Thursday 14 August 2014

CALON PRESIDEN BRAZIL MAUT DALAM NAHAS KAPAL TERBANG



Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut dalam nahas kapal terbang semalam, sekaligus menjadikan proses pilihan raya di negara itu menjelang Oktober dalam keadaan kucar-kacir.

Agensi berita Reuters melaporkan sebuah jet peribadi yang membawa Campos dan rombongannya terhempas di kawasan perumahan ekoran cuaca buruk sewaktu bersedia untuk mendarat di bandar pantai Santos.

Kemalangan itu membunuh semua tujuh penumpang di atas kapal, kata jabatan bomba negeri Sao Paulo.

Campos, 49, yang menguruskan platform mesra perniagaan berada di tempat ketiga dalam pemilihan dengan sokongan kira-kira 10 peratus daripada pengundi.

Walaupun beliau tidak dijangka memenangi pilihan raya pada 5 Oktober nanti, namun Campos dianggap sebagai salah satu bintang muda politik Brazil dan kematiannya serta-merta mengubah dinamik persaingan.

Sesetengah penganalisis berkata kematian Campos boleh menjadi laluan sukar untuk penyandang Presiden, Dilma Rousseff mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua lebih-lebih lagi mendapat persaingan sengit daripada calon lain iaitu Marina Silva.

Silva yang terkenal sebagai pencinta alam sekitar lebih dikenali ramai di peringkat kebangsaan dan boleh mengatasi undian Rousseff kerana mendapat sokongan di kalangan pengundi berhaluan kiri.

Rousseff yang mengetuai persaingan itu mengumumkan beliau akan menggantung kempen selama tiga hari.

Setakat ini Rousseff mendahului dalam pemilihan dengan kira-kira 36 peratus sokongan pengundi.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...