Monday 1 September 2014

MB SELANGOR .... SIAPA JUA PENGANTI TSKI WAJIB LEBIH BAIK.



Siapa pun Menteri Besar Selangor baharu yang dilantik selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim haruslah yang lebih baik dalam segenap pengurusan pentadbiran negeri.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ia bagi memastikan kekurangan pengurusan pentadbiran dahulu mampu diselesaikan oleh ketua negeri baharu.

“Kelemahan-kelemahan pentadbiran yang dulu dari segi pengurusan kerajaan tempatan, pembangunan perumahan negeri dan apa-apa sahaja masalah rakyat mesti mampu diselesaikan oleh menteri besar,” katanya.

Beliau berkata, projek yang terikat secara sah semasa pentadbiran Abdul Khalid mestilah diteruskan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.

Jelasnya, sekiranya perjanjian yang sah di sisi undang-undang dibatalkan maka ada kos ganti rugi yang perlu ditanggung.

“Kalau ia projek atas dasar yang tidak terikat, ia boleh diteruskan ataupun dilupakan,” katanya.

Bagaimanapun, ia bergantung pada siapa pun menteri besar selepas ini yang mungkin mengambil keputusan nekad tentang beberapa perkara meskipun terpaksa berdepan urusan undang-undang.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, menteri besar baharu mungkin akan meneruskan projek-projek yang tidak boleh dipinda namun akan memperkenalkan dasar baharu.

“Menteri besar itu akan memperkenalkan dasar baharu sebagai legasi pentadbiran beliau, "katanya.

3 comments:

  1. DSW AZIZAH ADALAH PENGGANTI TSKI YG TERBAEK BERDASAR PENCAPAIANNYA YG TELAH LALU YG TERBUKTI MENGATASI TSKI.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.......

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...