Saturday 6 September 2014

TRANSKRIPSI PENJELASAN DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG DI MARANG, TERENGGANU, PADA 5 SEPTEMBER 2014



PRESIDEN PAS MEMPUNYAI KUASA BUDI BICARA MENGIKUT PERLEMBAGAAN DI DALAM URUSAN MELANTIK MENTERI BESAR

“Soalan yang pertama yang mengatakan bahawa pemimpin dimintak hantar dua nama, itu tak betul. Dia mintak hantar lebih daripada dua nama. Itu surat daripada istana. Surat tu ditujukan kepada ketua-ketua parti, tak ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa. Bermakna ketua-ketua parti yang berhak untuk sign surat tu. Orang lain daripada ketua parti tak boleh sign surat ni. Hebat jugak ni, laku sign ni. Lepas tu, yang keduanya, budi bicara. Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden. Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Begitulah bila kita menang tahun 1995 tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat.”

SEBAB SEBENAR MENGAPA PAS MENGHANTAR NAMA TIGA ADUN SEBAGAI CALON MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU

“Mengapa PAS hantar tiga nama sedangkan keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama? Keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama, PAS mintak nak hantar dua nama, tak boleh, kena hantar satu nama jugak, nak paksa PAS. Kalau hantar satu nama, Sultan nak pilih macam mana, satu saja? Nak suruh Sultan pilih, hantar satu nama, nak pilih macam mana? Kemudian kita terima surat daripada istana. Istana tulis surat kepada saya, semua parti hendaklah menghantar lebih daripada dua nama. Sultan suruh hantar lebih daripada dua nama, bila suruh hantar lebih daripada dua nama, lebih daripada dua nama ni berapa? Tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, boleh hantar berapa banyak. Kalau kita gi hantar satu nama dua nama, Tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita dok reti bahasa, dok reti bahasa, dok reti. Surat suruh hantar lebih daripada dua nama, itu surat daripada istana, suruh hantar lebih daripada dua nama, kita kena hantar lebih daripada dualah. Jadi PAS reti, orang lain terpulang kepada dia nak hantar satu dua pun. Jadi orang PAS ni nak suruh pemimpin bodohkah? Nak suruh pemimpin jadi bodoh? Orang suruh hantar lebih daripada dua, gi hantar satu nama? Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga tu.”

SEBAB SEBENAR DATUK SERI DR WAN AZIZAH DITOLAK SEBAGAI CALON MENTERI BESAR SELANGOR: BUKAN SEBAB BELIAU PEREMPUAN TETAPI SEBAB BELIAU MEMANG TIDAK LAYAK

“Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin. Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh. Jadi syarat-syarat ni dah dok lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki... Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu. Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan...”

PAKATAN RAKYAT TAK BOLEH BUAT RAJA MACAM TUNGGUL KAYU

“Dan kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpijak di atas asas-asas yang termaktub di dalam Perlembagaan (Persekutuan). Yang pertama, mendukung demokrasi. Yang kedua, memegang konsep dan prinsip Islam agama Persekutuan. Yang ketiga ialah raja berperlembagaan. Bukan saja dilihat Islamnya, termasuk raja berperlembagaan. Kita tak boleh jadi raja macam tunggul kayu, tidak boleh, peranan raja ada. Tapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, itu tidak boleh, tak boleh, tak izin sekali-kali. Kita tak boleh letak raja ni, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu tak boleh, tidak boleh, ini mesti ada peranan dia. Bukan kerana saya fanatik, taksub, tidak. Akhlak kena begitu, terutamanya akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam. Ini kita kena faham.”

TAN SRI KHALID BERJAYA JAWAB DENGAN BAIK SEMUA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN DI DALAM MAJLIS PRESIDEN PAKATAN RAKYAT

“Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden, dibuat malam Jumaat. Saya kata, hari Jumaat saya mengajar. Nak buat malam Jumaat susah, hari Jumaat saya mengajar. Saya baru balik daripada luar negara, baru lagi tinggal kuliah Jumaat pah tu nak tinggal pulak, ini susah. Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel yang sama, PAS tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang. Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Daripada PAS Datuk Mustafa Ali, Salahudin Ayub, Naib Presiden (dan) saya. Daripada PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (dan) Rafizi. Daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua (dan) Anthony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid. Dikemukakan soalan-soalan dan beliau jawab soalan-soalan itu. Semua soalan dijawab dan beliau lepas jawab. Jawapan dia lepas. Sehingga tak ada hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor, itu keputusannya.”

