Tuesday 12 August 2014

KENYATAAN MEDIA KEDUDUKAN ANGGOTA-ANGGOTA EXCO SELANGOR DIBAWAH DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YAB TAN SRI DATO' SERI KHALID IBRAHIM .. SOKONG TERUS BERKHIDMAT TETAPI MELETAKKAN BEBERAPA SYARAT.



KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)

Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.


Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.


Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.


Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:


1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;


2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan


3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing


Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.


Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.


DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan


PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita


SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram


PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar


PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi


SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin


12 Ogos 2014

59 comments:

  1. Kulit muka tebal mcm umnu pulak mb gagap ni.dia yg kena pecat nak berlagak baik mcm mat mongol pulak.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      memang dah rumrah alam naik ini turun itu semuanya kerana apa???? apa salah khalid??? sebab lawan kata dia di pecat maka siapa yg salah dan siapa yg mengkucakacikan selangor??? siapa???? adakah khalid??? mana sebabnya??? buktinya??? sampai skrg khalid masih lagi mb selangor dan sultan masih memberi kepercayaan pada beliau. maka apa nak jadi pada selangor kalau mb ditukar??? ada perubahan pada negeri selangor ke??? tiada untung pada sesiapa pun terutama rakyat selangor sebab tu khalid harus teruskan tugas beliau seperti biasa baik utk rakyat selangor.

      Delete
    2. Saya sokong anon 20:58pm.

      Delete
    3. mb yang ada ni mewakili parti apa?adakah wakil bebas menjadi majoriti didalam dewan?dlm sistem demokrasi majoriti akan memerintah.ini dah jadi karbatak.dlm demokrasi dimalaysia ni apa pun boleh jadi.ini lah dikatakan "MALAYSIA BOLEH"

      Delete
    4. betul bhai 2030 selagi ada umno haram jadah ni apa pun boleh jadi.mereka ada disebalik keputusan kekalkan orang tak berparti jadi MB.

      Delete
  2. Sultan dah perkenan, Kalau tak setuju perkenan Sultan tu letak jawatan ajelah. Ikut tatasusila Melayu yang tersirat kalau buat syarat serupa buat syarat kat Sultan. Faham ke mereka dengan budibicara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Lagi pun lantikan EXCO adaklah atas budibicara MB. Kalau MB tak mahu dia boleh dibuang. Ini pula nak bagi syarat kat MB. Macam para menteri bagi syarat kat PM. Pada hal PM yang lantik menteri dan PM boleh tukar mana-mana menteri yang tidak akur. Begitulah juga dengan MB di peringkat negeri.

      Delete
  3. Anak Jawa....diorang ni tak perlu cakap pasal adab tata susila...masing-masing takkan faham sebab kelabu mata dengan jawatan.......tolonglah woi jangan hipokrit tak mengaku nak rebut jawatan tapi bagi alasan macam-macam yang tak logik......ni lagi satu...kenyataan bersama ni Zuraida dah endorse belom?? Kang tak pasal-pasal kecoh pulak.....huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Semoga ts khslid ibrahim dikurniakan kekuatan bagi melawan politik keji dan kotor pkr..


    Keza

    ReplyDelete
  5. Tahniah blogger omak kau kerana kini bersama2 bn menyokong ts khalid sebagai mb. Semoga selangor semakin sejahtera



    Keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa Omakkau bersama bn??? Kelaut laa kau ni keza...huhu...

      Delete
    2. Lepas pilihan raya 2013
      1. Keadilan tak mahu TSKI jadi MB.
      2. PAS mahu TSKI jadi MB.
      3. Kemudian Keadilan setuju dengan PAS supaya TSKI jadi MB sehingga tamat penggal keduanya.
      4. Setelah satu tahun, Keadilan pecat TSKI. TSKI bukan lagi dalam PR.
      5. Sekarang PAS tersepit. TSKI telah jadi ahli bebas bukan dalam PR. Jadi macam mana PAS nak sokong.
      6. Itulah bijak dan leceknya percaturan Keadilan.
      7. PAS kena main.

