Monday 15 September 2014

KENYATAAN MELAYU PEMALAS OLEH TUN MAHATHIR ... PERKASA KATEGORIKAN SEBAGAI SUATU NASIHAT BUKAN PENGHINAAN.



PERKASA Selangor menganggap teguran yang dilontarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Melayu 'pemalas' sebagai "nasihat seorang bapa kepada anak".

NGO pendesak Melayu itu berkata teguran yang diberikan kerana beliau amat memahami ragam dan karenah rakyat setiap kaum ini berdasarkan pengalaman hidupnya.

"PERKASA Selangor menerima dengan hati yang terbuka, apa juga teguran yang dilontarkan. Malah berterima kasih atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengetahuan yang beliau ada.

"Hanya mereka yang tidak boleh menerima kenyataan serta berkepentingan sahaja yang tidak dapat menerima pandangan dan teguran beliau," kata NGO itu dalam satu kenyataan dalam Facebook rasmi mereka.

PERKASA Selangor mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan kenyataannya bahawa Melayu adalah pemalas, sekalipun beliau berdepan pelbagai kritikan.

Dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia semalam, negarawan itu dilapor berkata sepanjang menjadi presiden Umno, beliau berleter sepanjang masa dan tidak hendak menipu diri untuk menyatakan orang Melayu malas.

Beliau turut memberi contoh di institut pengajian tinggi tempatan bahawa orang Melayu masih belum rajin apabila 70 peratus mahasiswa adalah perempuan dan mendakwa pelajar lelaki menjadi mat rempit.

"Itu saya kata tidak rajin. Bila pergi universiti pula, tidak belajar betul-betul. Tidak baca buku, baca setakat disuruh sahaja," kata beliau.

Dalam kenyataan itu juga, NGO itu turut berharap supaya kaum lain "tidak melatah" dengan teguran tokoh itu kepada bangsa Melayu "kerana mungkin tidak faham apa yang beliau maksudnya.

"Perkasa Selangor menganggap apa juga hujah Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sebagai nasihat seorang bapa kepada anak," kata NGO itu.

KALAU YANG BERCAKAP ITU SALAH SEORANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ADAKAH PERKASA AKAN ANGGAP DAN NILAI SEPERTI ITU JUGA??? .. SUATU NASIHAT SEORANG BAPA KEPADA ANAK-ANAKNYA, ATAU AKAN BERDERET BERSUSUN PERGI KEBALAI POLIS BUAT REPOT LEPAS ITU MENJERIT TERLOLONG MACAM KENA GIGITAN ANJING GILA?????????

PERLU ADA KONSISTENSI DALAM APA JUA DIPERJUANGKAN.

14 comments:

  1. Perkasa-rasis, bodoh & syok sendiri. Ibrahim bertanding kalah pru13

    ReplyDelete
  2. Kenapa??? Pemimpin PR tk prnh biadap dan kurang ajar dgn org melayu ke...kes mb yg melibatkn sultan selangor dan dulu di perak tu bkn saja biadap dan derhaka kpd sultan, ttp ia juga melibatkn org melayu...omakkau jgn kerana politik nko snggup tonjolkn kebodohan nko hingga tk dpt beza antara teguran dan pnhinaan...

    ReplyDelete
  3. Umno pernah kata Sultan nagu itu natang & tabalkan sultan baru dikltn. Taksn lupa apa madir kuty buat pada sultan. umno kata ini salah anuar & cina

    ReplyDelete
  4. memang berat nak terima reality,apatah bila tak menyebelahi diri....melayu memang pemalas,tamak,tidak jujur....melayu hanya nak semua benda free,makan sedap,tidor cukup,buat anak banyak banyak....korang tengok keluarga melayu...anak banyak,miskin,tidak berpendidikan....hanya jadi pengemis dinegeri sendiri..hanya nak bantuan kerajaan......bodohhhh nak mampusss

    ReplyDelete
  5. Madey tujukan khusus kpd melayu umno yg dia pimpin selama 22 tahun, itu yang dia nampak, jd ahli2 melayu umno kene terima hakikat lh, kalau dh asyik berdiri diatas ketuanan melayu ni lh jdnye pemalas, bongkak, bodoh, perasuah, mudah lupa, berhutang x bayar dll. spt yg madey cakap tu.....hidup melayu umno!!!

