Thursday 14 August 2014

DATUK SERI WAN AZIZAH UMUMKAN DUA ADUN PAS MENYOKONG DIRINYA SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU SELAIN 15 ADUN DAP DAN 13 ADUN PKR.



Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

 
Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
 
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
 
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
 
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.

9 comments:

  1. Kekejaman tidak berlangsung lama terutama dengan siri fitnah dan mengaibkan orang2 yang jujur. Mungkin untuk meredakan krisis, pucuk pimpinan boleh menggugurkan pemecatan Khalid MB dan menerimanya balik sebagai ahli parti.

    Peti2 undi yang diterima oleh Khalid MB perlu diambil kira untuk mengetahui siapakah yang layak sebagai Timbalan Presiden

    Lantikan Khalid MB sebagai Penasihat Kerajaan Negeri

    Meletakkan calon yang bermoral tinggi seperti YB Yaakop Sapari sebagai calon YB

    Pemohanan maaf PKR kepada pucuk pimpinan PAS

    Dengan ini semua orang boleh hidup aman damai

    Tolang beritahu kepimpinan wahai Admin Omak Kau

    Terima Kasih

    Ahli yang Bersedih
    Ulu Yam

    ReplyDelete
  2. kalo berani bagila wan azizah jd mb...kita tgk next pru apa jadi..
    jangan disbbkan nak tukar dski nak letak dswa jadi mb, pr melepas selangor sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nepotisma bermaharajalela dalam PR. Pusat GRO dan premis lacur dan judi tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat Selangor ni... Jijah sendiri akui dia tak berwibawa nak jadi MB. Surat nak jumpa Baginda Sultan pun laki yang prepare. ..... itu pun ko orang buta lagi. Eloklah lah TSKI jadi MB dan sepak keluaq macai-macai PR yang tak sedaq diuntung.

      Delete
  3. Kenapa PKR tk boleh bersabar sehingga PRU 14???.. Yang utama sekrang ialah kesejahteraan Rakyat..Sekiranya Pucuk Pimpinan PKR ingin terus menggantikan MN dgn Wan Azizah..saya percaya PRU 14 ini semua akan hancur gara2 merebut kuasa..Cadangan saya lebih baik jawatan MB diserahkan kepada PAS pula..Baru ada setiakawan..

    ReplyDelete
  4. Tak mungkin PR akan kalah di Selangor kalau ada Pilihsn Raya semula. Rakyat Selangor dah serik dengan keranah UMNO sebelum ini dengan menyiksa rskyat Selangor kaw kaw. Hati rakyat Selangor hanya ada satu matlamat iaitu ASAL BUKAN UMNO yg memerentah Selangor. Rakyat Selangor selesa dengan PR. Ini sekadar mainan politik UMNO untuk merampas semula selangor dari Pakatan. Dalam hal ini rakyat Selngor misti bijak menilai jangan terburu buru dan diperbodohkan oleh UMNO. TSKI bukan seorang yg dikira anak jantan dalam berpolitik. Kalau Hussin Onn akur ditanatkan jawatan PM ketika itu dan Pak Lah juga akur disingkirkan sebagi PM walau pun Pak Lah berjanji akan undur tapi kerana desakan beliau undur awal. Kenapa TSKI tidak berbuat demikian akur dengan desakan parti. Dalaman parti tahu siapa TSKI cuma kita tak akan tahu masalah yg timbul sekadar serkap jarang kata DSAI tamak kuasa. DSAI itu dah lama dlm politik dah faham sangat mengenai plotik Malaysia. Kepada TSKI elok lah undur secara terhurmat dan tidak menyusahkan parti dan rakyat Selangor. Bab lain TSKI cerdek tapi bab kes MB TSKI dikira kurang cerdik. Benda mudah dah jadi kelam kabut dibuat nya. Sultan juga main peranan tidak menyebelahi mana mana pihak. Sultan kena adil dan bersikap berkecuali tidak terikut ikut dalam mainan politik kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan sekadar nak tak nak turun as mb, tp cara pkr handle kes ni dgn hentam tski kiri kanan nampak kurang ajar sgt...member tu ada air muka jugak
      kalau pkr nak survive next pru make sure ajar sikit si rafizi anak nasution n mak lampir tu...lagi satu pls cari candidate lain as mb

      Delete
  5. Berbalik kepada kemelut MB Selangor. Jika PAS keluar dari PR, PAS akan mempunyai majoriti yang besar berbanding DAP dan PKR setelah mendapat sokongan umno dan Khalid Ibrahim.

    PAS mempunyi 15 ADUN, UMNO 12 dan BEBAS 1. Itu tidak termasuk ADUN PKR yang akan keluar PKR dan menyertai PAS.

    Jika itu berlaku PAS berhak menuntut jawatan MB dan jawatan-jawatan lain kerana PAS adalah parti dominan. (Ketika bersama PR, PAS berkongsi dominasi dengan DAP)

    Sebagai parti dominan, PAS juga boleh memilih untuk melaksanakan undang-undang Islam di Selangor kerana Islam adalah motif utama perjuangan PAS.

    Dengan majoriti yang banyak PAS akan menguasai Selangor dan pemerintahan Selangor akan mengikut acuan yang dikehendaki PAS

    Pastinya Selangor akan lebih maju dan makmur di bawah pemerintahan PAS. Jika TGNA boleh menyerahkan elaun dan gajinya untuk memajukan Kelantan maka sebagai pemimpin islam yang wasatiyah, Pemimpin PAS juga boleh mengikut jejak langkah TGNA di Selangor.

    SELAMAT MAJU JAYA PAS

    ReplyDelete
  6. Nepotisma bermaharajalela dalam PR. Pusat GRO dan premis lacur dan judi tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat Selangor ni... Jijah sendiri akui dia tak berwibawa nak jadi MB. Surat nak jumpa Baginda Sultan pun laki yang prepare. ..... itu pun ko orang buta lagi. Eloklah lah TSKI jadi MB dan sepak keluaq macai-macai PR yang tak sedaq diuntung.

    ReplyDelete
  7. Dalam dunia ini Allah jadikan tiga gulungan sehaja yg jujur amanah dan ikhlas. Mereka adalah Para Nabi Para Rasul dan Para Sahabat. Selain dari tiga gulungan ini mereka tidak akan jujur tidak akan amanah dan tidak akan ikhlas. Para Ulamak tergulong daripada pewaris nabi tapi berapa ramai ulamak yg tidak jujur tidak amanah dan tidak ikhlas. Kalau setakat TSKI dan lain lain pemimpin di Malaysia ini nak jujur amanah dan ikhlas kirim salam laj. Sebagai rakyat kita cuma dapat dengar cerita buruk memgenai DSAI Wan Azizah dah TSKI tapi mereka yg berada dalam parti tahu cerita sebenar A - Z siapa TSKI siapa DSAI dan siapa Azizah. Tak yah lah kita buat rumusan melalut nanti jadi fitnah. Kalau dengar apa tv kata paper kata boleh mati dibuatnya. Untuk itu saya nasihatkan teman teman diluar sana jangan buat andaian sendiri. Biarkan lah para munafik UMNO dan Yahudi UMNO berkokok bagi kita yg setia dengan PR kita tunggu jawapan dan keputusan parti yg bergabung dalam Pakatan Rakyat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...