Sunday 7 September 2014

KERANA JAWAPAN SEBEGINI DI DEDAHKAN KEPADA UMUM MELALUI LAMAN SOSIAL, KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (NUTP) NAIK ANGIN SATU BADAN.



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengutuk tindakan penyebaran kertas jawapan soalan murid sekolah rendah yang dijadikan bahan jenaka sehingga ia menjadi ‘viral’ yang dipercayai dilakukan segelintir guru sekolah rendah di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata, tindakan itu bukan saja melanggar etika profesion perguruan, malah lebih buruk mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila tindakannya diketahui murid yang menjadi ‘mangsa’ guru terbabit.

“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.

“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.

“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

16 comments:

  1. Mungkin guru tersebut nk beritahu masyarakat umum bahawa itulah yang ada dalam minda pelajar. Ibubapa sepatutnya kena pantau aktiviti harian anak masing masing serta membimbing mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri gaji cikgu kepada mak bapak la klu macam tu.heee

      Delete
  2. Yang penting guru tidak mendedahkan identiti pelajar tersebut,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaubagaimanapun kita perlu jaga privasi pelajar..

      Bayangkan di suatu hari nanti, anak, cucu dan keturunan kita diejek sebab lemah di dalam pelajaran..

      Apakah perasaan kita?

      Delete
  3. Satu hari di kelas 6C, 

    Cikgu: eh azman kmu nak jdi apa ni ha, dah la bodoh belajar malas keja pandai bercakap ja..

    Azman: jadi guru lah, dah x reti apa nak jadi apa lagi, bidang lain kena result power, bidang cikgu berdasarkan minat dan keikhlasan je..

    Murid2 lain: betul juge tu.. kepimpinan melalui teladan.. kwn2 jom main.. 

    Cikgu: grrr bengang.. tpi btul juge aku sendiri upsr 4B spm 2A je.. kiki
    .......
    Bagaimana acuan begitulah kuihnye.heee

    “Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

    ReplyDelete
  4. Lebih baik jadi guru macam P. Ramle, umno yg hapuskan tulisan jawi dlm mata pelajaran. Alif, mim, nun, wau=SARKIS. drp totok umno kg medan...

    ReplyDelete
  5. Cikgu yg takde kualiti dihasilkan kat malaysia ni-tahap spm satu A dah bole masuk maktab-tu bila time mengajar budak2 pun jadi taraf satu A gak-pengambilan guru2 hendaklah berdasarkan kecemerlangan dlm pelajaran bukan main belasah je pilih-

    ReplyDelete
  6. Sistem persekolahan dulu dah cantik penilaian darjah 5 srp spm stp...kita boleh tahu kualiti seseorang dengan spm grade 3....sekarang government komersialkan pendidikan cuma untuk memenuhkan kolej2 milik kroni dengan ptptn...

    ReplyDelete
  7. Dari tahun 90an lagi kebanyakkan guru yang dilantik memang tidak berkelayakan untuk mendidik...cgpa cukup makan. Kerja lain jangan mimpi nak dapat..masing2 berlumba2 buat diploma pendidikan supaya dapat jadi cikgu..janji Ada gaji.tu yang kita tengok semangat nak mendidik anak bangsa tak Ada...hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin umno yang hapuskan tulisan jawi( bersamaan tulisan Alquran), tu jadi jahil ugama jahil duniawi akibat pimpinan umno serta penyokong banggang umno..menjadikan pemimpin umno turut jadi lebih banggang...drp totok umno kg medan....

      Delete
    2. Emak ko tak datang bulan pun salah umno. Tau dah.

      Delete
    3. Anon 21:19, lawak ler kau ni.
      Atau kau saja buat2 bodo.

      Delete
  8. Pengaruh Cerita Hantu banyak sangat kat Program tv

    ReplyDelete
  9. Susah la kalau guru tak boleh membetulkan kesalahan... guru nak maklumkan yg tahap pendidikan kita seteruk itu kot..
    Sukatan dan kaedah pembelajaran perlu dikaji semula...
    lagi pula guru tak dedahkan siapa murid itu...
    jangan ikat mulut dan tangan guru berlebihan...nanti guru naik malas nak bekerja...

    ReplyDelete
  10. jangan hina guru banyak sangat anon2 di atas tu...
    bukan semua guru tak ada kelulusan..cakap baik2 sikit...
    nak mengajar budak terencat akal pun ada ijazah..tau ke..
    yg jadi guru tak ada kelulusan tu ialah yg masuk melalui tingkap atau bumbung kerana kenal org tertentu...
    awak nak kata jwatan lain tu hebat..awak tau ke...ada doktor yg tahu beri panadol saja..yg lain dia tak tau..
    kalau tak ada guru2 itu...dah lama awak jadi kerbau dan lembu atau jadi biri2 yg tunggu masa utk disembelih...
    dari cikgu sekolah ongputih...

    ReplyDelete
  11. Minta je guru2 pamer results upsr-spm dorg di ppn kenyataan scorelah... abis citer

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...