Sunday 6 July 2014

PAS SELANGOR MASIH BERSAMA DAN TETAP MENYOKONG TSKI SEBAGAI MB SELANGOR IKRAR PESURUHJAYA PAS SELANGOR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD.



Sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali menggesa supaya jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor digugurkan dianggap sebagai kehabisan idea.

Sambil menyifatkan ia tidak relevan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata Abdul Khalid juga dilihat seperti dijadikan mangsa dalam semua masalah di Selangor seakan segalanya berpunca daripada beliau.

“Macam sudah habis idea sangat sampai bila timbul masalah sahaja, perlu tukar menteri besar, ini tidak relevan.

“Daripada sekecil-kecil masalah, sampaisebesar-besar masalah, semuanya mahu salahkan Abdul Khalid. Tak bolehlah begitu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Kenyataan Iskandar itu senada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini yang turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang melahirkan hasrat supaya Abdul Khalid berundur sebagai menteri besar terutama selepas beliau tewas dalam pemilihan parti.

Pada masa, Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar berpendirian untuk terus menyokong kepimpinan Abdul Khalid walaupun ramai yang mendesaknya supaya melepaskan jawatan nombor satu negeri itu.

Beliau berkata, PAS Selangor masih bersama dan tetap menyokong penuh Abdul Khalid.

“Bagi kami sebarang masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri masih boleh diselesaikan, bukan dengan cara tukar menteri besar. Lebih baik masa yang kita ada ini digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi,” katanya.

4 comments:

  1. Mb sgor buang projet kroni umno noo.itu pun kalau nak hidup dgn bermaruah.nak sembang ngan sapa kidex utk kurangkan kesesakan.mb penah lalu LDP ke,dulu kata Ldp nak kurangkan kesesakan.sembang dgn mkcik felda buleh la.

    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. SINAR
      SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

      Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

      "Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.

      "Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

      "Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.

      Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.

      Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

      Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

      Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

      "Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.

      Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

      "Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.

      "Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

      Delete
  2. TAHNIAH YAB HARI INI.

    ReplyDelete
  3. Ha Ha Ha ...
    Wahai rakyat dan penyokong reformasi...
    Kami lihat PKR ada TIGA tim yang domonan . SATU Tim Azmin, DUA Tim DSAI dan TIGA Tim TSKI.

    Mula STRATEGI Azmin ,....GUGUR kan TSKI daripada Jawatan MB Selangor...
    Itu sudah pun berlaku dan sudah di war-warkan...

    Bila dah GUGUR TSKI, maka Sama ada DSWA atau Azmin akan jadi MB Selangor. Kalau DSWA jadi MB pun tak lama.... sebab Azmin akan BISING...

    AKHIR nya Azmin akan jadi MB Selangor...ITU lah CIT CITA YB AZMIN...sebab ....Selangor Negeri KAYA dan Banyak WANG dan BANYAK Projek...

    Kini Azmin Tim akan SOKONG DSAI gugurkan TSKI. Jika DSAI calunkan DSWA sahaja jadi MB SelangOr.. Then Azmin Tim akan lawan DSAI...YAKIN LAH...

    SAUDARA RAKYAT MALAYSIA DAN PENYOKONG REFORMASI...

    jangan tersalah pilih... nanti padah nya buruk...
    Tim Azmin hanya akan sokong DSAI jika keputusan yang di ambil itu menguntungkan AZMIN..... Jika tidak Tim Azmin akan Lawan DSAI...

    Melalui amatan rakyat... KINI SUDAH ADA TANDA TANDA TIM YB AZMIN AKAN LAWAN DSAI....WAIT AND SEE...

    TOK SU...





    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...