Friday 5 September 2014

JIKA SEMUA KEMAHUAN DAN PANDANGAN PKR PAS KENA AKUR DAN SETUJU TIDAK PERLU LAGI PAS WUJUD, BEGITU JUGA SEBALIKNYA ... SUBKY LATIF



Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. Bila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Demikian juga DAP tidak setuju dengan konsep negara Islam dan hudud yang dirangka PAS sebelum kewujudan Pakatan Rakyat maka tiada ia disebut dalam perkara yang disepakati setakat ini. Daripada segi logiknya, jika mereka setuju dengan perjuangan PAS tentulah mereka menyertai PAS dan bersama dengan agamanya.

Jika demikian apa yang PAS tunggu? Maka teruskan dengan program dan strategi dakwah, bukan saja terhadap orang bukan Islam bahkan juga terhadap yang lahir sebagai Islam yang belum terbuka hatinya untuk beriman kepada perintah itu.

Apa pun yang paling penting tentang muafakaat yang ada ialah bersetuju mengadakan muafakat bagi mengambil alih Putrajaya dan melakukan perubahan ke arah keadilan dan kebenaran dalam kerangka yang dipersetujui kita banyak perbezaan dan jangan perbezaan itu menghalang untuk mencari kebaikan.

Sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit, maka kita tetap setuju gigi dan lidah tidak terpisah. Janganlah kerana takut lidah tergigit kita cabut semua gigi atau kita potong lidah.

Apabila kita tahu kita ada perbezaan, maka jangan kita fikir kitalah raja, kemahuan kita yang mesti diikut, kemahuan orang tidak diambil kira. Sedang sekarang raja pun mendengar rakyat, maka janganlah sesama rakyat hendak jadi macam raja zaman dulu.

39 comments:

  1. Adakah kegagalan Kajang Move nanti wajib Rafizi dan Nasution meletak jawatan kerana bertanggungjawab penuh. Setakat idea bagi lepas tu gagal macam2 alasan utk menyelamatkan kedudukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pkr , pas dan dap tak sehaluan sejak dari asal penubuhannya lagi.
      sebab tu mereka tak berani tubuhkan parti pakatan rakyat. Pakatan rakyat hanya dibibir sahaja..
      Realitinya pr adalah parti yang tak berdaftar. Parti haram.

      Delete
  2. Nama2 ADUN dibawah wajar dicalonkan sbagai bakal MB

    Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
    Amirudin Bin Shari
    Yaakob Bin Sapari
    Mat Shuhaimi Bin Shafiei
    Mohamed Azmin Bin Ali
    Idris Bin Ahmad
    Haniza Binti Mohamed Talha
    Rodziah Binti Ismail
    Daroyah Binti Alwi

    Nama yang perlu dikeluarkan
    Wan Azizah Binti Wan Ismail

    Dengan ini selesai masalah. Apa susah

    ReplyDelete
  3. Nama Wan Azizah Binti Wan Ismai perlu dikeluarkan untuk menjaga keharmonian PKR, PR dan rakyat negeri Selangor.

    ReplyDelete
  4. Setahu aku, Jimmy Carter, Ronald Reagan, George Bush Snr, George Bush Jnr, Bill Clinton, Yeltsin, Putin, Gorbachev semua jenis tak pernah bagi jawatan eksekutif kat bini.

    Fikir fikirkanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik pulok. Dalam sisitem demokrasi ada orang beri jawatan kat Bini. Kalu boleh beri dah lama Najib lantik Rosmag jadi PM. Yg lantik bibi dia parti dia.Kalu Parti dia tak setuju, tak boleh. Kalu parti dia saja setuju tanpa persetujuan DAP dan 2 lagi Ahli PAS pun tak boleh. Takkan itupun tak faham kot.

