Sunday 6 July 2014

KERAJAAN NEGERI SELANGOR AMBIL SEMUA ASPEK TERMASUK KAJIAN ALAM SEKITAR SEBELUM PEMBINAAN LEBUH RAYA DI LULUSKAN KATA MB SELANGOR TSKI.



Semua pembinaan lebuh raya yang dicadangkan di Selangor akan dikaji sepenuhnya terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek termasuk kajian alam sekitar di samping memberi kesan positif kepada aliran trafik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata 22 lebuh raya sudah diluluskan dan kini terdapat enam lagi tambahan lebuh raya yang dirancang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri secara prinsip pada tahun 2008 sudah memberi kelulusan supaya LLM membuat kajian berkenaan lebuh raya di Selangor dan memberi kelulusan bersyarat.

Ini dapat dilihat pada pembinaan lebuh raya pada tahun 2012, yang mana kita beri dengan cara bersyarat antaranya memastikan ia mendapat persetujuan masyarakat sekitar.

“Di samping itu, lebuh raya berkenaan harus memberi kesan positif kepada aliran trafik yang menjadi punca utama kesesakan di Lembah Klang.

“Buat masa ini, terdapat lebih tiga juta kenderaan berada di jalan raya pada satu masa, jika tiada sistem penyelenggaraan sudah tentu akan menyebabkan keadaan trafik yang sangat sesak,” katanya, di sini.

Abdul Khalid berkata, beliau sudah meminta LLM untuk memberi penerangan kepada rakyat melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung semua projek lebuh raya berkenaan termasuk perancangan masa depan mereka.

Sementara itu, ketika mengulas komentar Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa “kelulusan secara dasar” kerajaan Selangor bagi enam lebuh raya bersepadu akan memburukkan lagi sumber air di negeri itu, Abdul Khalid berkata, ia hanya satu jangkaan.

Katanya, jika lebuh raya yang akan dibina itu mengganggu sistem takungan air, maka kelulusan tidak sewenang-wenangnya akan diberikan.

“Itu jangkaan (Charles) sahaja tetapi apabila membuat lebuh raya, kita juga mengambil kira kajian alam sekitar yang merangkumi kesan negatif kepada apa yang berlaku.

“Kalau terdapat tempat takungan air, kelulusan tidak akan diberikan,” katanya.

Enam lebuh raya yang dicadangkan adalah Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX), Sungai Besi-Ulu Klang Expressway (SUKE), Serdang Kinrara Putrajaya Expressway (SKIP), Eastern Klang Valley Expressway (EKVE), Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Pantai Barat (LPB).

3 comments:

  1. Itu semua beruk2 punya komen yg nak menggugat kedudukan TSKI sebagai MB yg ada.

    Inilah jadinya bila beruk di angkat jadi wakil rakyat. Hal ehwal pentafbiran pun nak dicampur politik

    Pegi masuk hutan lah wahai wakil2 rakyat beruk woi. Tak nak langsung ambik pengajaran dpd peristiwa beruk2 PAS di Kedah yg gilakan kerusi MB. Lihat...satu negeri langsai...padan muka.

    ReplyDelete
  2. Bro....tak lama lagi dgn Pakatan pon langsai bro...tgk je lah pemimpin pakatan byk yg angkuh bila jd YB........takde bezanya dgn YB yg sebelah sana...semua sama!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah la CEO KIDDEX - peguambela peribadi Najib dan UMNO kerana berjaya dapat projek dari PR Selangor. Hebat TKSI kerana dapat menjaga periuk nasi musuh!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...