Friday 1 August 2014

EMPAT SUSPEK DISYAKI TERLIBAT DALAM MELETUPKAN MESIN ATM DI BUKIT BERUNTUNG BERJAYA DIBERKAS POLIS.



Empat suspek yang dipercayai meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Bukit Beruntung dekat sini Rabu lepas diberkas semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka yang berumur lingkungan 30-an diberkas dalam dua serbuan di Tanjong Karang dan Puchong.


"Polis turut merampas sebuah kereta. Seorang suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau yang sama yang dilakukannya di Jenjarom, Subang Jaya, Puchong dan Shah Alam,


"Dia dipercayai dalang kepada kumpulan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata kumpulan itu dipercayai aktif sejak tahun lepas dan modus operandi mereka ialah menggunakan bom buatan sendiri yang berasaskan mercun.


"Bahan yang digunakan untuk meletupkan mesin ATM tersebut dipercayai meletup lebih awal," katanya.


Abdul Rahim berkata seorang lagi suspek dilihat sempat melarikan diri dengan  motosikal jenis 'scrambler'. 


Beliau berkata keempat-empat suspek yang ditahan itu direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini.


Dalam kejadian itu, kumpulan penjenayah tersebut gagal memecahkan tiga mesin ATM dan beberapa mesin lain yang terdapat di pusat perkhidmatan bank berkenaan. 


Sementara itu Abdul Rahim berkata belum terdapat tangkapan dibuat berhubung kejadian 10 lelaki mengamuk dan mencederakan beberapa pengunjung kafe siber di Taman Bayu Perdana, Klang semalam.

6 comments:

  1. SHAH ALAM, 1 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira idealogi politik walaupun beliau ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata DAP dan PAS juga sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, selain DAP.

    “Abdul Khalid adalah ahli PKR tapi Menteri Besar adalah milik semua parti dan semua rakyat. PAS adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian lain adalah PKR dan DAP.

    “Kita baru setahun melantik Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kenapa terlalu cepat berubah pendirian? Bagi peluang kepada Abdul Khalid memperbaiki keadaan dan kita bantu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

    Katanya, persetujuan semua parti dalam PR dan pandangan rakyat Selangor perlu diambil kira bagi menyelesaikan kemelut kerusi Menteri Besar, bahkan kegagalan PR mengambil kira pandangan rakyat akan menyebabkan masalah besar dalam PRU akan datang.

    khairuddin othmanSelain itu, katanya, kemelut yang tercetus sejak Langkah Kajang dimulakan juga boleh menimbulkan rasa bosan di kalangan rakyat dan menganggu kelancaran pentadbiran negeri.

    “Rakyat akan bosan kalau kebajikan tidak sampai kepada mereka dan rasa diabaikan. Pada waktu itu, rakyat mungkin akan beralih,” katanya.-sk

    ReplyDelete
  2. padan muka bank zionis

    ReplyDelete
  3. Yg ini israel kne bljr cra letupkn mesin ATM dtengah bndr tanpa dsedari masyrakt sekitar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...