      Delete
  5. Jimi Hendrix, Bob Marley, Lars Ulrich, tak pernah bagi jawatan drummer kat bini dia. Weyyy Samdol, kamu punya sivik takkan rendah dari kutu2 ni bila bagi bini pemimpin sebagai calon MB

    ReplyDelete
  6. Jangan kata PAS, kami akar umbi Reformasi zaman Parti Keadilan baru buat dekat Banting pun menyampah dengan Nepotisme ni. Ada baca Malaysian Insider Merdeka Centre punya statistik tak 81% melayu belakang TSKI. Sebabnya kamu tu Nepotisme lahhh buang yang jernih, ambil yang keruh, Bini di pilih, 1 nama kasi taruh

    ReplyDelete
  7. Sewajarnya Dr Wan perlu dilantik sebagai ketua Muslimah PAS. Baru lagi Nepotisme

    ReplyDelete
  8. YB Yaakop Sapari sesuai dicalunkan sebagai MB Selangor

    ReplyDelete
  9. Sudah masanya kepimpinan PKR diterajui oleh Saudara Azmin

    ReplyDelete
  10. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-explains-support-for-israel-to-nik-aziz

    Kita sensitive bila Gaza diserang. Sila baca dan faham. Info dari The Malaysian Insider yg pro PR tu

    Last month, WSJ had quoted Anwar as saying in an interview that he supported “all efforts to protect the security of the state of Israel.”

    But the newspaper said Anwar stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step the former deputy prime minister said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

    He had come under heavy fire from Umno before the PAS Ulama Council also demanded a retraction.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-explains-support-for-israel-to-nik-aziz#sthash.O0ey5L3k.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh amacam ni, pengsanlah macam ni. Dahlah nepotisme kelaku macam ni pulak.

      Memang sesuai PKR diterajui oleh orang yg tiada benda benda persoalaan cam ni. Azmin for MB

      Delete
  11. Penjelasan pak subky terbaik. Berlandas fakta bukan andaian & emosi. Semoga dipanjangkan usia. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas membaca tulisan Pak Subky, kenyataan Dr Maza dan Report Malaysian Insider nampak gaya memang Gerakan reformasi 1998 dirosakkan oleh gang2 pro Nepotisme.

      Jadi pengorbanan kami selama ini sebagai ahli parti sia-sialah ???????

      Delete
  12. Amacam Abang Non, jawablah.
    Rafizi, kao senyap... Input kao takder nilai

    ReplyDelete
  13. Pak subky bkn skadar menulis, dia nmpak dn peka ape yg trjd dlm pr, pas dh rosak dn akn rosak teruk klau terus brada dlm pr ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kamu kata PAS akan rosak jika terus dlm pakatan maka kalu berani keluar lah weh..bila keluar nanti pas akan bersih dan tak rosak tapi kamu lupa dlm pilihanraya akan datang, pas akan bungkus ditolak oleh rakyat yg selama ini menyokong pakatan. Sedar diri sikit....sebelum tahun 1998, kat mana pencapaian pas selama ini. Jadi exco di selangor pun atas kerjasama pakatan, jika sendiri jgn mimpi la. Kita andaikan kajang move tu pkr silap...tapi yg pas tokok tambah menyulitkan keadaan itu pasai apa.. Bodoh yea. Jadi gentleman la sikit. Mungkin pas terpaksa berkorban sekarang demi pkr dan pakatan tapi jangka panjang keuntungan dilapah oleh pas mungkin bkn saja di selangor tapi seluruh negara. Takkan ustaz2 dlm pas tak faham sirah nabi. Tak cerdik politik tapi bangga nak jadi ahli politik. Akhirnya penyokong sesama pakaran berperang..hati gusar...umno tepuk tangan. Bengong tahap kepala lutut.

      Delete
  14. Maklumat Surat Persatuan Peminat Snooker Banting ke Sekretariat Majlis Sukan

    Pembetulan kepada maklumat yang Sup Tulang dapat tadi. TIdak pasti maklumat ni benar atau tidak. Sekadar khabar sahaja:

    1) Surat kepada Sekretariat terus datang dari Pengurus Malahan, Cikgu Lan sebagai SU Agung Banting pun tidak tahu menahu pasal surat ini.

