menolak TSKI.

    Woooooi teruk punya Malaysia Waves, Hujah bigfoot mana kao pakai ni?????

    UG (Urang Giler) macam Malaysia Waves saja yang benci orang jujur dengan para ugamawan

    ReplyDelete
  3. Anonymous 7jly2014 14:30 U cite pe ? Ini hal ketegasan MB elak perbaziran,ketirisan wang rakyat . kalau dah umno tu buat je cari Yahudi .

    ReplyDelete
  4. Kononya mb dah sign mOu air tp sampai sekarang 1 anak kunci pintu syabas pun dia tak dapat pengang lagi.nak bantu rakyat ke nak bantu kroni.t.kak wan boleh jadi mb.dia dah join politik 20 tahun.

    say no to kidex

    ReplyDelete
  5. Siapa yang peduli siapa yang akan kena siasat kerana semua rakyat Selangor bertindak menukarkan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat adalah kerana mahukan ketelusan dan keadilan.

    Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan seperti pemimpin UMNO Baru mencuri duit rakyat dengan cara menipu melalui komisyen projek.. mereka mesti dikenakan tindakan tegas. Semua rakyat Selangor akan menyokongnya.... kecuali talibarut UMNO Baru dalam Pakatan Rakat yang akan terpekik terlolong seperti anjing nampak hantu.

    Tiada siapa yang perlu takut kalau bekerja secara betul dan jujur ? Pekara yang paling ditakuti oleh ahli politik Pakatan Rakyat ialah apabila Khalid Ibrahim dikepong, dihasut dan diugut sehingga bertukar bentuk jadi trojan berwarna emas.... mengakibatkan Khalid Ibrahim selalu bercakap tak serupa bikin....

    ReplyDelete
  6. Maksud anon 15.19 tski dah jadi badut kroni umno.

    say no to kidex

    ReplyDelete
  7. ANWAR PERLU BERUNDUR!!

    UNDUR ANWAR UNDUR!!

    UNDUR SEGERA!!













    ANWAR PERLU BERUNDUR!!

    UNDUR ANWAR UNDUR!!

    UNDUR SEGERA!!





    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...