Monday 8 September 2014

PAS SELANGOR MOHON RAKAN PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT, PKR/DAP, AKUR TITAH SULTAN.



PAS Selangor menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, kedegilan kedua-dua parti PR tersebut adalah perkara sia-sia.

"PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi Raja ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras mengatakan sekiranya kemelut isu menteri besar berterusan, ia hanya akan menyusahkan rakyat Selangor.

"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera.

"Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," katanya.

Disamping itu, Khairuddin berkata PAS menyokong titah Sultan Selangor dan menegaskan kebajikan rakyat yang perlu dibela lebih penting.

"Cukup la... mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala," katanya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.

Pada masa sama, baginda juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada parti PR yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu menitahkan ketiga-tiga parti PR mencadangkan lebih 2 nama sebagai calon sebelum 3 September bagi memudahkannya membuat pilihan, namun DAP dan PKR bertegas mahu menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja.

PKR pada 3 September kemudiannya menerima surat amaran daripada istana yang mengingatkan mereka supaya menghantar lebih 2 nama selain Dr Wan Azizah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan keengganannya mengikut kata DAP dan PKR dan menghantar 3 nama adalah kerana tidak mahu ingkar titah Sultan Selangor sambil menegaskan parti itu menjunjung tinggi konsep Raja Berperlembagaan.

13 comments:

  1. Selepas ADUN PAS dilantik jadi MB Selangor, dia mestilah mengiringi sultan merasmikan pembukaan HRC yg baru. Menolak bererti ingkar titah/sabda/firman sultan.

    ReplyDelete
  2. Klu bini ketum dia akan bantah ke???risau sultan yg kena mngiringi bini ketum kerana sultan tk berani ingkar titah/sabda/firman ketum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pun dah tunjukkan bantahan secara tidak langsung, tapi PAS shj yg meletakkan titah/sabda/firman sultan mengatasi segalanya. Rabun ayam ke....?

      Delete
  3. JANGAN ANWAR BUAT KONSPIRASI TUKAR SULTAN PULAK DAH LA.

    KAH KAH KAH

    ANWAR LAYAK JADI RAJA DRAMA, RAJA KONSPIRASI, RAJA DIKTATOR.

    KAH KAH KAH

    SEMUA KEPUTUSAN MESTILAH IKUT KEHENDAK ANWAR.

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  4. mengapa susah faham sangat...s/u sotan kena peka la...
    pkr , dap tak ada calon MB yg layak.. semua tak layak...yg layak dan yg ada hanya satu tu saja.Dr Wan sorang saja...Azmin tak layak..Rafizi lagi la tak layak..Saifuddin hem lagi lagi la tak layak budak muda takkan nak jadi MB kot.....
    dalam pas ramai yg boleh...bukan 3 tapi ramai lagi tu yg ada dlm wting lest..
    ikutlah titah sotan kita tu...bila dah jadi MB nanti kau pandai2 la atur semula...

    ReplyDelete
  5. Sultan suruh bg lebih dua nama dan tp Sultan tak letak syarat semesti nya dr parti PAS Kalau PAS letak 6 calun MB dr PKR pun Sultan akan terima dan ada kah PAS akan terima dgn lapang dada jika Sultan terima dan pilih salah seorg dr calun PKR yg PAS cadangkan Dari sejak Hasan Ali PAS dah mengidam jawatan MB

    PAS Sgor bercakap demikian kerana ada nama calun MB dr PAS mana tahu kalau kalau sangkut Yg bodoh PAS akan tolak jika Sultan pilih calun dr PAS sdgkan kenyataan PAS semua nya menguna alasan jangan lawan titah Sultan

    Isu calun MB antara PAS dng PKR/DAP bukan dgn Sultan PAS manipulate situasi ini dng menguna kedudukan Sultan


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 9 Adun PKR yg beragama Islam. Semua layak jadi calon. Tp, kalau kena calon, kemudian tolak..apa kesudahan nya? Mula2 nak calon YB Azmin Ali, YB Azmin Ali tolak. Kemudian YB Nik Nazmi, YB Nik Nazmi pun tolak. Adun PKR semua (selain DSWA ) tak layak ke? Kalau tak layak, tak perlu lah jadi YB.

      Last last nak salah kan PAS.. tak kan nak biarkan UMNO ambil jawatan MB tu?

      Alangkah bagus nya Adun PKR punya keberanian untuk galas jawatan MB jika dicalonkan..

      Delete
    2. Bukan tak layak Mana mana negeri semua Adun ada kelayakan
      Tetapi di NS masa Isa Samad nak tukar kan dng org lain kena tunggu dia kena tindakan tata tertib Dan di negeri lain kena tunggu tukar PM baru lah ada peluang jd MB Pahang smp sekarang MB tak tukar tukar

      Adun PKR bukan tak ada keberanian Ttp mereka sendiri mahukan Wan Azizah jd MB jd mana salah nya ? Kita tak boleh paksa mereka mesti menerima jawatan MB kalau kita paksa dan ekonomi dan pembangunan Sgor menurun mereka akan guna alasan bukan aku yg nak jd MB Dia org yg paksa aku jd MB

      Delete
  6. Macai amnos tak payah la nak menyebok kat sini...
    Menyebok pun bukan bole jadi MB...

    ReplyDelete
  7. Sesapa pon dari PR menjadi MB, kami rakyat selangor akan menerima dengan senang hati.

    Asalkan ABU

    ReplyDelete
  8. Aku juga ingin tahu kenapa Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.

    Sejak bila sultan perlu merlakukan pertimbangan kepada calon yang tidak mendapat sokongan majoriti ADUN ? Cuba lihat sejarah hitam yang telah berlaku dalam kerajaan negeri Perak....

    Sultan bikin apa pada Nizar dan kenapa sultan terus saja adakan upacara perlantikan Zambry bin Abdul Kadir atas alasan mendapat sokongan majoriti ?

    Apakah parti UMNO Baru semuanya beres tapi bukan parti itu mesti ada tapisan dan pertimbangan sebagai hak sultan ?

    Agaknya inilah sebab utama kenapa UMNO Baru beriya-iya pertahankan raja berperlembagaan atas kepentingan tembolok mereka saja. HaramJadah.

    ReplyDelete
  9. Spesis keturunan lanun akhirnya akan pupus, hanya menunggu masa shj.

    ReplyDelete
  10. rasa nya PAS tersilap langkah dalam hal nama MB ni, negeri lain dan peringkat negara (Perlantikan PM) semua kes hantar satu nama sahaja, jadi raja-raja tak payah buat kerja DUN atau wakil rakyat...ADUN yang menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti. PAS keliru dalam permainan politik ini dan melatah dan secara tak langsung hilang kredibiliti sebagai parti politik yang telah lama dan sepatutnya berpengalaman dalam pencak permainan politik ini...kerja yang mudah dijadikan susah kerana ada orang tak faham konsep raja berperlembagaan...atau pun ini kerja pihak ketiga yang ingin melagakan rakyat, ADUN dan istanan ....agar penjahat ini dapat merebut kekayaan negeri Selangor..yang telah lama terlepas dan mereka idamkan...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...