      Delete
  6. Asalkan Bukan UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL.....MAKAN BABI PUN XPE......

      Delete
  7. Bila nak kurangkan kuasa raja2 mintak perkenan british.kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Aku setuju dengan anak jawa johor..skrg sultan berkenan tski jadi mb sape tak setuju boleh letak jawatan atau lebih elok cakap boleh blaaah....terutama kepada rafizi dolah jalang Dan yang sewaktu dengan nya

    ReplyDelete
  9. Apa nak pelik dgn jawatan keturunan lanun boleh dilantik jadi sultan.heee

    ReplyDelete
  10. Akum Saudara2ku Tak kan lah sebab Khalid seorang tambah pula sekarang tak berparti ,dan  kini d sokong kuat pula oleh musoh utama kita, maka kita sanggup membenarkan parti kita retak. Mungkin ALLAH SWT nak tunjokan kita siapa sebenarnya Khalid . Apakah dia ini musang berbulu ayam. Berhati2lah apabila musoh mulai memuji kita. Pada saya Khalid bukan jastifikasi untok sehingga kita boleh berpecah dan berpisah .Kita semua ada kelemahan dan kesilipan. Kita buanglah yg keroh dan ambil lah yg jernih. Semoga rambut yg d tarik tak putus dan dlm masa yg sama tepung tak berselerak. Ini adalah ujian besar kepada kita semua. Sebahagian besar masyarakat telah mula mendampingi kita ; maka jangan sia2kan harapan mereka.  Semoga ALLAH SWT Memberi kita kekuatan dan kewarasan menghadapi cabaran ini. Mohon maaf jika pandangan saya ini tidak bertepatan kepada sesetengah pehak. Tamrin Tun Ghafar

    ReplyDelete
    Replies
    1. LU PUN KURANG SATU SEPULOH LAH TAMBRIN.

      Delete
    2. Lepas pilihan raya 2013
      1. Keadilan tak mahu TSKI jadi MB.
      2. PAS mahu TSKI jadi MB.
      3. Kemudian Keadilan setuju dengan PAS supaya TSKI jadi MB sehingga tamat penggal keduanya.
      4. Setelah satu tahun, Keadilan pecat TSKI. TSKI bukan lagi dalam PR.
      5. Sekarang PAS tersepit. TSKI telah jadi ahli bebas bukan dalam PR. Jadi macam mana PAS nak sokong.
      6. Itulah bijak dan leceknya percaturan Keadilan.
      7. PAS kena main.
      8. Sekarang tahulah siapa dia Anwar Ibrahim.

      Delete
  11. rafizi mana? mana mangkuk sekor ni, bagila komen...bukan dia ke yg mulakan kajang move ni...anak nasution n mak lampir pun tetiba tutup mulut...wan azizah pun senyap aje, mcamana nak jadi mb kalo takde satu pun convincing statements dikeluarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak terlibat apa apa ye. Tanya saifuddin.

      -RAFIZI RAMLI-

      Delete
  12. semua exco dah kena pecat. padan muka.

    perkara yg paling ditakuti oleh anjing pkr dan dap apabila pas dan umno bergabung. pasti parti campuran agama pkr dan parti cina dap tak pegang putrajaya!

    aku dah malas dgn pkr. pemilihan pun bergaduh. nak jawatn pun bergaduh.baik masuk pas. dah tentu parti org islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa yg sesuai golongan ulama profesional PAS tendang puak parasit pas melalui perpaduan umno dan pas.

      Delete
    2. yup, gabung tubuh kerajaan PUKI = Pas + Umno + Khalid Ibrahim...cantek betullah...

