Thursday 14 August 2014

KENYATAAN PENUH NAIB PRESIDEN KANAN PAS MENGAPA PAS MENGAMBIL MASA SEDIKIT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN PERTUKARAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.



Kenyataan Media Naib Presiden PAS (14hb Ogos 2014)

PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri.

Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.


Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.


Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya?

Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.


Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya.

Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).


Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta!

Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,’the interest of the many, outweigh the interest of the few’.


Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia.

Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti.

Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah.

Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...


Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.


Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda.

PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.


PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR & DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harap kan pagar, pagar makan padi!"


Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.


Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma.

Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam!

Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’


InsyaALLAH, ‘give us until 17th of August’ untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah.

Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!


HAJI SALAHUDDIN AYUB
Naib Presiden PAS.

20 comments:

  1. Sultan akan tunggu ka.Tan Sri Khalid akan tunggu ka?UMNO akan tunggu ka?PAS ingat ini dunia zaman kereta lembu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau nak lajukan dunia ala mat rempit? Cepat ada caranya, lambat pun ada sebab dan hikmahnya. Kerana terlalu nak cepat tak menyempat Khalid dipecat. Baru terkinja2 terlompat2. Lepas tu baru teringat kawan, bukan tu saja kawan yg dicaci maki seolah2 kawan yg mulakan bicana. Jenis mcm kamu ni lah terikut2 tanpa fikir panjang.

      Delete
  2. Setuju..kenyataan yg sgt bernas dari seorg pemimpin..sy Respek anda salahuddin ayub..

    ReplyDelete
  3. Susah sangat ka jawap sokong PR atau Tan Sri Khalid.Na bertapa di Gunung Semangul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi bodoh..kan dia dah cakap ini bukan urusan tukar ketua kg

      Delete
  4. WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.

    HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM









    WAN AZIZAH BUKAN MAKSOM.

    HANIPA MAIDIN JE MAMAKSOM









    ReplyDelete
  5. "Saya faham kita telah dapat satu kejutan dengan pengumuman bahawa sahabat saya Adun Kajang meletakkan jawatan". saya hanya menemui hanya satu dua jam sebelum surat disampaikan kepada speaker dan tiada rundingan antara saya dan dia(Adun Kajang). Saya bukan seperti politik umno yang boleh berunding dan beli orang" - 3 Februari 2014








    Roadtour PKR dan kenyataan Anwar -ogos 2014

    Pada masa yang sama Ketum Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

    Katanya peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

    "Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai ADUN) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

    "Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR),"

    Hebat drama ini, pembohong sudah jadi mainannya yang menarik setiap pembohongannya mesti diikuti dengan perkataan umno. Aku dan keluarga sepakat keluar PKR dan sokong PAS..parti terang2 berlandaskan islam.

    ReplyDelete
  6. SULTAN MELAKA = KHALID IBRAHIM

    HANG JEBAT = PKR

    HANG TUAH = PAS

    HANG JEBAT TELAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN MELAKA,

    MAKA HANG TUAH PERLU MEMBUNUH HANG JEBAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan azizah puteri gunung ledang ke? hehe

      Delete
    2. HANG JEBAT SIMPAN KERIS TAMING SARI DI PINGGANG
      KELINCAHAN HANG JEBAT BERSILAT TAK MAMPU DI TANDINGI LAKSMANA HANG TUAH
      DUA TIGA KALI LANGKAH LAKSMANA HANG TUAH DI MATI KAN OLEH HANG JEBAT
      KERANA BERIYA IYA LAKSMANA HANG TUAH NAK BUNUH SAUDARA NYA HANG JEBAT MAKA KATA HANG JEBAT "NAH AMBIL KERIS INI ABANG KU TUAH .........................

      Delete
    3. hang tuah berada di jalan yg benar & siapa berada di jalan yg benar pasti menang!!

