Monday 8 September 2014

SULTAN SELANGOR MURKA PKR DAN DAP HANTAR SATU NAMA SAHAJA.



Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

"Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

38 comments:

  1. Lain kali tak payah lagi la buat pru.bagi je kat dia terus lantik menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ni fitnah UMNO-BN
      Sokong Azizah jadi MB Selangor dan PM Malaysia ke-7!

      Delete
    2. Surat Terbuka Untuk Semua

      Saya amat sedih dengan sikap mereka yang tidak menghormati titah tuanku. Adakah mereka sudah lupa kepada rukun negara, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

      Cuba lihat peristiwa negeri Terengganu dan Perlis 2008, ahli politik akur akan titah.

      Dalam kes ini, saya amat simpati kepada PAS yang dihina dan dinista kerana menurut titah Tuanku.

      Kepada Rafizi, Saifudin dan lain2 yang pernah saya hormati sebagai pemimpin parti yang saya adalah ahli. Sudah masa untuk kamu semua meletak jawatan kerana sikap kurang ajar kamu.

      Kepada Anwar Ibrahim, Kamu pernah bertakhta di hati saya, sekarang tidak lagi. Kamu wajar menasihati isteri kamu meletak jawatan.

      Bekas Ahli PKR dan Rakyat Jati Selangor
      (Tak payah bagi surat Keluar Parti kat PKR ni, merugikan setem)

      Delete
    3. Saya lagi sedih masa krisis Perlembagaan dgn Raja2 zaman Dr M. Dah lupa ke??????

      Delete
    4. Anon 12:34,

      Saya pun sedih zaman 80'an. Tapi benda jangan diulang. Titah baginda untuk kesejahteraan negeri. DAP dan PKR wajib akur

      Daulat Tuanku

      Delete
    5. ini bukannya lantik ketua darjah..nak nama banyak banyak..ini soal lantik ketua negeri, sapa yg dapat majoriti dari ahli ahli dun dialah yg akan dilantik. hantaq nama banyak banyak tapi tak ada sokongan nak buat apa???? alahai selangor negeri ku..

      Delete
    6. Dulu Bila Tan Sri Razali Ali ( adik mahadir ) jadi mb selangor kenapa boleh. Tan sri razali ali bukan orang selangor.
      Dan Dr Azizah jadi seorang doktor. ia sememang pandai. buka senang nak jadi doktor, kena skor semua subjek dalam spm. kenapa tidak dicuba. beri lah cuba mungkin lebih baik dari dski sebab dski tak pandai selesai masalah hutangnya di bank islam sehingga tertangguh 70 juta. biar lah MB pilihan mojoriti rakyat. bukan MB dipileh ikut hati personal.

      Delete
  2. Suruh penasihat2 istana termasuk sultan baca dan hadam undang tubuh negara dulu nooo...dan jgn lupa baca buku syed hussien. SETAN, SYAITAN DAN SULTAN.

    ReplyDelete
  3. Patek harap DYMM Tuanku tidak melantik ADUN PKR sebagai Menteri Besar Selangor. ADUN ADUN PKR dan 2 ekor Katak PAS telah terang terang mencabar serta menderrhaka ke Bawah DYMM Rakyat Selangor, hidup aman damai dan selesa dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, Justeru kekalkan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor

    ReplyDelete
  4. Wah, wah...lu sape??? sikit atas drp Sultan ke?

    ReplyDelete
  5. kenapalah istana tak mahu sangat DSWA? Pl be very honest

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang tahu konsep Nepotisme dan Konisme yang dibawa oleh Gang Kajang Move. Bini Pemimpin First. Rakyat Last

      Delete
  6. Surat Terbuka Unutk Semua

    Saya amat sedih dengan sikap mereka yang tidak menghormati titah tuanku. Adakah mereka sudah lupa kepada rukun negara, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

    Cuba lihat peristiwa negeri Terengganu dan Perlis 2008, ahli politik akur akan titah.

    Dalam kes ini, saya amat simpati kepada PAS yang dihina dan dinista kerana menurut titah Tuanku.

    Kepada Rafizi, Saifudin dan lain2 yang pernah saya hormati sebagai pemimpin parti yang saya adalah ahli. Sudah masa untuk kamu semua meletak jawatan kerana sikap kurang ajar kamu.

    Kepada Anwar Ibrahim, Kamu pernah bertakhta di hati saya, sekarang tidak lagi. Kamu wajar menasihati isteri kamu meletak jawatan.

    Bekas Ahli PKR dan Rakyat Jati Selangor
    (Tak payah bagi surat Keluar Parti kat PKR ni, merugikan setem)

    ReplyDelete
  7. Komplot khalid kidex dan ularmak serban puteh tengok kat...

    Tukartiub.blogspot.com/2014/09/jenayah-serban-puteh.htm/?m=1

    ReplyDelete
  8. Ko tu bangang anon 12:18 tu mengharap sultan tidak melantik adun PKR Dan dua ekor Katak pas yg melompat.saya ulang dia mengharap saja bkn mengarahkn sultan.ko bangang tk faham bahasa

    ReplyDelete
  9. Bubar dun jln terbaik....melayu kena bijak undi
    TOLAK PKR ISLAM SELAMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, lepas tu kita lantik din ayam jd mb...

      keza

      Delete
  10. Rafizi, Saifuddin hentikan penghinaan kamu kepada pemerintah negeri

    ReplyDelete
  11. Sekarang aku dah percaya yang bergelar ularmak dok sibuk kejar projet dan kuasa.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang aku dah dari dulu percaya yg bergelar sheikh aljuburi dok sibuk kejar project, kuasa dan jubo.yg di kejar tak dpt yg dikendong berciciran.heee

      Delete
  12. Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama.