      Delete
    3. Kenapa mesti mencarut?
      Baru je lepas puasa sebulan
      Bulan Syawal pun bulan ibadah

      Delete
    4. dia kafir la mn de dia posa sebulan..klu dia islam posa sebulan mesti dia x mencarut..hahahah

      Delete
  13. boleh pulak pemimpin PKR tutup2 kes . Kalau tak letak jawatanMB kami akan bongkar. Kalau benar TSKI adalah masalah..patutnya dh lama suruh siasat. Maknanya pemimpin PKR dah tau lama tapi simpan benda yang tak betul le. Ni sama je perangai macam UMgok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. sempat lg mengata umno tu..

      Delete

  14. TAK PAYAH BISING LAH. SEMUA DAH KENA PECAT DGN TSKI.
    PADAN MUKA.

    ReplyDelete
  15. Muahahajha.....khalid ko kencing kan aku lid......aduyaiiiii masak aku lid....napa lahnko buat aku lagu ni lid.....nak lap ayaq mata jijah.....kikiki

    ReplyDelete
  16. Kepentingan dsai DLM Selangor bkn MB tapi suit yg Selangor ada melalui janaan tski selama beliau menjadi mb Dan x DPT digunakan oleh pkr bagi kepentingan politik dsai utk jadi PM tak nampak ke ? kalau tski tak baik naper x ambik pemimpin dr parti pas jdi mb kata sepakat naper perlu kak jijah jadi mb

    ReplyDelete
  17. Apa nak pelik dgn jawatan penjubo pun boleh dilantik jadi anugerah tuhan.heee

    ReplyDelete
  18. Tggu saje undian disidang DUN..kita tak perlu menambah dosa dgn sia2

    ReplyDelete
  19. Syabas PAS skrg punya pendirian. Jgn seperti dulu jd pak turut pd DAP n PKR. PAS tunjuk prinsip & teladan yg baek.. hinggakan Umnogok jd pengikut.
    Teruskan usaha mentarbiah Umnogok.. DAP & PKR ... Cakap laen..buat laen..

    ReplyDelete
  20. Aku anak sgor malu betul tgk MB gagap ni...sdh ler parti xnk bla lah...mmg sah dan nyata gagap ni yg ada agenda tersirat dgn umnok dan bbrp kerat org pas yg di didik oleh nashruddin biol tu...

    ReplyDelete
  21. omak kau...your stand pls...TSKI betul2 hebat, drp mangsa kini dah bertaring dan berkuku menjadi PEMANGSA...Roziahpun dipecatnya...omak kau belah mana ye? kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH.....MENGUTUK ORANG PANDAI, TAK SEDAR DIRI SENDIRI YANG SALAH!!!

      Delete
  22. kalau berfikir dengan jelas dengan mengenepikan persepsi kedudukkan si pemikir jawapannya amat jelas.segala yg berlaku bermula episod pertama di selangor hingga kini berkait dengan hukuman penjara.cuba fikir dengan logik masakan perkara ni di lakukan dengan tergesa gesa dan begitu drastik dan nampak amat terdesak oleh waktu hingga mengenepikan segalanya hingga mendatangkan bahaya kepada masa hadapan parti sendiri..nampak seperti tindakan bodoh..tapi ini hanya jalan yg ada untk survive kan diri sendiri.parti di tubuhkan utk kepentingan kelompok..bukan utk kepentingan individu melepaskan masalah yg sendiri timbulkan.tindakan ini adalah terdesak dan pengkhianatan kpada parti dan rakyat.apa boleh buat hanya jalan ini yg anwar ada..shame on you..sanggup korbankan apa saja utk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSKI dimangsakan!!!

      Delete
    2. lol...tski is now predator, not prey

      Delete
  23. Perang saudara dalam PR dah bermula ....apa punya nama pakatan daa kalau para pemimpin gagal sepakat keluarkan satu kenyataan...masing masing kelam kabut dan nak tunjuk taji tajam di kaki masing masing..sekarang ribut sudah melanda...teratak PR belum sampai 2 penggal terbina sudah menunjukkan tanda tanda boleh roboh...atap dan dinding PR mula terkopak satu demi satu dan berterbangan ditiup angin...mangsa ribut akan dapat dikenal pasti selepas ini hehehe

    ReplyDelete
  24. Your comments are partial correct but keep in mind Khalid MB, which is renowned for his management skills wanted to save PKR from the evil of nepotisme and cronysm, and many PKR grass roots knows that.