      Delete
    4. Masalahnya, PAS bukan Hang Tuah, tapi tukang angkat taik Patih Karma Wijaya aka Nuar. Tukang angkat taik sampai bila2 pun akan jadi tukang angkat taik. Terimalah nasib malang mu PAS sedikit masa lagi!

      Delete
    5. pas adalah hang kebun. cangkul pun cangkul lah

      Delete
  7. kenapa tiba tiba salahuddin hulur kepala pulak?
    org lain buat taik biar org tu yg keluarkan kenyataan ini.
    PKR dah minta Khlaid berundur Khalid kata dia akan terus kan tugas sbg MB sehingga pru. Bukan kah Khalid boleh berundur pd hujung tahun ini Kenapa nak tunggu pru? Apakah hny PAS sahaja yg membawa mandat bila berjumpa Tuan Guru ttg menantu nya dlm PKR tidak wujud proses yg sama? Mustahil dlm PKR tidak ada perbincangan halus mengenai Khalid dan keputusan ini disampaikan kpd Anwar. Kalau tidak tak kan lah majoriti sokong Wan Azizah

    Sy hormat pd Salahuddin krn itu maaf kan saya.Dan rasa nya Salahuddin tersepit dlm keadaan ini. Mengapa keputusan menyokong Khalid di buat oleh Majlis Syura dan bukan Salahuddin ? Smp ke tahap syura PAS nak bela Khalid Pandangan sy PAS bukan nak selamatkan kerusi MB tp PAS nak selamatkan Khalid. Ada bau busuk antara Ulamak PAS dng Anwar.

    PKR tak sebodoh itu utk memecat Khalid dan dlm hal spt ini mana mana parti termasuk UMNO tak sebodoh itu utk memecat pemimpin mereka Jd kenapa PKR pecat Khalid PAS nak guna mcm mcm formula. (alasan)

    Cukup lah jgn jd mcm kehilangan pesawat .


    ReplyDelete
  8. Relevan 17hb bagi Parti Pas tapi tidak pada pengundi PR. PAS tahu Khalid sudah dipecat dari PKR.
    Kenapa masih memilih dan tunduk pada Khalid yg sudah tidak berparti. Parti Pas mempunyai 15 pemimpin yang menang pada PRU yang lalu atas gabungan PR. tidakkah perkara tersebut aneh dan memalukan

    Undang2 tubuh kerajaan N. Selangor mesti beragama ISLAM dan berbangsa Melayu. Jika mandat MB Selangor sudah dijanjikan kepada PKR dan Pas secara umum tahu parti tersebut sedang bergolak. Pas sebagai rakan dalam PR wajib memilih salah seorang wakil Pas untuk memangku jawatan MB Selangor dan Pas seolah-olah biarkan saja ia berlaku. Pas mempunyai 15 wakil rakyat yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Tiada seorang kah dikalangan mereka ini yang layak ? Tidakkah perkara ini menjadi curiga dan sangsi pada rakyat yang memberi kepercayaan kepada gabungan PR untuk mentadbir N.Selangor. persoalannya sekarang adakah parti Pas tidak percaya pada wakil mereka sendiri di N.Selangor?

    Kisah Khalid membuang 6 Exco kerajaan dan kenyataan beliau tentang kerajaan PR tidak wujud di N.Selangor. Kenapa pemimpin Pas mendiamkan diri dan tiada bantahan atau amaran di buat keatas Khalid. Permainan apa sebenarnya yang parti Pas sedang mainkan. kalau ingin bermain carilah permainan yang boleh diterima akal pada pengundi2 PR di N.Selangor.

    Pengundi2 PR di N.Selangor menonton acara berpaling tadah yang dibuat oleh Pas. kalau Pas ramai pemimpinnya dari kalangan intelektual dalam alaf baru, tapi cara dan perangai tidak menampakkan seperti yang diuar-uarkan. jika sudah ada perancangan untuk keluar dari PR ini adalah masa yang terbaik untuk Pas keluar.

