Tuesday 8 July 2014

EDISI KERAJAAN "DAP/PR" MELAKA ZALIM ... PENIAGA BAZAAR RAMADHAN 100% MELAYU BERAGAMA ISLAM RASA TERTIPU DENGAN MEWUJUDKAN SEBUAH LAGI TAPAK BAZAAR RAMADHAN JARAK 200 METER MENYEBABKAN TAPAK ASAL LENGANG DAN SUNYI SEPI TANPA DIKUNJUNGI ORANG RAMAI..


Zalim sungguh DAP ini??? .. Nampak sangat anti Melayunya ... peniaga bazaar ramadhan pun tidak terlepas dari pukulan zalim dan anti Melayunya .... terbaru mangsa "DAP/PR" ialah para peniaga bazaar ramadhan yang hampir 100% warga bani Melayu di Melaka.

BATU BERENDAM - Kewujudan dua tapak bazar Ramadan dalam satu kawasan di Taman Merdeka, di sini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan peniaga, semalam.

Menurut peniaga, tapak bazar Ramadan asal diuruskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pak Balang, Taman Merdeka selepas membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Ekoran itu, satu lawatan oleh Yang Dipertua MPHTJ telah dilakukan di kawasan tapak berkenaan, sekali gus memutuskan bersetuju mengadakan sebuah tapak bazar Ramadan di situ.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila secara tiba-tiba, muncul sebuah lagi tapak bazar Ramadan kira-kira 200 meter dari situ, menyebabkan tapak asal lengang tanpa dikunjungi orang ramai.

Peniaga, Samsudin Serin, 48, berkata, pada asalnya seramai 21 peniaga sudah memohon lesen kepada MPHTJ dengan bayaran RM280.

“Malangnya, ada pihak lain menganjurkan bazar Ramadan di sini sehingga menyebabkan kami peniaga tersepit.

“Kami semua mengikut undang-undang dan membayar lesen tetapi yang tidak ikut undang-undang berniaga di sana. Lebih malang apabila kami pula disindir oleh kumpulan peniaga di sana,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Nor Azura Abdullah, 29, berkata, dia bersama beberapa peniaga terlibat sudah mengadukan perkara itu kepada MPHTJ tetapi sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.

“Saya jual nasi ayam, setiap hari hendak mendapat RM20 pun susah. Nasi ayam saya sejak hari pertama berniaga banyak yang terbuang sedangkan saya terpaksa mengeluarkan modal hampir RM200 sehari.

“Yang kami kesalkan, kebanyakan peniaga di sana beroperasi secara haram dan tanpa lesen tidak diambil tindakan pihak berkuasa, sebaliknya kami di sini yang beroperasi secara sah terus terhimpit,” katanya.

Bagi Samsudin Isnin, 54, pula, dia difahamkan oleh MPHTJ hanya terdapat lapan bazar Ramadan saja diluluskan, tetapi pelik kerana kini terdapat sembilan bazar Ramadan.

Sementara itu, isu tapak bazar Ramadan berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Menurut Shamsul Iskandar, isu berkenaan timbul berikutan masalah politik tempatan antara Pengerusi JKKK baharu dengan pengerusi terdahulu.

“Cadangan saya, peniaga terlibat di kedua-dua tapak ini ditempatkan satu tempat di sini, seperti mana dipersetujui antara MPHTJ dengan JKKK di sini,” katanya.

4 comments:

  1. Ntah masakan dia tak sedap memanglah orang tak beli. Kalau sedap dlm gaung pun orang turun.

    ReplyDelete
  2. Woi Samsul selesaikan masalah kat melaka tu dulu baru boleh sibuk2 pasal Selangor ok!!! Susun stratergi rampas melaka tu jangan ko jadi CELAKA!!!!

    ReplyDelete
  3. Samsul cuma boleh buat statement jer....kalau PR perintah Melaka mungkin berebut nak jadi MB.

    ReplyDelete
  4. maaf..bukan nak kritik, bangsa sendiri..kalau dilihat bila2 bab berniaga, petani, nelayan..yg asyik2 tidak puas hati bangsa sendiri juga...kdg2 terfikir kenapa jadi begini..berniaga makan, gerai kiri kanan jual makanan yg sama pun..tak boleh, gerai dia tak de lesan, gerai kita ada lesen, isu nelayan minyak diesel, hasil tangkapan kurang dll...kan bagus kalau byk gerai,,,lagi byk pilihan..org ramai akan dtg..membeli..sbb tahu bazaar Ramadan besar ada disitu..tgk bangsa cina berniaga..lain nampaknye...cth kedai motor..sebelah menyebelah kedai motor pun boleh maju..bergantung sesame sendiri...tak cukup skru, minta kedai sebelah,,.pendapat sy ada benda yg boleh diperbaiki..sikap utk berubah,..maafkan sy..fikir2kan la..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...