    The people know who are Rafizi, Nasution and friends. do not care about them Nepotisme and cronysm in PKR. But the grassroots cares about these issues.

    Everybody knows the issue is not abaou Khalid but more towards the concept of fainess and justice where PKR relates to.

    Anwar cannot hide it. People talk and people are not stupid.

    ReplyDelete
  25. The tyrant, Anwar gave his blessing to his wife to become the MB. Shame on you.
    This is Nepotisme to the highest degree.

    PKR members must rally behind TSKI, this is not an option but the only way for those whom believe in Justice.

    Jefferson Balasingam
    Member of the Organisation since 2001

    ReplyDelete
    Replies
    1. I Support you Mr Jeff Bala

      Delete
    2. Abang Jeff. Saya sokomg kenyataan kamu

      Delete
  26. Saya setuju dengan Jefferson Balasingam


    Ada jugak penyokong parti yang tak mahu guna akal, mata dan telinga siasat apakah betul dan benar tuduhan Rafizi dgn Saifuddin

    Kata-kata pro Kacang move yang hari-hari dok spin sana sini jugak di pakai..

    Cubalah pakai Otak Sikit, Mata ..lihat dan telinga dengar...

    Cuba ambik sikap Khalid yang dipecat oleh Anwar masih mampu ucap selamat pd Anwar, walau seluruh Jentera PKR menghina, mennfittnah dan memaki untuk tujuan memalukan Khalid.

    Dengan ucapan sinis itu, penyokong sepatutnya mencari kebenaran?

    Isu melawan Perintah Pucuk Pimpinan, Tak Ikut arahan, itu RESMI dan ADAT dlm PKR, Anwar pon tak ikut arahan ketuanya dulu bila disuruh berhenti, letak jawatan?

    Jadi siasat lah sendiri, parti PKR siapa yg benar, ikutlah, siapa yang salah tetap salah lah.

    Bermula drp Pemilihan PKR kucar kacir, PKR dah confirm jadi Parti Caca Merba - apa Anwar buat untuk mententeramkan keadaan?

    Lagi pon siapa Anwar dalam PKR? Dia pon Kalah bila Bertanding dgn Wan Azizah, siapa Wan Azizah, Isteri dia?

    Hidup PKR, Kacang move bolehhh blahhh

    ReplyDelete
  27. Katakan tidak kepada Nepotisme laki bini tahap zalim. Berusaha memecat pemimpin yang amanah dan menggantikan denga isteri yang tercinta.

    Ahli-ahli PKR bawahan, sila tunggu signal......... Kita akan keluar parti beramai2 tak lama lagi.

    Ingat PAS, jangan kau menyokong Nepotisme keparat yang dibawa oleh Kacang Move. Kalau tidak, kamu akan kalah semua kerusi PRU 14

    Ahli Seumur Hidup
    Sementa

    ReplyDelete
  28. ADUN2 PKR wajib menggalkan parti dengan segera. Bubarkan semua ranting PKR. Kita bersama wadah baru. Tunggu signal, kita ikut arahan.

    ReplyDelete
  29. Kita menyokong konsep Keadilan bukan fanatik pemimpin laki bini.

    Tahap gaban, sanggup merosakkan negeri kerana isteri pemimpin

    Bila kita nak ramai2 keluar parti ni????????????????

    ReplyDelete
  30. Sabar rakan-rakan sekalian, kita tunggu signal. Dapat signal, ayuhhh kita tinggalkan parti ini

    Kepada PAS, kamu jangan sekali belot menyokong golongan fanatik laki bini. Ada pemimpin kamu yang sudah memaki hamun dewan ulamak kamu. Kalau boleh pecat mereka ini. Kamu berjuang atas landasan Islam. Islam menyokong kebenaran

    Ahli Seumur Hidup
    Sementa

    ReplyDelete
  31. Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.

