Wednesday 10 September 2014

BILA PEMIMPIN MEMILIKI JIWA BESAR BERBICARA ... LUPAKAN SOAL MENJADI MB, AKUR PADA KEPUTUSAN PARTI :- YAAKOB SAPARI


Nama Yaakob Sapari adalah antara yang dipilih parti Pas untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor namun kesetiaannya pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memungkinkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik ini menerima jawatan tersebut.

“Saya nak jelaskan di sini saya ialah Adun PKR dan kesetiaan saya mestilah kepada Presiden dan parti. Jadi saya akur apa sahaja yang akan diarahkan oleh parti.


“Menjadi MB mestilah mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan dan sekarang sangat bahawa Presiden PKR telah pun mendapat sokongan tersebut. Saya sendiri sokong Presiden saya menjadi MB,” katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya di Shah Alam petang tadi.


Bukan mengingkari titah Sultan tetapi kata Yaakob, rakyat berpegang kepada prinsip raja berpelembagaan.

“Sultan juga dalah sebahagian daripada perlembagaan dan Sultan tidak ada hak untuk memilih siapa menjadi pemimpin negeri. Bermakna siapa yang dapat majoriti, dialah yang akan membentuk kerajaan.

“Tapi saya amat yakin tentang kebijaksanaan Tuanku Sultan kerana saya pernah menjadi Exco selama lima tahun dan pernah bekerja dengan baginda. Saya yakin kebijaksanan Tuanku Sultan pasti dapat selesaikan kemelut ini tidak lama lagi,” ujarnya


Menyentuh tentang tindakan Pas menamakan dirinya sebagai MB Selangor yang sepatutnya Wan Azizah, jelas Yaakob, itu tidak sepatutnya berlaku.


“Sepatutnya Pas serahkan kepada PKR untuk menentukan calonnya kerana Selangor milik PKR kerana itu adalah persetujuan yang telah dicapai dalam gabungan Pakatan Rakyat,” katanya.


Ditanya pernah atau tidak dirinya bercita-cita menjadi MB Selangor, sambil tersenyum, Yaakob berkata, dia hanya bercita-cita untuk menjadi Menteri Persekutuan.


“Cara untuk saya menjadi Menteri Persekutuan hanyalah dengan menukar kerajaan kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya. -- Malaysia Gazette

TABIK DAN SALUTE!!!!!

9 comments:

  1. InshaAllah Yb Yaakop Sapari akan menjadi MB Selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau YB salahkan PAS kerana calonkan anda,maka YB patut salahkan rakyat selangor kerana mengundi kamu,salahkan PKR kerana calonkan kamu,salahkan PR kerana pilih kamu jadi YB .Tidak pelik kalau spesis jenis salahkan orang lain adalah spesis macam sesumpah yang mempunyai teknik penyamaran...kalau semua salah nampaknya kena lakukan referandum oleh rakyat selangor untuk pilih siapa YB PR yang layak jadi MB...PKR memang pekak badak tak faham arahan sultan keh keh keh

      Delete
  2. Lebih setahun dirancang dan setelah berbulan-bulan berkrisis, akhirnya nasib Langkah Kajang berada di tangan Sultan Selangor. Kerana melanggar titah Sultan dan menghantar hanya satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor dua hari lalu, PKR bakal berdepan kemelut lebih panjang.

    Krisis ini juga mungkin berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya terpaksa diadakan. Arkitek Langkah Kajang, Rafizi Ramli, pasti tidak terfikir bahawa perancangan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor tergelincir begitu jauh daripada matlamat asal.

    Pelan yang difikirnya bagus, hebat dan terperinci akhirnya meninggalkan kerosakan, keburukan dan kemusnahan yang pelbagai dan mendalam kesannya.

    Yang pasti, Anwar tidak akan menjadi Menteri Besar. Calon penggantinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pun belum pasti. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipecat sebagai bendahari dan ahli PKR. Beberapa pemimpin PKR juga sudah keluar parti. Kerana terlalu tumpu kepada usaha rampas kuasa di Selangor, urusan pemilihan parti menjadi medan perang puak-puak dalam PKR. Imej pemimpin dan parti berada pada tahap paling rendah dalam tempoh 15 tahun.

    Pemimpin 'nampak bodoh'

    Antara terkesan Langkah Kajang ialah Rafizi sendiri. Sejak dilantik Pengarah Strategi PKR pada 2010, dia mempamerkan diri sebagai orang paling cerdik dalam parti. Ramai pemimpin lebih senior 'nampak bodoh' dan akal mereka tidak berguna lagi. Justeru, walaupun dianggap orang penting dalam PKR, Rafizi dicemuh oleh ramai pemimpin pakatan pembangkang.

    Ada yang berkata Anwar yang rosak menjadi lebih rosak kerana mendengar nasihat Rafizi. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah suruh Rafizi berhenti 'bercakap bodoh', manakala Datuk Zaid Ibrahim anggapnya 'budak pejabat Anwar yang jahat'. AJK PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz menganggap Rafizi seorang yang gelojoh dan mengkritik Langkah Kajang sebagai 'projek tanpa perancangan'. Faekah Hussin mendakwa Rafizi mempunyai agenda dan kepentingan diri jika Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor.