    2) Surat diserah kepada Pejabat Sekretariat melalui seorang kerani yang konon baik dgn Sekretariat Sukan

    3) Surat menamakan tiga calon – dua dari Morib dan seorang lagi adalah Kareem Abraham

    4) Hujjah mengekalkan Kareem Abraham adalah diberitahu kepada Sekretariat, Kareem Abraham mendapat semula kepercayaan Persatuan Snooker Banting .

    5) Formula yg dipakai adalah: Cawangan Persatuan Snooker Panglima Garang (15) + Banting(12) + Kareem Abraham = 28 orang semuanya. Oleh kerana Pengerusi tidak boleh mengundi maka mereka mempunyai majority 1 undi. Kareem Abraham akan kekal memimpin Pesatuan Snooker perpaduang Banting+ Palnglima Garang++Kareem Abraham

    6) Minta Abang Subra dan Lim dilindungi sebab mereka tak boleh makan udang sewaktu jamuan nanti. Mereka ada masalah alahan kulit. Tak salah ambil langkah berjaga.

    Presiden Tidak Rasmi masih mahu mempertahankan kepimpinan Kareem Abraham dan masih mahu menubuhkan persatuan snooker perpaduang dgn Morib dan Banting.

    Semoga gagal konspirasi perpaduang tajaan Presiden dan puak2 Upah Gulung dalam Persatuan Snooker dareah

    SUP TULANG

    ReplyDelete
  15. Isu MB selangor mainan DSAI sama waktu dengan kemelut yg melanda palestin mainan Zionis apakah kebetulan atau pihak yg memainkan isu ini sengaja nak mengalihkan perhatian rakyat malaysia yang rata rata membenci zionis . Ada apa apa ke DSAI

    ReplyDelete
  16. Dapat maklumat dalaman jentera siber UMNO untuk menyerang semua jentera siber PR.. awas blog omakkau telah diserang sejak sekian lama.. semua yg kat atas tu adalah dakyah jenyera siber UMNO.. gagalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ahli keadilan Ori Bro !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi Nepotisme memang tak baik dair seigi transparensi, sivik dan moral.

      Ingat, gerakan reformasi adalah satu wadah mengenai kebenaran. Masalahnya PKR sudah rosak diracuni virus nepotism, cronysm. Ungkapan justice for all hanya omokan kosong.

      Jadi sudah masanya Anwar, Wan Azizah, Nasution dan Rafizi mengundurkan diri dari politik. Fashion Bini Boss sekarang ni menaikkan perasaan parti di akar umbi.

      Delete
  17. Maklumat dalaman.. kalangan tertentu dari jentera siber UMNO telah ditugaskan untuk mengelirukan pembaca blog omakkau.. telah berlaku sejak sekian lama.. awas dan gagalkan rancangan jahat UMNU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ahli keadilan Ori Bro !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi Nepotisme memang tak baik dair seigi transparensi, sivik dan moral.

      Ingat, gerakan reformasi adalah satu wadah mengenai kebenaran. Masalahnya PKR sudah rosak diracuni virus nepotism, cronysm. Ungkapan justice for all hanya omokan kosong.

      Jadi sudah masanya Anwar, Wan Azizah, Nasution dan Rafizi mengundurkan diri dari politik. Fashion Bini Boss sekarang ni menaikkan perasaan tidak puas hati kepada parti di akar umbi.

      Natijahnya: PKR perlu direformkan sebelum ia dimakan anai-anai kejahatan

      Delete
  18. Gitu le martabat pencacai UMNU.. idea tak ada.. ataupun takde benda baik nak cerita pasal UMNU.. maka dikacau blog org lain... sian UMNU

    ReplyDelete
  19. Aku berpegang pada punca Kajang Move. Matlamat sebenar seolah2 disembunyikan menyebabkan krisis MB Selangor berlarutan. Rahsia & plan sebenar hanya pemimpin PKR yg tau. Bila jadi mcm ni mereka menyorokkan punca dan menyimpangkan kemelot ini kpd pihak lain utk dibelasah.

