Friday 12 September 2014

KENYATAAN AKHBAR KEHADIRAN ANGGOTA TENTERA UNITED STATES ARMY PACIFIC COMMAND (USARPAC) UNTUK PERLAKSANAAN EKSESAIS KERIS STRIKE SIRI 18/2014.


Sejak malam  tadi kegusaran berlaku kepada rakyat negeri terengganu dengan ketibaan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapang Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Pesawat yang membawa seramai 300 orang askar Amerika itu tiba dari Diego Garcia yang akan berpengkalan selama beberapa hari di Gua Musang untuk latihan tentera.Ketibaan askar-askar tersebut belum dipastikan secara detail tujuan dan niat mereka ke Malaysia ini dan pelbagai spekulasi telah timbul dan bermain difikiran rakyat terengganu kursusnya.

Apa pun pihak berwajib perlu membuat perjelasan kepada rakyat tentang ketibaan pesawat boeing 777 yang lengkap dengan alatan perang dari Amerika itu.

Dengan kenyataan rasmi dari Angkatan Tentera Darat ini maka segala kerunsingan mendapat pencerahan.

Kehadiran sekumpulan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan adalah untuk menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama dengan Tentera Darat Malaysia.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata anggota tentera AS itu adalah dari pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

"Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," kata kenyataan itu.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat akan menyertai Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula esok hingga 26 Sept.

Menurut kenyataan itu, Eksesais Keris Strike merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen.

Eksesais Keris Strike dijalankan sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

"Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu.

Tentera Darat berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran mengenai kehadiran tentera AS seperti mana yang telah tersebar di kebanyakan media sosial tempatan.

3 comments:

  1. oooo untuk belajar pengurusan kalu berlaku banjir dan bencana alam.
    baru aku paham....
    latihan tu ada guna bot penyelamat ngan pelampung tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencaraian MH370. Mh370 terjatuh/landing di selatan Thailand. Ini atas andaian bahwa pada hari tersebut pada jam 2.30 pagi petani/nelayan dikelantan melihat pencerkan kapal terbang di Kota baru.Ini dinyatakan diutusan malaysia. Dan hari tersebut, kenapa askar marin US berada di kota baru. Pada ketika itu, keadaan pergolakkan di thailand iaitu tiada siapa ambil berat disana . Agak mustahil Mh370 boleh terbang ke pulau grarcia

      Delete
  2. Ayahanda dan abg Long sdg memantau askar amerika di ganu-mat saleh lu jgn kerek kat ganu weii-kdai burger dan pasar mlm kitaorg punya kawasan-lu mat saleh jgn kacau haa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...