    Pemimpin DAP, Aspan Alias mempersoal: "Politik tidak hanya bersandar kepada undang-undang. Dalam demokrasi, ada elemen moralnya kerana yang hendak ditadbir ialah manusia. Manusia bukan batu atau haiwan yang boleh disembelih dan dijadikan hidangan enak-enak. Dari sudut moral, tindakan Anwar boleh dipersoal. Ia terjadi semata-mata kerana kemarahan Anwar yang digalakkan oleh beberapa pemimpin di dalam PKR yang bercita-cita tinggi sambil mengaku beliaulah yang bertanggungjawab."

    Dalam pada itu, hubungan PKR/DAP-PAS menjadi renggang sehingga wujud kesangsian dan ketidakpercayaan antara pemimpin kedua-dua pihak. Mereka tidak berlapik lagi bila saling mengutuk. Diktator, bodoh, khianat, jahat, jengkel, biadab dan pelbagai gelaran buruk sudah lazim sesama mereka.

    Bak 'buah buruk menunggu jatuh'. Golongan ulama dan konservatif PAS tidak mempercayai Anwar, seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang juga menjadi sasaran pemimpin PKR-DAP yang tidak bersetuju dengan pendirian beliau.

    ReplyDelete
  3. Wooiiii Panas Berapi. Baca MSO

    http://msomelayu.blogspot.com/2014/09/mustafa-dan-saifuddin-elok-berundur.html

    Untuk tambahan list yang ada seperti article abang MSO, saya berharap Mustapha Ali, Wan Azizah, Saifudin dan Rafizi perlu meletakkan jawatan.


    Artikel Abang MSO :Mustafa dan Saifuddin elok berundur

    Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung kemelut dalam politik di Selangor sungguh tidak menggambarkan profesional mereka sebagai jurucakap parti. Kebusukan kemelut di Selangor menjadi bertambah hanyir dengan kenyataan-kenyataan mereka yang tidak konsisten, mengelirukan dan penuh dengan sifat "belut menjadi keli, keli menjadi belut" atas berkepentingan sendiri.


    Saya tidak mahu merujuk kepada kenyataan atau sikap mereka sebelum ini yang saya rasa sudah dirasai oleh semua orang, tetapi mengambil dengan apa yang terbaru mereka lalukan. Kenyataan dan sikap mereka menjelaskan atau memberi gambaran siapa mereka sebenarnya.

    Misalnya kenyataan Saifuddin Nasution Ismail mengenai surat daripada Istana Selangor sangat memalu dan mencurigakan.

    ReplyDelete
  4. Salam hormat kepada Tuan Tanah & YB Yaakob Sapari,

    Tolonmg betulkan kenyataan anda....Selangor BUKAN milik PKR tetapi Selangor hakmilik kekal rakyat Selangor dan pembayar cukai....saya melihat kenyataan pemimpin PKR berhubung isu Menteri Besar semacam angkuh, sombong dan bongkak....mengapa dan kenapa? adakah ini dorongan nafsu berjawatan semata-mata? Lupakah YB akan hakikat ianya amanah yang akan disoal di akhirat kelak? Saya yakin YB Yaakob kini bukanlah seorang pemimpin yang saya pernah sanjungi selama ini....yang sangat "down to earth" dan amat berprinsip..sikap YB dalam permainan politik kini telah berubah....kenapa YB?? Apapun, YB Yaakub masih pilihan saya secara peribadi, tetapi mampukah YB sekental Tan Sri Khalid dalam mendepani desakan "orang luar"? Harap YB mengambil teladan apa yang berlaku. Utamakan rakyat, bukan matlamat peribadi dan tekanan "orang luar" yang sememangnya TIDAK LAYAk untuk mencampuri urusan Raja dan Rakyat dalam memilih................

    ReplyDelete
  5. Pembaca budiman.. nampaknya byk sangat virus dlm blog ini angkara siber umnu.. depa ni pakai terjah aje.. macam virus.. mulai sekarang saya tukar namanmereka dari siber umnu kepada virus umnu.. amacam boleh

    ReplyDelete
  6. Formula MB Selangor senang sokmo.... PAS tak mau kerusi tu tapi cadang YB Yaakob dari PKR sedangkan PKR dan DAP hanya calunkan Kak Wan.. Sultan not in favor of her, bukan rakyat Selangor.... so Sultan ambik jalan tengah...pilih YB Yaakob dan finally DAP, PKR & PAS will state full consensus on him... Settle... Apa pun biarlah bagi masa masa sikit kpd DYMM Sultan Selangor buat keputusan terbaik. Sebaiknya sebagai Muslim, istikharah...

    ReplyDelete
  7. Apalah bengap sangat calon MB ni... Parti dirujuk untuk polisi bersesuaian. Tanggungjawab dan kesetiaan adalah kepa raja dan rakyat, bukannya parti... Kalau diberikan tugas dan tanggungjawab, takkan asyik nak sembunyi bawah ketiak parti.... Aduhai...

    ReplyDelete
  8. sy salut dan sokong pernyataannya....ini barulah namanya lelaki sejati,ada marwah...tidak tamak...sepatutnya memanglah macam ni...kena akur dgn keputusan partai....PAS tu munafikkkk...tak yah layannnn...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...