Wednesday 10 September 2014

HINA SULTAN SELANGOR .. USTAZ WAN JI WAN HUSSIN MENGAKU TIDAK BERSALAH.


Pendakwah bebas , Wan Ji Wan Hussin hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut melalui satu tulisan di Facebook pada tahun 2012 yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu dituduh di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini yang memperuntukkan denda RM5,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Wan Ji yang diwakili peguam, Mohd Razlan Jalaludin manakala pendakwaan dilakukan Mohd Azari Harun itu tidak mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Hakim, Selamat Yahya membebaskan Wan Ji dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes tersebut akan diadakan pada 10 Oktober nanti.

Hakim mengarahkan Wan Ji untuk menyerahkan pasport antarabangsanya dan memerintahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyiasat rayuan Wan Ji yang mengatakan pasportnya hilang.

Difahamkan, Wan Ji Wan Hussin, 32 tahun, ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh awal pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Wan Ji sebelum ini pernah mengkritik pihak berkuasa agama negara ini dan tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali.

27 comments:

  1. http://mynewshub.cc/2014/08/25/apa-akan-jadi-jika-pkr-tadbir-malaysia-dr-asri/

    ” Apa Akan Jadi Jika PKR Tadbir Malaysia? ” – Dr. Asri

    ekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.

    Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.

    “Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.

    “Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?”, kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.

    Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.

    “Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.

    “Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya,” katanya.

    Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 ‘Likes’ dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.

    Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

    PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajang Move konon untuk mengelakkan UMNO rampas Selangor melalui darurat. Tapi apa yang berlaku, sebaliknya Kajang Move menyebabkan PR tertonggeng. Ingat Rafizi hebat yang amat. Bangang jugak rupernya.

      Delete
    2. Pembaca budiman . .. tengok macamana virus umnu menyerang ni.. berhenti baca takat ni ya.. posting komen bawah ni semua fitnah..

      Delete
    3. Tahu dah .. jangan bimbang kita org tak baca fitnah geng umnu ni.. buruk perangai depa

      Delete
    4. Bro 17.14 & 17.17 (org yg sama kan) jgn mnjd kebudak2an sbb apa yg anda cuba smpikn sprti org bodoh yg tk mngaku bodoh ttp dlm masa yg sama tonjolkn kebodohan yg amat sangat...
      malu bro...klu asyik ulang ini fitnah itu fitnah (hnya pro pr je yg benar) ttp pro pr tk mmpu mmberi hujah utk mmbuktikn apa yg dikomen kn adalh fitnah...cerdik sikit bro...
      klu lu dpt maklumat(ntah apa2) lu ptt buktikn dgn mnynggah hujah dgn hujah dan bkn rayuan bodoh tak sudah...tak malu ke bro, atau mmng org pr mnyngah 'fitnah' dgn hujah@rayuan bodoh sama mcm 'fitnah' anwar meliwat...
      klu ahli pr (aku bekas ahli pkr) lu tk boleh yakinkn dgn hujah yg berfakta camana nk mnyakinkn ahli serta pnyokong umno...bodoh tk sudah....

      Delete
  2. Lebih setahun dirancang dan setelah berbulan-bulan berkrisis, akhirnya nasib Langkah Kajang berada di tangan Sultan Selangor. Kerana melanggar titah Sultan dan menghantar hanya satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor dua hari lalu, PKR bakal berdepan kemelut lebih panjang.

    Krisis ini juga mungkin berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya terpaksa diadakan. Arkitek Langkah Kajang, Rafizi Ramli, pasti tidak terfikir bahawa perancangan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor tergelincir begitu jauh daripada matlamat asal.

    Pelan yang difikirnya bagus, hebat dan terperinci akhirnya meninggalkan kerosakan, keburukan dan kemusnahan yang pelbagai dan mendalam kesannya.

    Yang pasti, Anwar tidak akan menjadi Menteri Besar. Calon penggantinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pun belum pasti. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipecat sebagai bendahari dan ahli PKR. Beberapa pemimpin PKR juga sudah keluar parti. Kerana terlalu tumpu kepada usaha rampas kuasa di Selangor, urusan pemilihan parti menjadi medan perang puak-puak dalam PKR. Imej pemimpin dan parti berada pada tahap paling rendah dalam tempoh 15 tahun.

    Pemimpin 'nampak bodoh'

    Antara terkesan Langkah Kajang ialah Rafizi sendiri. Sejak dilantik Pengarah Strategi PKR pada 2010, dia mempamerkan diri sebagai orang paling cerdik dalam parti. Ramai pemimpin lebih senior 'nampak bodoh' dan akal mereka tidak berguna lagi. Justeru, walaupun dianggap orang penting dalam PKR, Rafizi dicemuh oleh ramai pemimpin pakatan pembangkang.

