Saturday 13 September 2014

BETUL KE PERAK SUDAH TIDAK ADA LAGI WARGA YANG MISKIN SEBAB SUDAH TERIMA ANUGERAH BERJAYA BASMI KEMISKINAN?????



IPOH 10 Sept. - Usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Forum Kewangan Islam Global 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Perak menerima anugerah itu berdasarkan pembentangan yang pernah beliau lakukan beberapa tahun dahulu berhubung model Yayasan Bina Upaya (YBU) yang dirangka bertujuan membangunkan ekonomi sosial rakyat.

Katanya, anugerah tersebut akan disampaikan kepada kerajaan negeri pada forum berkenaan yang dijangka berlangsung pada 27 Oktober depan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Saya menerima e-mel pagi tadi memaklumkan kerajaan negeri Perak telah menerima anugerah khas ini.

"Anugerah ini menandakan pengiktirafan pihak antarabangsa terhadap usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan pembangunan sosial ekonomi serta membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Bayaran Bagi Pendapatan Terkumpul oleh Felcra Berhad (Felcra) kepada kerajaan negeri Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin.

YANG INI LAIN PULA NADA CERITANYA.................
Negeri Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

“Mengikut rekod yang diberi Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di Perak pada 2012.

“Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8,600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Siva, perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat menunjukkan Perak merangkumi satu nilai yang memeranjatkan iaitu 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri Perak dengan mencatat 16.22 peratus daripada jumlah yang direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

“Jumlah ini amat tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang paling ramai di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan yang mencatat 1,048 dan 8,800 masing-masing.

Bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644) isi rumah.

vsivakumar“Negeri Perak juga menjadi naib johan bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah dengan 7,400 isi rumah dan Johor 7,000 isi rumah.

“Statistik yang dibekal Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri membuktikan Negeri Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik dalam menangani masalah kemiskinan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Justeru itu, Siva berkata, kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu.

“Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur dan kini menjadi naib johan jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar,” katanya.

Namun, dalam keadaan uzur seperti ini, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih lagi boros melaksanakan projek yang tidak berfaedah kepada rakyat.

“Kerajaan Perak harus mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai ‘miskin sifar’ dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau lagi.

YANG MANA SATU BETUL NI??? .. YANG MANA FAKTA YANG MANA AUTA?????

7 comments:

  1. kalo tak auta dan munafik bukan umnu la jawabnya.heee

    ReplyDelete
  2. bodo kn die kte menandakan
    pengiktirafan pihak antarabangsa
    terhadap usaha kerajaan negeri dalam
    meningkatkan pembangunan sosial
    ekonomi serta membasmi kemiskinan
    dalam kalangan rakyat bkn terus ke sifar. kalo terus sifar dh lme awl pch rkod dlm mlysia.hee

    ReplyDelete
  3. You r correct. Form 14 , tidak diguna dlm pru. Tetapi guna kaedah blackout di pusat pengumpulan. SPR tidak berkerja dgn bersih. Tegak krj putra jaya cara penipuan. Kesan hutang bertambah dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai pemilihan pkr baru ni..spr pun trlibat juga ke??? Sbb kaedah blackout digunakn juga...knp 3 negeri jatuh pada pr wlupun spr yg handle pru...

      Delete
  4. Yg bg anugerah itu pun org dia jugak...

    ReplyDelete
  5. mana tak jadi seropa tu.... dema cuma harapkan duit deroyan setaun sekali. keroje lain mane ade.... harap anak2 yg makan gaji kat kl aje la yop

    ReplyDelete
  6. Perak memang miskin bangsat...Bandar Ipoh tak berubah sejak tahun 1980. cuma setaraf dengan bandaraya Lagos atau Dakka....kotor dan berserabut. Jangan bandingkan dengan Melaka, Kuantan dan Kota Bahru...memang lama Ipoh tertinggal belakang..
    Bagi rakyat perak yang tinggal di Parit Buntar, Bagan Serai dan Selama...terpaksa berulang-alik hari2 ke Pulau Pinang dan Kulim untuk mencari rezeki. Bagi daerah lain dah berpuluh tahun terpaksa merempat di KL, Nilai, Pasir Gudang, Shah Alam, Johor dan Melaka untuk berkerja kilang. Pergi ke tempat2 ini, 30% adalah orang Perak
    Memang tiada ada masa depan untuk tinggal di Perak..kilang yang ada cuma kilang gred e kecil2 yang mana negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang reject. Gaji cuma RM 500 sebulan...apa nak makan..Kalau nak bertani, tiada agensi untuk memasarkan hasil pertanian. Terpaksa menjual kepada pemborong pada harga yang murah. Cuma kasi pagi makan pagi. Kalau ingin berniaga, hanya boleh menjual baju bundle atau cetak rompak dari China dan Thailand. Berapa la untung. Nak jual barang branded, gerenti dalam 6 bulan bungkus...sebab tiada yang mampu nak beli.
    Bagi kaum China, sudah lama mereka nampak kemunduran Perak...di Taman Johor Jaya dan Taman Tun Aminah, majority adalah China dari Perak. Mereka sudah lama meninggalkan Perak kerana Perak tiada masa depan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...