Monday 8 September 2014

BENARKAH PEMBERIAN BRIM AKAN DI HENTIKAN MULAI BAJET 2015 SEBAB PENDAPATAN SEISI RUMAH DINEGARA INI SUDAH MELEPASI RM5,900?????



Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan menunjukkan taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia pencapaian ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Namun, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti,” katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014 di sini, semalam.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang 33.6 peratus tahun lalu berbanding 29.3 peratus pada 2008.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata, kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

“Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan,” katanya.

Simposium tiga hari bermula Sabtu itu dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. - BERNAMA


ULASAN OMAK KAU:--
Apakah ini satu signal jelas yang BRIM 3.0 tidak akan diberikan lagi sebab rakyat sesisi rumah sudah berpendapatan melebehi paras kelayakkan RM3,000??????? .. Pendapatan rakyat sudah dianggap dua kali ganda dari paras kelayakan????

Jadi tiada lagi miskin tegar bandar dan luar bandar?????? .. Sudah sewajarnya tiada lagi istilah gelandangan dalam negara kita kalau di ikut hukum akal logik pendapat menteri ini.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

16 comments:

  1. Omak kau...kau belajar matematik tak?
    Ko faham tak maksud "purata"?
    Dah nama purata, mestilah ada yg tinggi dan ada yang rendah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. org umno bodoh-BERCAKAP tanpa guna akal. suka mencarut. sebab malaysia runtuh ekonomi kerana diperentah oleh umno

      sebab itu melayu hisap dadah, merempit, pekerja kilang ,jaga, kuli kepada (cina ,india, Bangladesh)
      Nanti bila cina, india, bangldesh jadi kaya. Cina yang salah walhal orang melayu yang memerentah lebih 50 tahun. Melayu ni bodoh x guna akal.

      BONUS KWSP dari 10 % turun ke 4% setahun. Tanah resab melayu dari 2 juta hec turun ke 1 juta. Hanya hasil 1 org billion man melayu berbanding 7 bangsa lain, Singapura & pulau batu putih terlepas, along-along mudah pasang iklan ( di negara lain, along tak berani pasang iklan) dan banyak lagi. Dulu2 belajar semua percuma & dapat duit lagi bagi pelajar miskin serta ia bijak. Sekarang semua kena bayar, masukkkk poket kroni.

      Najib x tahu memerentah. Baru lepas polis dibunuh oleh lanun di Sabah. Skrg MH17 pula. Contohnya, along-along bermaharaja lela di Malaysia, siap pasang iklan di merata-rata tempat. Kalau di negara-negara lain. ada along-along boleh pasang iklan-iklan seperti di malaysia. Soalan nya kenapa Malaysia dibenarkan. JAWAPANNYA NEGARA MALAYSIA- PEMIMPIN Negara & ketua jabatan naik kerana bodek dll. Kenapa SPR & SPRM masih di jabatan Perdana Menteri & bukan dibawah parlimen/ diraja. JAWAPAN NYA PEMINPIN BN ADALAH PERLU DICOVER.

      WAHAI PEMIMPIN POLITIK TOLONG PASTIKAN form 14 di setiap pengundian diikuti & dilaksanakan (bukannya undian di di pusat pengumpulan- disini berlaku black out,penambahan undi dan lain2). Buatlah banyak salinan form 14 yang ditandatangi oleh setiap wakil spr & parti untuk mengelakan alasan HILANG FORM. Keputusan muktamad, setiap salinan diberi kepada wakil)
      SELAGI PEMIMPIN MALAYSIA adalah diperolehi dari PENIPUAN, SELAGI ITU MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU.

      CUBA ANDA BERFIKIR SEKEJAP: apa AKAN jadi pada SINGAPURA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB dan sebalik jika PM singapura jadi PM malaysia ( singapura- x minyak,sawit,emas dan lain-lain)

      Apakah AKAN jadi pada THAILAND & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB

      Apakah AKAN jadi pada INDONESIA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB ( di Indonesia, hakim mahkamah di penjara seumur hidup kerana memakan rasuah)

      Delete
    2. Salam,
      Ada brim harga brg naik, keluar sini msk sana maka rakyat malaysia bodoh terutama rakyat brim. Tahun ini buat pelaburan 6 billion demi mas , rokok naik lg maka rakyat juga yg tanggung kerugian berbillion maka rakyat malaysia memang bodoh terutama rakyat kuno ketinggalan pemikiran lapok. Rakyat bijak negara maju rakyat mahir negara kaya , rakyat harapkan kerajaan rakyat merana rakyat minta dgn kerajaan rakyat papakedana.