    ReplyDelete
  6. "Memang benar Melayu malas" sebab yang bercakap tu bukan Melayu tapi Melayu Celup. Kan kebanyakan Melayu ini dahlah malas, tak cerdik pulak tu. Asyik kena tipu saja. Bukan oleh Cina atau India atau .... tapi oleh Melayu Celup. Fitnah ... No 1 bagi "Melayu Celup" ni.
    Biasiswa tak bayar bukanlah perkara besar sebab memang wajib kerajaan membantu rakyat miskin dan tak berupaya. Ini dok tolong rakyat yang dah senang dan kaya. Tambahan lagi dengan rasuah dilakukan oleh orang kaya-kaya belaka. Sebab tu Melayu Celup ni pun tak setuju dengan Hukum Hudud. Awat jadi lagu ni? Awat tak jadi lagu ni. Nanti orang pertama yang kena potong tapak tangan ialah Melayu Celup ni la.
    Sudah sampai masanya, Melayu bangkit dan berubah angin agar menjadi RAJIN. Melayu yang RAJIN tidak akan mengundi parti UMNO-BN sebab di dalamnya terdapat ramai Melayu malas yang nak untung cepat. Apa lagi bedal saja. Dengar baik-baik, Melayu Celup berkata Melayu yang malas tu sebenarnya datang dari UMNO-BN. Mana dia kenal Melayu lain dari UMNO?

    ReplyDelete
  7. Daripada kesempatan sikap kaum melayu yg dia cakap tu lh yg menjadikn dia sekeluarga kaya raya sekarang....dh lupa kut! ...

    ReplyDelete
  8. Melayu kahwin india=Mahathir memang malas-songlap projek dari kerajaan berbillion ringgit pastu makan atas angin-bukan ada panjat tiang ker,tarik kabel ker,bancuh simen ker-bangla dan mat indon la yg paling rajin-kalau tiada mat bangla dan indon-malaysia ni takde bgunan dan condo tinggi2-kalau melayu umno lagi la pemalas-tahu mkn percent dan main facebook jer-mat bangla n mat indon paling rajin.

    ReplyDelete
  9. dulu dah lama dah pemimpin asyik asyik kata melayu malas
    tp ada seorg cerdik pandai kata melayu bukan pemalas sbb hari hari org melayu bangun awal pg utk menoreh getah dan turun ke sawah Kemudian berkebun sebelah petang Skg yg malas ialah melayu felda semua kerja org buat Yg nak usaha sendiri tanam sawit kena senarai hitam

    Sedar tak bangsa apa yg jd orang tengah Dr dulu kata nak hapuskan org tengah yg mainkan harga smp skg hal tersbt tak di selesaikan Bila musim hujan timbul balik psl org tengah

    Tubuh Risda Fama apa jd pd nasib pekebun dan penternak Melayu cuma berbangga dgn MEGA EXPO

    ReplyDelete
  10. Rayyan baru kata umno celaka...habis gegak gempita seluruh negara macam nak kiamat tindak balas dari puak2 rasist ni...alih2 bila cekdet 'nasihat' pulak...wakaka...lalang umno betul!!!

    ReplyDelete
  11. Yeaayy..!! Thun dpn blh amk BR1M lg.

    ReplyDelete
  12. rembat duit petronas amanah ke? pelik bin ajaib..pakar putar belit!!! hahahahaha

    ReplyDelete
  13. Secara tak langsung Perkasa adalah persatuan orang pemalas. Banyak sangat kisah benar orang Melayu malas. Orang Melayu diberi AP untuk import kereta dan motor. Melayu setakat jual benda-benda tu aje. Servis, repair, jualan spare part diambil oleh kaum lain. Dibagi AP import ubat dan jual ubat. Yang melambak syarikat farmasi kaum lain. Habis-habis tidak saingan songket sekarang ialah tenunan mesin dari India! Sampaikan baju kurung dan baju Melayu dibuat di Vietnam!! Apa dah jadi Melayu ooi. Setakat monopoli sektor keselamatan dan penjagaan bolehlah. Itupun jadi jaga ghete Cina!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...