    Punca mengapa pengundi PR rasa muak dan bosan pada Pas kerana :

    1.PAS menyokong Khalid membuang 6 org Exco kerajaan

    2. Memberi mandat kepada Khalid mentadbir N. Selangor sebagai MB.

    3. Menyokong kenyataan Khalid menghina tentang kerajaan gabungan PR.

    4. 4 orang Exco dari Pas memberi sokong penuh kepada Khalid tanpa rasa malu dimana mereka harus ingat kemenangan mereka dari sokongan pengundi2 PR. terutamanya pada Adun Pandan jangan lena dengan pangkat yang beliau pegang.(sebab 1 hari 1 pengundi PR akan hilang untuk Adun Pandan).

    5.Pas telah hancurkan kepercayaan pada pengundi2 Pakatan Rakyat. ini adalah nyata.

    Apa yang berlaku pada PKR sebenarnya ada kebaikannya dimana kita baru tahu sapa kawan dan siapa pembelit. Kepada Parti Pas kawan menyarankan persidang pada 17hb nanti buat keputusan untuk keluar dari PR dan meneruskan rancangan bersama UG itu adalah jalan terbaik. jikalau masih bersama PR ia akan menjadi rumit dan payah kerana pengundi2 PR tiada kepercayaan lagi pada parti tersebut dan ini akan menjadi kan perbalahan yang lebih teruk sekiranya masih bersama dengan PR.


    Note :
    Pada YB Saari Sungib dan YB HASNUL Adun Morib. kawan harap terus dengan pendirian YB. kawan amat berbangga dengan keputusan dan pendirian YB.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. good statement rid...sy sokong.

      Delete
  9. Khalid mendapat laluan sutera sehingga 17hb dari PAS. Inilah waktu seramik Khalid memindahkan semua bahan2 dari ofis beliau.

    ReplyDelete
  10. En Din...ini bukan nak tunggu ketua kampung utk buat keputusan apa masaalah orang kampung. Ini kesatuan. Kena buat keputusan segera. Jgn biarkan rakyat terus buat comment yg tidak memihak. Ini nak jaga negeri..nak jaga duit rakyat..nak jaga krbajikan rakyat. Cakap mcm itu semua orang boleh..kata dlm pakatan. Takan nak menyembah utk buat keputusan. Walau apa keputusan syura ke? Lajnah ke? Mana boleh tunggu hingga istana pun bingung dgn pas. Ardogan pun dah jadi presiden..Pas masih nk jadi hero..tengok aku yg buat keputusan. Jgn tuduh2 ugut & jgn ckp boleh berdikari. Suka tak suka Fato Husam dah ckp Pas xmampu naik utk menentang kebathilan utk memiliki Putrajaya. Takda kuasa cukup ke kekuatan utk menang seperti dikelantan yg hampir kalah. Pasal bukan jawatan ketua kampunglah cik din kena efficient. Klau Dap & PKR tak ingin bersama Pas lagi melihat sikap2 begini..mereka boleh bentuk kerajaan Selangor + 2 Adun Pas yg faham saat & keputusan kritikal ini. Takbir

    ReplyDelete
  11. Apa RASIONALNYA Wan Azizah nak lantik jadi MB Selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak Lelaki ni jarang berkasar dng perempuan Ckp kena susun dan bahasa lembut Tak boleh marah sgt sbb kalau perempuan marah balik puak lelaki ni terkedu. Bila dua pihak berselisih yg perempuan ni boleh damaikan. Wan Azizah mempunyai ciri ciri se org wanita yg lemah lembut dan telah menempuh cabaran hidup yg hebat Dia juga pernah jd Ketua Pembangkang Ahli Parlimen dan skg DUN Kajang
      Apa RASIONALNYA PAS tak terima Wan Azizah sbg MB Sgor?
      Apa RASIONALNYA Najib jd PM ? Kalau Pak Lah sanggup guna Saiful adakah Najib akan ganti Pak Lah ?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...