    Ada yang berkata Anwar yang rosak menjadi lebih rosak kerana mendengar nasihat Rafizi. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pernah suruh Rafizi berhenti 'bercakap bodoh', manakala Datuk Zaid Ibrahim anggapnya 'budak pejabat Anwar yang jahat'. AJK PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz menganggap Rafizi seorang yang gelojoh dan mengkritik Langkah Kajang sebagai 'projek tanpa perancangan'. Faekah Hussin mendakwa Rafizi mempunyai agenda dan kepentingan diri jika Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor.

    Pemimpin DAP, Aspan Alias mempersoal: "Politik tidak hanya bersandar kepada undang-undang. Dalam demokrasi, ada elemen moralnya kerana yang hendak ditadbir ialah manusia. Manusia bukan batu atau haiwan yang boleh disembelih dan dijadikan hidangan enak-enak. Dari sudut moral, tindakan Anwar boleh dipersoal. Ia terjadi semata-mata kerana kemarahan Anwar yang digalakkan oleh beberapa pemimpin di dalam PKR yang bercita-cita tinggi sambil mengaku beliaulah yang bertanggungjawab."

    Dalam pada itu, hubungan PKR/DAP-PAS menjadi renggang sehingga wujud kesangsian dan ketidakpercayaan antara pemimpin kedua-dua pihak. Mereka tidak berlapik lagi bila saling mengutuk. Diktator, bodoh, khianat, jahat, jengkel, biadab dan pelbagai gelaran buruk sudah lazim sesama mereka.

    Bak 'buah buruk menunggu jatuh'. Golongan ulama dan konservatif PAS tidak mempercayai Anwar, seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang juga menjadi sasaran pemimpin PKR-DAP yang tidak bersetuju dengan pendirian beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaca budiman.. hati hati ya.. jangan terpedaya dengan virus umnu.. bahaya.. ini nasihat dari ahmad maslanp

      Delete
    2. INI LAH BAPAK SEGALA BAPAK FITNAH.

      Delete
  3. 81% rakyat Melayu Selangor Sokong TSKI.

    kalau Snap election kat Selangor PAS 2, PKR 2, DAP 12. Dah lingkup PR. Sapa salah - Hangpa semua salah,

    Aku rasa mamat Matang Pauh patut berundur jugak. Pi Main Chess dkt kedai kopi kat Matang Pauh tu. Waktu tu boleh la ayat, Hang Jah darling buat aku cucoq bawang. Aku balik masjid nanti lepas aku gebang kat warung Abu Yop aku nak syoru cucoq. Malam lepas balik Isyak aku nak layan Boria Kampung Ayaq. Hang buat Mee rebuihhh nooooooooooo

    Kah Kah Kah


    Apasal demi rakus nafsu Nepotisme, Orang amanah dipecat, Parti terabai dan grassroot dah marah.

    ReplyDelete
  4. Kami pilih prinsip asal parti keadilan daripada memilih pemimpin gila kuasa.

    At least kami tidak buta macam kamu. Bersama2 kami untuk mengembalikan perjuangan Parti Keadilan.yang sebenar.

    Kamu tengok gang2 Rafizi, mana beliau waktu 1998. Mana beliau waktu 2004. At least TSKI bersama PKR waktu time susah dulu.

    Aku rasa brader dhinggap penyakit fanatikus personaliti. Hanya Rasul yang maksum tauuuu

    Hidup Reformasi, Hancur Nepotisme dalam Parti. Dr Azizah, you boleh step down

    ReplyDelete
  5. Say no to Nepotism

    Datin Seri Wan Azizah, calon MB adalah Presiden PKR, juga isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Bermakna hubungan mereka bukan sekadar politikal tetapi juga hubungan peribadi dan kekeluargaan.

    Apa juga tindak-tanduk Anwar dan Nurul Izzah adalah mengikat Wan Azizah samada dari segi politik mahupun kekeluargaan.

    Ini menggoyahkan isu governance dalam negeri. Dari segi ini Dr Azizah tidak layak untuk dicalunkan sebagai MB

    ReplyDelete
  6. Kami pilih prinsip asal parti keadilan daripada memilih pemimpin gila kuasa.

    At least kami tidak buta macam kamu. Bersama2 kami untuk mengembalikan perjuangan Parti Keadilan.yang sebenar.

    Kamu tengok gang2 Rafizi, mana beliau waktu 1998. Mana beliau waktu 2004. At least TSKI bersama PKR waktu time susah dulu.

