Monday 8 September 2014

AZMIN ALI SELAKU TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN AKUI SECARA TERBUKA KEMELUT POLITIK SELANGOR SEMAKIN KRITIKAL, MOHON SEMUA PIHAK DARI PIMPINAN SAMPAILAH ANGGOTA PARTI AKAR UMBI BERTENANG, JANGAN LAKUKAN TINDAKAN YANG BOLEH MENAMBAH KERUH KEADAAN.



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyeru agar pimpinan dan anggota PKR bertenang dalam menghadapi situasi kemelut menteri besar Selangor yang kini dilihat semakin kritikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu bagaimanapun berkata, beliau yakin situasi berkenaan akan selesai.

"Saya menyeru semua pemimpin dan ahli PKR bertenang serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan suasana politik.

"Saya akui kita sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR), pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang," katanya.

PKR sebelum ini berhadapan dengan dakwaan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata kemelut menteri besar di Selangor berpunca daripada PKR dan PAS katanya menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar kerana faktor kelayakannya.

"PKR komited dengan PR, perpaduan itu perlu diperkukuhkan. Justeru, saya berharap pimpinan dan anggota tidak melatah, sebaliknya sentiasa berhemah, tenang dan berhikmah dalam semua keadaan

"Saya juga ingin menegaskan dasar PKR yang mendudung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang merupakan salah satu tunggak kerajaan," kata Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak.

Azmin sebelum ini dicadangkan sebagai calon kedua selain Dr Wan Azizah oleh PAS untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau bagaimanapun menolak pencalonan itu kerana ingin memberi laluan kepada Dr Wan Azizah, yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada PR yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat berasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

29 comments:

  1. Ini semua salah gang2 kajang move-ninja turtle. Bini boss terdahulu rakyat dilupakan Rafizi, saifudin Dan azizah perlu letak jawatan kerana menyusahkan PKR

    ReplyDelete
  2. Anwar Kat oversea ka? Do not be chicken bro

    ReplyDelete
  3. Saya rasa yang patut jadi president adalah azmin bukan zizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azizah dan Anuar tak layak memimpin lagi. otak korang banyak langau Kajang Move.

      Sila berundur dan beri jawatan kepada yang ahli sperti Azmin Ali dan Yaakop Sapari.

      Anuar pi mana aaaaaaaaaa????? mangkuk hayun, kapal dah terumbang ambing dia orang tak nampak pun. Pemimpin macam ni. Sudaaaaaa la bro,

      Azmin, Nik Nadzmi, Yaakop Sapari lebih mengasihi parti dari kamu bapak langau laki bini

      Delete
  4. Napa perlu mintak bertenang pula.bukankah sebelum ini pkr nak ajak rakyat kejalan dan tepi longkang,jika sultan tak terima wan azizah
    Nah"! Kenapa pulak sekarang kecut batu. Mana mulut longkang zuraida
    memang pkr hanya parti tetorik. Sekarang siapa yang betul dalam tindakan, pas atau pkr/dap?

    ReplyDelete
  5. Budak kajang move menyorok dalam stor JKR Daerah

    ReplyDelete
  6. Kajang move semua poyoooo ha
    Haktuihh

    ReplyDelete
  7. Azmin Ali semakin Matang, jauh berbeza drp KETUM Busuk lagi membusuukkan..

    Woooi Bauuu Taikkk lah

    ReplyDelete
  8. Doa untuk hancurkan Umno telah beralih kepada kehancuran PR....

    ReplyDelete
  9. Anon 18.33 I agree
    Tak habis2 Cuba tunjuk romantik kunun perait jawatan MB nak bagi bini dia. Apaaaaaa kaooooo sudahhh gilaaa

    ReplyDelete
  10. Yepppp Azmin as President, timbalan yaakop sapari

    Anwar laki bini wajib pencen

    ReplyDelete
  11. Skrg siapa yg malu....smua dh cantek..knp pula mesti kajang move..mau lantik bini sendiri..pastu salahkn pihak lain..sudah2 la..jgn pula pasni sultan pula kna kecam,makin parah ler huhu..daulat tuanku

    ReplyDelete
  12. Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    ReplyDelete
  13. Di Perak dulu sbb geng umno cpt shj pihak brkaitan lantik Mb.Akur shj Lah suara majority.yg Besar tu Allah bkn manusia.nti dlm barzah jwp lh ikut iman.kdg2 msa ni lah org yg brkepntingan rujuk insrutusi Lah.tpi jika tun sentuh dulu semua sokong ...tk tau lah duniaa duniaa.

    ReplyDelete
  14. Diharap Azmin Ali dan Yaakop Sapari boleh mengemudi PKR kerana Kapten kapal dah mabuk kuasa. Yang betul hanya adalah nasihat2 auta gang2 Kajang Move

    ReplyDelete
  15. Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak mengemukakan tiga nama lain.