      Delete
  2. Kalau sultan selangor bubar DUN....macai boleh berkempen undilah calon dari Barisan Nasional kerana Barisan Menang Rakyat Senang..... kah...kah...kah....

    ReplyDelete
  3. Bela nampak..syg umporno ke tmakan br1m dh...

    ReplyDelete
  4. Kami di Kedah tak kesah ada brim ke tak brim ke kami dah senang. BN menang Kedah senang. Orang Pengkalan Kubur patut contohi kami orang Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol..
      kami dah ada ladang kurma

      Delete
    2. Omakkau tunjukkn foto peserta bershit yg tido bersepah sbb nk berdemo besoknya...
      omakkau klu ya pun bnci negara sndiri tkkn nk tnjuk gmbr negara lain kot...
      syukur alhamdulillah...foto tnjukkn keperihatinan puteri dan wanita umno mmbntu rakyat...mana mk lampir dan wanita pkr/pr..tkkn sibok sngt brceramah smpi tk smpt nk turun tngk rkyt.heee

      Delete
    3. Dimana UMNO kuat di situ melayu merempat...heheheh

      Delete
    4. Kami kat selangor merasa duit negeri, anak2 dapat insentif pendidikan sebab PR pegang...pe kata contohi kami.. sayangi selangor..yakini PR :)

      Delete
  5. Itu nisbah pada raayat yang bergajikan kera-jaan kalu yang bekerja sendiri hanya ALLAH SWT yang mengetahui.....ABU

    ReplyDelete
  6. RM5900................perangkap GST. Purata RM5900 ..... Kita semua pakai BBBMW

    ReplyDelete
  7. Asyik nak memperkasakan sektor kerajaan, nak baik pulih perkhidmatan dengan aplikasi transformasi yang sememangnya menampakkan perubahan ketara. Apahal pula dengan perisian membaikpulih sektor orang-orang kampung khususnya bagi daerah-daerah pendalaman? Bukan tertumpu pada masyarakat felda sahaja tapi fokus kepada semua agar dapat merasai faedah dari program-program terancang. Br1m bukanlah pengukur dalam menentukan burukbaiknya kerajaan pemerintah masakini kerana ianya banyak menimbulkan sangkaan negatif dari sebahagian besar opposisi kepartian. Begitu juga dengan mantan perdana menteri yang pernah berpenggal-penggal berkuasa dan ia sama sekali memprotes maksud disebalik pemberian br1m. Apakah ia benar atau sememang dia terlepas menggenggam harapan rakyat yang semakin menghakiskan beliau dari sejarah pengurusannya gara-gara cuitan beliau terhadap perlaksanaan br1m iaitu satu-satunya solusi terbesar buat sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa sebarang perhitungan burukbaiknya disebalik fomula transformasi tersebut. Namun apa sekali pun rakyat Malaysia harus merasai nikmat dalam pertumbuhan ekonomi sejagat ! Setiap menteri-menteri harus dipertanggungjawabkan terhadap segala kecurangan dalam pentadbiran kerajaan.Jangan jadikan 1Malaysia sekadar slogan dalam sorakan yang penuh dengan kepuraan dan pembohongan, sedang korupsi berterusan dalam kesinambungan tanpa noktah!

    ReplyDelete
  8. ntah mang bahalol punya pemerintah skarang.aku pun dah tak sokong lagi.makin menyusahkan rakyat.patut pe gst dan bajet di kenakan pada orang berpendapatan tinggi je.mana pegi INFLASI SIFAR.mahathir is better than najib.for me najib just give a shit to all people who live in malaysia.when bajet.all goverment stuff have an advantage from najib.then how bout people re not work in gov.

    ReplyDelete
  9. pasni jangan sokong bn.suruh orang kerajaan dan felda sokong bn.

    ReplyDelete
  10. jangan bising ar, klu dpt duit brim tu laju je korang smue amik...kecoh...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...