    Aku rasa brader dhinggap penyakit fanatikus personaliti. Hanya Rasul yang maksum tauuuu

    Hidup Reformasi, Hancur Nepotisme dalam Parti. Dr Azizah, you boleh step down

    BiniBoss dapat jawatan, kuli boss dapat pujian. Boss pulak sibuk merosakkan PKR

    ReplyDelete
  7. Jika yb azmin yg president party saya rasa tak jadi macam ni. Diharap semua kepimoinan dapat menghargai idea2 yb azmin.

    Masalah pemimpin degil hanya men dengar idea2 rafizi yg tak praktikal

    ReplyDelete
  8. kesilapan paling besar pkr adalah Langkah kajang .... sekiranya benar TSKI masalah x kan dlm ramai adun yg ada semuanya x layak ... org yg harus dpertanggungjawab dlm masalah ini adalah Rafizi ... trlalu ghairah hingga makan diri

    ReplyDelete
  9. Copy paste la banyak2 macai upahan menantu menteri bapok.dapat upah boleh beli banglo mcm papagomo tu.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nko pulak macai upahan yg dibayar oleh siapa...omakkau? Anwar? Atau lim guan eng?...

      Delete
    2. Baca dua tiga perkataan tahu dah itu virus umnuq, terus scroll ke komen berikutnya. Jimat masa.

      Delete
  10. Titah mencadangkan lebih daripada dua (2) nama untuk calun MB

    Rasanya pelajar Tadika Kemas pun boleh faham titah - lebih daripada dua nama - maknanya paling kurang tiga nama!

    Takkan benda mudah macam tu pun PKR dan DAP tak faham. Teruk sangat ke tahap penguasaan bahasa Melayu mereka sampai jadi bodoh dan bangang tak reti nak patuh titah Tuanku Sultan?

    Dengar cerita Ketum PKR Anwar Ibrahim adalah lulusan ijazah Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya. Takkan graduan lulusan pengajian Melayu yang juga merangkap Ketum Penasihat PKR tidak boleh menasihatkan parti yang diketuai bini dia supaya mentaati tiah Tuanku yang cukup mudah itu?

    Tetapi ternyata itulah yang terjadi. PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah!

    Lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sangat berbeza! Itu pun mereka tidak faham-faham?

    Ini membawa kita kepada satu rumusan - bahawa mereka dengan sengaja mengingkari titah! Takkan mereka bodoh tahap gaban tak tahu beza lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sahaja?

    Sudah ditegur pun masih berdegil. Dinasihatkan Azizah telepon teksi, Hantaq laki dia bernama Anuar pi Matang Pauh. Dia dah fius dan menyusahkan rakyat selangor

    ReplyDelete
  11. Mass yg sangat sesuai utk ustaz celup ni berhujah dimahkamah demi menegakkan ideologies dn prinsipnya. Harap dia boleh melalak tanpa menggunakan lawyer kafir nye.melalak kuat2 ye..sama spt melalak mcm anjing di blog dn facebuknya.kahkahkah

    ReplyDelete
  12. Download tungku-

    ReplyDelete
  13. Keadilan dan hak asasi manusia di Malaysia adalah yang paling teruk.

    Diskriminasi, kuota dan pilih bulu masih dianggap tidak bersalah kerana menggunakan nama hak istimewa.

    Oleh kerana warna kulit bodo yang dapat SPM serendah 3A mendapat tempat di IPTA manakala 7A masih tidak layak.

    Bodo SPM gred 3 boleh naik gred dan gaji tanpa skor SPM.

    Bodo juga menjawat jawatan tinggi bukan kerana kepandaian tetapi pilih kasih. Akibat jentera kerajaan menjadi lembab, swasta buat 24 jam mereka buat seminggu.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  14. Pembaca budiman...hati hati ye, bnyak macai2 aljubo terkena virus sakit dan serabut otak.yg mengakibatkan mereka berada dlm ketakutan mcm takutkan bayang2 mereka sendiri..hati2 ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sial KO. Jgn sesekali ko perli ketua suci kami aljubo. Kang kami baling kerusi kasi pecah kepala kang.
      Hihi

      Delete
    2. Anon 18:02 & 18:44 contoh virus umnuq, baru lepas hidu gam.

      Delete
  15. Aku diupah oleh badak air yg tak pandai berenang selepas jilat kaki dia gaji aku dinaikan sehingga rm 9500.heee

    ReplyDelete
  16. Nak merepublikkan malaysia ayah kau la wan ji.... nak mansuhkan sultan & hak bumiputera yer http://www.youtube.com/watch?v=beHljdaI8V4 ... kim salam la ...aku suka sngt bila org mcm wan ji ni kena penjara... suatu kepuasan yg tak tergambar... bila agen2 pengganggu keharmonian negara di penjarakan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...