Monday 14 July 2014

KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN KUTUK PEGUAM NEGARA DAN PDRM.



Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafli mendakwa dirinya mangsa pendakwaan terpilih selepas disiasat polis kerana ugutan bakar bangunan DAP pada Mei lalu.

Razlan berkata pihak polis dan peguam negara perlu adil dan pertikaikan tindakan yang diambil ke atasnya, tetapi tidak kepada mereka yang terlibat dalam demonstrasi Bersih 2.0.

"Muka 20 individu sudah dikeluarkan dalam media. Kami kenal setengah daripada mereka. Jangan kata tidak dapat cari mereka. Apa jadi dengan kes itu?" soal Razlan.

Razlan bercakap kepada The Malaysian Insider di luar balai polis Wangsa Maju di mana beliau dan lima lagi disoal-siasat polis kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi di ibu pejabat DAP pada 22 Mei.

Mereka disiasat kerana melakukan ugutan jenayah.

Razlan mendakwa demonstrasi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam seperti demonstrasi Bersih 2.0 lalu, walaupun mengancam untuk membakar bangunan DAP ketika insiden tersebut.

"Kami mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berlaku adil. Jangan memilih," katanya.

Razlan mengetuai sekumpulan ahli Pemuda Umno yang berhimpun di luar bangunan DAP bagi membantah kenyataan "Umno Celaka" oleh Adun Seri Delima RSN Rayer dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Razlan juga mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP dengan berkata: "Kalau mereka boleh katakan kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini?"

Pengikutnya juga mengikut sama merosakkan harta benda awam, seperti papan tanda parti.

Beliau juga menggesa supaya pihak berkuasa tidak takut dan tunduk kepada pembangkang, malah menyifatkan tiada keadilan dalam kes membabitkan Rayer.

"Beliau (Rayer) sepatutnya didakwa, tetapi lihat apa yang berlaku? Kenalah adil. Jangan memilih bulu kerana beliau dari pihak pembangkang, atau tidak, kita sekarang boleh keluarkan kata hasutan ke atas kaum lain dan parti secara terbuka," soal Razlan.

13 comments:

  1. Undang2 mesti adil. tak boleh pilih bulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku stju plksanaan undang2 mesti adil!!
      Kna pd pmbngkang dikata itu la keadilan..
      Kna btng hdung sndri bru la nk melalak2 "ini tak adil!!"
      Kenali laa perangai macai2 UMNO... Umat Melayu Naif Otaknya!!

      Delete
  2. Bapok UMNU nak lancarkan tabung untuk Palastine! Kah kah kah kah.. Abis la macik Felda kene kencing ngan kene berak cair lagi kali nih.. Orang PR jangan support projek penyangak nih.. Tuuuuuih! Kaaah kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. dah kooo...ugut nak bakar bangunan orang...apa lagi tak betul pulak...BERSIH berhimpuan tak der lah nak mengugut2 begitu....cume agen provokasi yg datang dari maner yg selalu buat begitu.........

    ReplyDelete
  4. puak umno dijamin masuk syurga sbb diaorang langsung x takut rembat duit zakat,tabung haji n tabung plastin.

    ReplyDelete
  5. Rukun Islam dan rukun Iman

    5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org umngok ada lg 1 rukun iman iaitu:
      7.percaya kepada tv3suku,rtm,utusan meloya&berita hairan

      Delete
  6. umno mmg munafik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. United Munafik National Organization...kan?!

      Delete
  7. dia kena dakwa bukan psl berhimpun Peserta Bersih bebas dr pendakwaan Kalau yg 20 org peserta bersih tu di dakwa kemungkinan besar di bebaskan ada
    pemuda kena dakwa bukan psl berhimpun tp psl ugut bakar pejabat

    ReplyDelete
  8. Kebencian di reka oleh pemimpin atasan, yang barua bawahan jadi mangsa.Satu dunia tahu cara mereka mengekal kuasa dengan sifat melaga lagakan antara kaum.

    ReplyDelete
  9. hahahahahahahahaha...!!! bagila oscar..UBAHLAH SELAMATKAN MALAYSIA..!!!

    ReplyDelete
  10. Jangan jadi bodoh ketua pekasam ni dituduh atas ugutan jenayah bukan kes demo yg mangkuk2 macai pun turut sama jadi bodoh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...