Sunday 21 September 2014

RAKYAT NEGERI KELAHIRAN UMNO BERANG DENGAN PROJEK PENAMBAKAN.



Penduduk kampung di Tanjung Kupang, Johor melepaskan kemarahan mereka hari ini terhadap pemaju projek penambakan tanah terbesar di negeri itu, mendakwa ia akan mengakibatkan kehilangan tanah dan mata pencarian mereka.

Mereka menuduh pemaju Country Garden Pacificview Sdn Bhd menjalankan projek itu secara melulu tanpa pengetahuan mereka walaupun ia meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan mereka.

Dialog awam melibatkan kira-kira 200 penduduk dari lebih kurang 12 kampung sekitar Tanjung Kupang itu turut dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar bebas dan wakil parti politik.

Badan-badan ini meminta butiran terperinci dari pemaju itu yang mereka dakwa tidak mencukupi dalam laporan Kajian Terperinci Kesan Kepada Alam Sekitar.

Ia termasuk langkah-langkah mengurangkan kerosakan kepada rumpai laut yang penting bagi pembiakan ikan yang terletak di tengah-tengah projek itu dan usaha mengurangkan pengaliran balik yang boleh membawa kepada banjir kilat di kawasan itu.


Walaupun tiada Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan desakan campur tangan Singapura, dua projek penambakan pantai besar-besaran dijalankan di selat Johor yang memisahkan Malaysia dan kepulauan republik itu.

Kerja penambakan pantai itu juga menimbulkan kebimbangan terhadap kesan projek kepada ekosistem pantai dan kehidupan nelayan di kawasan itu selain hab perpindahan kapal Malaysia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Seorang pencinta alam sekitar yang enggan dikenali mempersoalkan bagaimana kerja berkenaan dibenarkan untuk dimulakan walaupun projek masih 'haram' kerana tiada laporan EIA.

Beberapa pertanyaan The Malaysian Insider kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai status projek, kesannya terhadap alam sekitar dan ketiadaan laporan EIA tidak dijawab.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat memberitahu The Malaysian Insider tidak mungkin tiada laporan EIA dilakukan bagi projek penambakan.

Bagaimanapun, beliau berkata sedang menunggu laporan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) negeri mengenai perkara itu.

"Mustahil tiada laporan EIA jika ia diperlukan. Malah bagi projek penambakan Tanjung Kupang, laporan EIA dilakukan, jadi tidak mungkin tiada apa-apa laporan dilakukan bagi projek penambakan lain.

“Sama ada syarikat besar atau kecil yang menjalankan projek itu, saya yakin mereka tahu undang-undang jadi jangan kita politikkan isu ini sehingga kita dapat fakta dan laporan EPU siap, mudah-mudahan dalam masa seminggu,” katanya minggu lalu.

Sumber bagaimanapun tidak bersetuju dengan Ayub, dan berkata pada 15 Jun, maklumat umum di laman sesawang JAS menunjukkan tiada laoran EIA, sama ada laporan awal atau terperinci dikemukakan  Country Garden Pacific View Sdn Bhd untuk projek 2,000 hektar dan Spektrum Kukuh Sdn Bhd untuk projek penambakan di Tanjung Piai.

Menurut sumber itu, yang paling membimbangkan adalah kerja penambakan pantai lebih 1,817 hektar Country Garden Pacific View, digelar Forest City.

Plot berhampiran jambatan kedua ke Singapura juga diberikan nombor  Lot PTD 4071, Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru.

Semakan syarikat pada Febuari mendedahkan salah seorang pengarah Country Garden Pacific View adalah Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman, dipercayai kawan lama Sultan Johor dan Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor.

China’s Country Garden Holdings Co Ltd menjalankan projek pertama di Danga Bay, yang meliputi 20 hektar tanah yang dibayar RM900 juta beberapa tahun lalu.

Dilaporkan Country Garden Holdings dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor menjalankan secara bersama projek Forest City yang bersedia untuk menjadi hab pelancongan.

Dua minggu lalu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan di Dewan Undangan Negeri (DUN), penambakan pantai untuk pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia tidak akan menjejaskan alam sekitar.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengeluarkan notis kepada pemaju, Country Garden Pacific View untuk menyediakan pelan tindakan berkesan bagi membersihkan mana-mana sedimen yang disebabkan kerja penambakan.

Beliau dilaporkan berkata, JAS akan memantau secara dekat aktiviti dilakukan sepanjang projek bagi memastikan pencemaran alam sekitar tidak berlaku.

Projek penambakan pantai lain melibatkan 1,410 hektar berhampiran Tanjung Piai yang merupakan tanah paling selatan di Benua Asia sedang dijalankan oleh Benalec Holdings untuk tujuan hab minyak industri dan gas.

Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim dan Daing A Malek merupakan pengarah Spektrum Kukuh, yang bekerjasama dengan Benalec dalam projek penambakan Tanjung Piai.

"Wujud kebimbangan alam sekitar yang serius di sini kerana kawasan ini dikelilingi kampung nelayan disebabkan kekayaan rumpai laut dan kepelbagaian marin,” kata sumber tentang projek itu.

"Mata pencarian mereka akan terjejas kerana penambakan pantai,” katanya.

Sumber itu mempersoalkan bagaimana kerja penambakan dibenarkan untuk dijalankan tanpa laporan terperinci EIA yang diwajibkan mengikut undang-undang untuk kerja penambakan melebihi 50 hektar.

Keperluan ini dinyatakan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekililing) 1987 hendaklah dibaca bersama-sama dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

The Edge Review melaporkan tiga minggu lalu hubungan diplomatik dengan Singapura bergolak kerana kebimbangan projek Country Garden akan melanjutkan pantai Johor ke jambatan kedua sehingga ke pinggir sempadan yang memisahkan Malaysia dari Singapura.

Media melaporkan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sudah menulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan kebimbangan tentang projek itu.

Laporan itu juga menyatakan satu lagi surat diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar semasa beliau berada di Singapura baru-baru ini.

Sultan Johor semasa ucapan perasmian sesi kedua DUN bulan lalu membuat kenyataan tentang JAS dan isu alam sekitar serta air merupakan kuasa negeri.

Sultan bertitah dalam ucapannya dalam melaksanakan kerja pembangunan, isu alam sekitar perlu diberi keutamaan dan laporan EIA perlu disediakan untuk projek pembangunan.

“Bagaimanapun, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kuasa mereka dengan EIA untuk menghentikan projek pembangunan yang tidak memberikan manfaat kepada mereka.

“Contohnya projek pembangunan Benalec di mana MOU ditandatangani tiga tahun lalu dan disaksikan oleh perdana menteri sendiri, tetapi masih belum mendapat kelulusan EIA sehingga kini,” titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – 23 Jun, 2014.

7 comments:

  1. Rakyat yg menentang projek tersebut bukan anak jati Johor. Anak jati Johor tidak membantah malah menyokong sebab BN menang Johor senang macam juga kami anak jati Kedah dah senang.

    ReplyDelete
  2. Nk buat mcm mne dh termakan janji, hadap je le, esok pru 14 termakan janji lg lpas tu hadap lg dn seterusnye ... hidup melayu!

    ReplyDelete
  3. Luaskan kuasa kentut mu...do see my game..kah2,melayu mmg dibodokan

    ReplyDelete
  4. penduduk kena halau sbb tanah kena rampas pun boleh berlaku
    ni pulak tambak tanah tak de sape sape kena halau
    nanti dah membangun jd hab pelancungan tak ada masalah mata pencarian

    timun kita
    arang kita
    abu kita

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,

    TAHUKAH ANDA
    DENGAN RM25 ANDA BOLEH MENGGANDAKAN WANG DI DLM AKAUN BANK
    ANDA TANPA ANDA SEDARI/KETAHUI SIAPA YG MEMBERI?

    MUNGKIN INI SESUATU YG ASING DAN PELIK BAGI KITA DI NEGARA DUNIA
    KETIGA TAPI TIDAK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

    MAKLUMAT LANJUT & BAGAIMANA UNTUK MENYERTAINYA?

    KLIK DI SINI
    http://www.needjiadi.blogspot.com/

    • IN SYAA ALLAH BERMANFAAT.

    * TIADA PAKSAAN UNTUK MENYERTAINYA.100% TERSERAH KPD ANDA,
    KERANA PERKHIDMATAN/PROGRAM INI BERDIRI DI ATAS SIFAT JUJUR,
    IKHLAS AMANAH DAN INTEGRITI.

    • FOR A BETTER WORLD FOR OUR
    FAMILY CHILDREN AND SOCIETY.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI
    MEMBACA.
    WASSALAM...

    ReplyDelete
  6. Hoi engkorang bising-bising buat apa? Korang tu hamba-hamba yang diperlukan masa mengundi saje!! Takkan nak buat projek pun nak bagi tau korang. Korang tau ape. Abih tu kalau tak buat projek macam mana kitorang nak dapat balik duit yang bagi kat korang. Duit poster, duit beli lembu korban, duit nasi bungkus dan air sirap, duit sewa bas, duit t shirt, duit jamuan raya, duit untuk rombongan pergi melawat Putrajaya. Tu semua duit. Korang jangan nak memekak. Duduk diamdiam!! Kita jumpa lagi pada PRU 14!! Duit lagi!!!

    ReplyDelete
  7. Kalau tak suka, keluar dari Johor..patut la MP Langkawi jijik dengan Jawa..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...