    ReplyDelete
  20. PAS DGN PKR GADUH. PAS DGN DAP GADUH. PKR DGN DAP GADUH DGN PAS.
    KESIAN UMNU.

    ReplyDelete
  21. Semua kena tapau...ingatlah dan pahamilah...semua ni projek pemutihan PR..nak tengok sapa kawan sapa lawan...tak penah dalam rekod pkr ahli yang ditendang tak masuk UMNO...tapi TSKI rilex je nak join PAS...apa hampa semua tak nampak lagi ka..ni game mau kasi kenal mana ori mana tipu punya....haiya...tak paham lagi kaa...keputusannya mudah je...sapa ikut parti boleh diharap...sapa ikut TSKI adalah sangat mencurigakan...hahaha...so kalau korang pengikut setia UMNO...pahamilah game ini sebaik baiknya...nak tengok UMNO menang time ni lah menyusup masuk kubu lawan...bukannya ikut rentak lawan...kata nak lawan PR...kasi lawan betul betul laa...jangan jadi.....

    ReplyDelete
  22. AWAS OMAKKAU !!!! BLOG INI SUDAH JD SARANG PENCACAI UMNO SEBAR DAKYAH. TUJUANNYA UNTUK KELIRUKAN PENYOKONG PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 15:49

      Kami pilih prinsip asal parti keadilan daripada memilih pemimpin gila kuasa.
      At least kami tidak buta macam kamu. Bersama2 kami untuk mengembalikan perjuangan Parti Keadilan.yang sebenar.

      Kamu tengok gang2 Rafizi, mana beliau waktu 1998. Mana beliau waktu 2004. At least TSKI bersama PKR waktu time susah dulu.

      Aku rasa brader dhinggap penyakit fanatikus personaliti. Hanya Rasul yang maksum tauuuu

      Delete
    2. salam Mak kau.memang dalam tak sedar kau dah jadi pencacai Umno.tak usah berselindung di sebalik cari keadilan lah,sudahlah hipokrit,buang baju yang kau pakai lambang PKR tu

      Delete
  23. butohmu la pencacai parti Benjamin Netanyahu (BN), Mahathir-Mukhriz, Razak-Najib, Hussien-Hisapmudin....ini bukan nepotisme, ini Babisme atau Anjingisme...

    ReplyDelete
  24. Ini bukan kes bermacam macam kemahuan dan berbagai bagai pandangan
    Ini kes tak berpegang pd janji sama lah dgn JANJI DI CAPATI lll

    ReplyDelete
  25. Apa punya Presiden PAS dah skg pulak nama calun jd rahsia sulit
    Sebelum ni boleh pulak di sebut nama calun MB
    Alasan Presiden PAS mengikut titah Raja
    Titah Allah jgn mungkir janji letak mana ?

    ReplyDelete
  26. I/a kalau kita betul 2 ikhlas kerana allah .. dan sentiasa bedoa ..allah akan tunjuk kebenaran .. kalau tak sentisa lah dlm kesesatan ...

    ReplyDelete
  27. Jgn sandarkan apa2 pd alasan sultan.rakyat x pngting ke.pas mmg x pegang amanah.mulai skrg.jgn skongkol dgn pas lgi.akur printah sultan konon.lpas ni pas akan trbelah dua.

    ReplyDelete
  28. kalau pas terbelah sepuluh pun apa peduli..
    Yang penting Bini aku boleh jadi MB...
    Biar apa org kata.. aku nak bini aku jadi ketua aku dan ketua kpd sekalian rakyat Selangor Darul Ihsan..
    bila bini aku naik jadi ketua aku... aku nak penyokong aku pijak2 Pas.ni...Dap ok.. mereka kawan baik aku..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...