    Alasan PAS mudah. Titah mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

    Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

    Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

    Mereka dengan sengaja ingkar titah!

    ReplyDelete
  16. Pudin! Oh Pudin... Mana dossier Hadi Awang

    ReplyDelete
  17. HaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHahahahaaaaaaa PKR ? PKR? DAP ? DAP ? hahaha ....... Pakai baju kertas suratkabar , koyak rabakla bila terlonjak-lonjak, terlompat-lompat macam kera dapat bunga. Itu baru dapat jawatan MB, kalau PM mau meletup negara. PKR ni kelakar la ? Masuk raja lawak 2015 ya

    ReplyDelete
  18. Yang korang gelojoh Sgt pecat tski APA sal.MPP bertungkus lumus meeting nk pecat tski.besar Sgt ke kesalahanya.mahkamah dah jatuh hukum ke.kalo korang jd mb 100% bersih ke..lagi pun korang tu bkn anak Selangor.sedar sikit...zuraidah perempuan puaka!! Ko tak nak jelajah Selangor kutuk sultan ke?..tau takut ye...Azmin, sebenarnya geng korang tu gila jawatan Dan gelaran...dah kebulur sangat nak dapat gelaran dato'

    ReplyDelete
  19. amboi meriah cai karat biru kat sini..nak bodek boss ke supaya elaun ditambah kpd rm1 juta..lagi pun duit brim dah habis...huhuhu

    ReplyDelete
  20. Sokong cai umno mnyibuk mcm le org x tau.kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa 2 org je macai pkr dlm blog pro pkr...isk2 yg lain g mana...tkkn ramai yg dh sedar dan bakar kad ahli pkr... kah kah kah

      Delete
  21. jauhi dan hindari dari jadi penjubo dn kaki kelentong kerana penjubo dan kaki kelentong al munafik akan dpt penyakit otak serabut dan gila, ini bukan cobaaaaaan ini betul2 punyer...ada faham? sekian terima kaseh...ngeh ngeh ngeh.

    ReplyDelete
  22. Zikir yang paling aula oleh macai macai umporno ialah jubo,liwat kote...musuh wahid mereka dsai...nak buat camner dah takdir macai macai umporno ni otak dah karat biru kerana makan hasil lendir upah melalak sekupang dua dalam blok blok PR kerana blog umporno hanya blog sampah hingga ramai yang geli nak baca hehehe

    ReplyDelete
  23. Masaalah kepada pimpinan PR ialah ramai gila bercakap bila dihulur mikrofon oleh pihak media terutamanya PAS berkaitan kemelut MB Selangor..kalau hero sangat kenapa TGHH tak buat majlis soal jawab di Selangor kerana punca krisis adalah di situ..cerdikkah PR kalau masing masing menjalankan perang pembunuhan karektor..PKR pula keras kepala kerana perasan jadi abang besar...yang cerdik hanya DAP...malas nak kacau rumahtangga orang hehehe

    ReplyDelete
  24. yg buat kacau ni PAS..PAS ni munafik,depan cakap lain belakang buat lain....kalau saja PAS ni faham makna demokrasi dan partai oposisi,maknanya PAS akur akan keputusan PR...PAS kan dah bahagian dari PR,apa yg dah jadi keputusan mesuarat kat PR tulah yg kene hantar kat sultan....sulatn nak 100 namapun bila PR hanya bai satu nama,maknanya tulah yg sultan kena lantik...kerena satu nama tu adalah pilihan rakyat yg diwakili oleh PAS,PKR,DAP....ni kirim lagi nama yg lain..buat kacauuu jeee..tak faham aturan partai ke???

    ReplyDelete
  25. Woii bodo..Anon 10.18
    Sultan mntk lebih dr 2 nama susah sgt nk paham ka puak pkr.ini titah sultan bkn jkkk.bkn bangg non ketom ka wan jijah.pas ikut titah sultan.masalah pkr buat apsal pas plak munafik?.aku ghasa nih sifat puak2 pkr yg sebenaq mcm haramm.baling batu sembunyi tgn.mcm yahudi.aku lebih rela azmin jadik Mb dr wan jijah aka bang non.kenapa pas plak yg jadi masalah.padahal langkah kajang monkey move sapa yg mula bodoh!?aku taK rela ulama dihina TGHA TGHD TGNA PKR gila ketom kuasa.sendiri bikin problem then paksa setuju cadangan bangang,bila tak stuju ckp tikam blakang puihhh pkr..dulu kagum dgn pkr.tp skarang pi mampoihh pkr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penasihat sultan semua bertuankn umno..cuma umno trlalu lemah di selangor nk bust cm mana..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...