Thursday 14 August 2014

DEMI SOKONG DATUK SERI WAN AZIZAH SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU .. DUA ADUN PAS SELANGOR BERSEDIA KELUAR PARTI JIKA PAS KEKAL MENYOKONG TSKI SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR!!!!



ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.
"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

20 comments:

  1. Tu namanya pemimpin rakyat...
    Syabas YB...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah ada masyuk!!!!!
      Yang sengsara rakyat jugak. Depa tetap senang lenang.

      Delete
    2. Berapa banyak Bang Non Al-Juburi janji nak bayaq YB....Haiii tak sayang ke kat isteri2 YB tu....cerai TALAQ 3 tau....tapi what the heck....bila duit dah masyukkk.....boleh dapat bini baru tak....dara lagi....kan, kan,kan....

      Delete
  2. INI KALILAH !!

    LAIN KALILAH !!

    BOLEH BLAH !!

    INI KHALID LAH !!

    Kahh..kahh..kahh

    Anti PKR Ketum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busuknya, bau apa pulak ni? Oh bau najis...ABU

      Delete
    2. Bodoh, dah terang lagi bersuluh..
      Terang2 prmimpin korang tu gila kuasa..boleh pulak main lantik suku sakat sendiri jd MB gila hebat..
      Yg anjing2 nie pon angguk je ngikut ckp tuan hahaha apa punya bangang la korang nie..
      Mana tok ajis korang? xmo dengar pendapat die ke? Hahaha

      Delete
  3. Alhamdullillah YB. Tak salah kami menyokong dan memangkah tuan-taun berdua dalam pilihanraya yang lalu. Kalau semua ADUN dan pemimpin PAS seperti tuan2, sudah lama BN dan UMNO tumbang. Ini termasuk Dr.Rani,Mat Sabu dan Husam Musa. Berani demi keadilan dan perjanjian. Islam sangat menghormati perjanjian walaupun dengan kaum Yahudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia.....RBA (Red babi Army) dah ,masuk jarum......

      Delete
  4. alhamdulillah..ada juga YB2 Pas boleh dipercayakan dan memahami selekoh politik ..jgn disempitkan minda mcm majlis ugama..sekawan reban dgn ulama umno..

    ReplyDelete
  5. Memanh PAS patut dan MESTI BERSAMA PR, tapi BUKAN MENGIKUT TELUNJUK manusia rakus dan kronisme seperti ANUAR IBARAHIM a.k.a DSAI
    Apakah kita tidak sedar PKR minority dalam PR..?
    Ats ehsan setiakawan dan keperluan semasa kita beri jawatan MB pada PKR.
    DAP hanya bersnediwara dengan Annuar..... Tanpa sokongan PKR & PAS DAP tak akan sekukuhm ini.
    Anuar telah MENJADIKAN PR MILIK KELUARGA (Sdn. bhd)

    ReplyDelete
  6. Tak sangka ya ramai dalam DAP & PKR tak de mata otak untuk berfikir sendiri.
    Melainkan menggunakan otak Anuar Ibrahim dan mata Anuar.
    Kalau huruf 'B' Anuar kata '8' maka semua ikut '8'.
    Itulah lembu-lembu dlam DAP dan PKR yang tela dicucuk hidung dan dateik kesana sini.

    ReplyDelete
  7. Komen dr mcai yg nk tgk pr hancur tp pr bertmbah kuat..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat keeee??? Hahahahaha syok sendiri la lu mat hahahahaha

      Delete
  8. Si bangang mana yg ckp tu...ada gak yb2 pas yg faham selekoh politik...yg dua ekor tu ke? Haha. Sudah la tu...bab jatuhkan kerajaan perak tuduh dan hina umno bagai nak rak...ni nk jatuhkan khalid org sendiri (sebelum dipecat) boleh pulak pindah parti...konon demi rakyat...pirahhh, mmg xblh dipercayai pr ni...nyesal aku ngundi depa pd pru13 lepas....aku x halalkan dunia akhirat

    ReplyDelete
  9. There's the door.

    PAS pun tak perlu ADUN seperti anda.

    ReplyDelete
  10. Pelik sikap pas ni mcm bru join pkr n dap, slow sngt nk buat kputusn smpai mcm2 ftnah tmbul.

    ReplyDelete
  11. tu nmanya setiakwn dgn tksi je, yg len dh x prlu ke? pngundi2 dok prhati kwibawaan pmimpin trtinggi pas ni

    ReplyDelete
  12. Akar umbi pas x setuju jgn pandai pandai buat kenyataan....

    ReplyDelete
  13. Akar umbi pas je ke yg mngundi

    ReplyDelete
  14. syabas kpd 2 ADUN PAS ini yg ada prinsip dlm berpolitik. biar apa pn akan berlaku mereka tetp dgn pndrian brpeganang pd prinsip perjuangan susah seng semasa dlm kluarga PR. Yang lain agaknya sdg membuat prkiraan dalam mcari keuntgan habuan ringgit bakal dinekmati melalui tawaran bonanza melompat parti .X mustahil.. sma2lh kita ikuti skrip drama brsiri x lama lagi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...