    Kepada PAS. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

    Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

    Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

    Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!

    ReplyDelete
  13. Anwar Dan geng kajang move sibuk kejar APA pulak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejar jubo tpi jubo dah menghilang diri.heee

      Delete
    2. Jubo Mak ko kan ada!!!

      Delete
  14. BILA FREELOADER SUDAH MURKA BACALAH BUKU SETAN, SYAITAN DAN SULTAN.

    ReplyDelete
  15. "Biar derhaka pada sultan, jgn sesekali derhaka pada Anwar!" kata macai2 PKR. Lu PiKiR la sendiri..

    ReplyDelete
  16. Lu macai sultan kah? Sultan bagi lu sekeluarga makan kah??? Atau duit lu bg kaum kerabat dia makan? Jgn derhaka pd Tuhan Allah. Lu pikirlah sendiri. kah kah kah

    ReplyDelete
  17. PKR dan DAP sebenarnya hendak mencabar institusi raja dan rakyat Selangor ? Kalau lah begini perangai PKR, tak sepatutnya PAS beri jawatan MB kepada PKR. Bubar dan tau lah rakyat Selangor mengajar penderhaka-penderhaka ini termasuklah Adun PAS yang celupar.

    ReplyDelete
  18. Cai 12.24 bila khalid kidex nak dedahkan dokumen bank islam.heee

    ReplyDelete
  19. Kita cari duit dgn usaha sendiri.masa umnu mengila naikan harga barang sotan langsung tak buat apa pun.heee

    ReplyDelete
  20. sotan kalau kacau umnu..miss soruuuu..he he he

    ReplyDelete
  21. Setuju anon 13:15.Aku PKR masuk tahun 2010 tapi sejak Khalid kena pecat Dan 5 org wakil rakyat PKR menyalak kat tv3 kutuk Khalid aku day mila benci geng kajang move...simpati Ku pada PAS...kalau DUN bubar taulah aku nak ajar geng kajang move ni

    ReplyDelete
  22. Anon 14:11..Lu sapa..brapa undi lu ada?? Cakap pkai otak bro..jgn ckp x dk otak ha..ha

    ReplyDelete
  23. kalau.masa sekolah dulu..cikgu minta aku hantar 3 buku..tapi aku hanta 1 buku..lalu akukena penampar jepun...
    kalau nak tunjuk keras kepala .. lepas tu ajar cina dap tak patuh arahan.. nanti kalau jadi MB begitu juga la perangai pkr dan dap
    ni..
    kes MB selangor ni tak akan selesai sampai bila2 selagi kuasa diberi kpd pkr...
    elok la pas ambil alih... atau beri balik kpd BN. Umano..

    ReplyDelete
  24. Tak leh bagi ajijah jadi mb..nanti letak jawatan bagi laluan kat laki dia....ingat tak dulu2 jijah kipas letak jadi mp permatang pauh....pasal nak jaga cucu...

    ReplyDelete
  25. Jangka hayat pkr dh nk sampai tarikh luput guna pakai nye pd pru 14

    ReplyDelete
  26. Kenapa keadaan jadi seperti sekarang....? Puncanya mudah saja raja berperlembagaan hanya lah alat pemerintah kerajaan pusat mengawal kuasanya.

    Cuba kita tanya pada pihak istana kalau rakyat derhaka pada sultan siapa yang akan mengambil tindakan ?

    Pihak istana atau anggota polis yang dilantik oleh kerajaan pusat yang berselindung atas nama polis diraja malaysia ?

    Ini memberi gambaran jelas bahawa sistem raja berperlembagaan tidak mempunyai kuasa melebihi dari yang telah ditetapkan oleh undang-undang tubuh kerajaan negeri.

    Apabila pihak istana meminta sesuatu melampaui kuasanya bermakna ada dalang yang memainkan peranan yang bersifat tangan ghaib dibelakang tabir sistem raja berperlembagaan.

    Itu sebabnya tindakan PKR dan DAP adalah betul disisi perundangan..tapi tak betul pada orang takut kehilangan ekonomi dalam negeri Selangor.

    Kalau calon itu datangnya dari Barisan Nasional khasnya UMNO Baru pasti perlantikan itu sudah selesai lama. Malah ada kemungkinan jika dibuat majlis angkat sumpah tengah malam pun sultan akan sanggup lakukan.

    Pekara yang tidak diketahui umum adalah projek milik kroni UMNO Baru banyak yang tergendala dalam negeri Selangor. Setiap satu projek bernilai berbillion ringgit. Namun projek itu nampak macam nak menyenangkan rakyat tapi sebenarnya projek itu akan menjadi satu beban hutang yang berterusan sehingga ke anak cucu.

    Ini adalah peperangan ekonomi dalam negeri Selangor disamping memperalatkan sistem raja berberlembagaan.

    Amat pelik apabila raja berperlembagaan menitahkan untuk mendapatkan nama calon lebih dari dua. Apa muslihat sultan ?

    Sedangkan parti nya perlu menamakan satu calon yang mendapat sokongan majoriri ?

    Walau apa pun terjadi saya dan keluarga saya akan tetap menyokong PKR dan DAP demi kesejahteraan anak cucu saya masa akan datang dibumi Selangor.

    ReplyDelete
  27. ana setuju...tp ramai melayu mudah lupa,siapa yg derhaka pd raja tapi tiada tindakan..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...