    “Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”

    Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.

    ReplyDelete
  32. IMAGINASI KEPUTUSAN MESYUARAT PAS 17 OGOS 2014.

    PAS AKAN MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM ADALAH DIALU-ALUKAN.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM AKAN MENERIMA PERKONGSIAN KUASA.

    INILAH POLITK & PAS TELAH BERKUASA, ADALAH BODOH JIKA PAS MELEPASKAN KUASA.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN :)























    IMAGINASI KEPUTUSAN MESYUARAT PAS 17 OGOS 2014.

    PAS AKAN MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM ADALAH DIALU-ALUKAN.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM AKAN MENERIMA PERKONGSIAN KUASA.

    INILAH POLITK & PAS TELAH BERKUASA, ADALAH BODOH JIKA PAS MELEPASKAN KUASA.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN :)























    IMAGINASI KEPUTUSAN MESYUARAT PAS 17 OGOS 2014.

    PAS AKAN MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM ADALAH DIALU-ALUKAN.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM AKAN MENERIMA PERKONGSIAN KUASA.

    INILAH POLITK & PAS TELAH BERKUASA, ADALAH BODOH JIKA PAS MELEPASKAN KUASA.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN :)























    IMAGINASI KEPUTUSAN MESYUARAT PAS 17 OGOS 2014.

    PAS AKAN MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM ADALAH DIALU-ALUKAN.

    MANA2 PARTI MAHU MENYOKONG PAS MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DIKETUAI KHALID IBRAHIM AKAN MENERIMA PERKONGSIAN KUASA.

    INILAH POLITK & PAS TELAH BERKUASA, ADALAH BODOH JIKA PAS MELEPASKAN KUASA.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN :)























    ReplyDelete
  33. INI KALI LAH

    LAIN KALI LAH

    INI KHALID LAH.....

    ReplyDelete

  34. INI KALI LAH PAKATAN HARAM HANCUR BERSEPAI ! ! !

    ReplyDelete
  35. Diharap pas (parti isle semalaysio) tidak membenarkan telur mereka dipicit2 oleh pkr n dap spt sblm2 ni kikiki......

    ReplyDelete
  36. parti keadilan....adil ke parti ni ha....
    keadilan kepala tengkorak kau....
    TSKI belum dibuktikan bersalah dah kena pecat...ha..ha.. mahkamah mana kau pakai woi jubur...
    lepas tu kau nak paksa pas dan dap ikut sokong kau...
    nasib baik pas cerdik sikit..tapi dap dah kena perangkap kau..padan muka..
    sebenarnya marah.TSKI kerana kau tak boleh makan sikit kat projek tu.. cuba projek tu dapat kat org kau..tentu perkara ni tak berlaku..
    pakat melalak le exco yg kena pecat..tetiba masuk mesyuarat pula..ini pun pelik juga..
    sekarang bary kau rasa zuburit Dah..dulu kau yg mulut ego celupar cakap samseng dng pas...kau kata jwatan MB hak pkr..pas jng sebok2...ha.. sekarang apa jadi...itu la kau jng cakap riak sangat....semua dah jadi kacau kerana jwatan MB diberi kpd pkr ni.. tambah2 nak lantik perempuan pula nak jadi MB..ha lagi kelam kelibut......

    ReplyDelete
  37. pkr bergaduh..berpecah...
    pas berpecah antara puak ug dan ulama dan yg istiqamah..
    DAP tetap bersatu... dan semua ahli main peranan nak ambil DUN...dan dah dapat banyak dun pun...tunggu munkin bertambah lagi... inilah matlamat dan bijak berpolitik..
    inilah akibat dengki mendengki akhirnya yg tinggal baju singlet dan seluar dalam saiz xxxxl...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...