JIKA MEREKA YANG BERLAINAN PENDAPAT NAK TUBUH PARTI, SILA

“Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh. Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk ddalam. Jadi duduk ddalam ni kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti, sila.”

35 comments:

  1. Kah kah kah....dolu dolu lagi ako dah pesan yg ko nak ssgt si jubo anwar tu jadi pm mesia wat pe...ko dah tahu buruk akhlak dia bejubo....rendah moral dia pasal 20 master account si jubo ada 3 billion dlm kawalan si jubo...rendah tingkah laku si jubo...akidah yang tunggang langgang yang ko sentappp sangat nak si jubo tu jadi pemimpin ko org wat peee...?..boleh tahan gak otak adi awang ...last minit boleh la pakai....pada pemimpin pas yang minat ssgt dengan si jubo adi awang dah kata...sila kluo mung dari sinih......kah kah...mung tubuh pasma ke nak bubuh pajubo ka....mung tubuh la....kah kah....yg penting kita bole tengok brapa lama boleh tahan dan brapa ramai grass root parti baru nih....kah kah kah.....jubo oh jubo...ini semu pasal loobang jubo abih mesia haru biru...kah kah jubooo oo jubo...hihyg ko orang sentap nak ssgt sijubo...skg padan la muko ko orang kah kah....hihihjini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang PKR hati dah busuk dan hitam,mereka tak tau mana yang benar dan salah.Mereka juga tidak mahu menerima segala keburukan DSAI, walaupun telah didedahkan.Bagi mereka DSAI adalah ikon yang terbaik,sesuai dengan ucapan Wan Jijah, Anwar adalah anugerah tuhan.

      Delete
    2. Yg benar mu dah tak sabar nak gabung dgn Umno dan dpt adun pas jd MB.Lepas tu pakat2 balun pitih Selangor.Masa di trengganu dulu masih bodoh dan banggang jd MB.Kesian Rakyat trengganu kena klentong dgn serban mu.

      Delete
    3. Anon 19:44....nko pun dh kene jubo dek yea, psl tu dok meracau2 psl jubo anuar...rindu sggh nko kt jubo anuar tu...

      Delete
  2. part khalid jawab semua soklan ni sepatutnya dok di atas. rasanya hj hadi explain yg tu dulu sebelum yg lain2
    malaon yg atas ni plak, lu masalah apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmie.Tuan Guru HJ Hadi dah ceritakan dengan jelas dan terang,engko masih tak faham . Engko sekolah takat darjah satu saja ya....

      Delete
    2. Ngata org tak pandai jwb!Hj Hadi masa jadi ketua pembangkang mcm taik.mkn elaun but a.hujah pun mcm budak sekolah tonggong.

      Delete
    3. kahkahkah tolong bg pencerahan sket, sapa yg nak tanya soalan kat dun tp semua 10 soalan kena reject sbb tak ikut procedure.presiden parti mn ntah. first day msk sidang dah fail

      Delete
  3. Yg nk tubuh pasma sbb ape? sblum krisis mb selangor ok je pas atau sblum tu puak2 ni dh ade prancangan dn krisis mb hnya dijdkan sbb je. Mungkin puak2 ni merasakn x perlu adenye majlis syura memadai dgn jk tertinggi pas je kot mcm pkr dn dap. Wlauape pun klau x de yg menghasut prpecahan x mungkin trjadi. Nk tubuh, tubuh lh, brtambah lg lh parti nyamuk dlm tnh air kite, disyorkn pelawa tok him sekali ahli prkasa pun ramai dn pelawa juga presiden2 parti nyamuk lain yg parti2 nye hidup segan mati tk mau, kn ape nk buat ramai sikit... ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Yg nk tubuh pasma sbb ape? sblum krisis mb selangor ok je pas atau sblum tu puak2 ni dh ade prancangan dn krisis mb hnya dijdkan sbb je. Mungkin puak2 ni merasakn x perlu adenye majlis syura memadai dgn jk tertinggi pas je kot mcm pkr dn dap. Wlauape pun klau x de yg menghasut prpecahan x mungkin trjadi. Nk tubuh, tubuh lh, brtambah lg lh parti nyamuk dlm tnh air kite, disyorkn pelawa tok him sekali ahli prkasa pun ramai dn pelawa juga presiden2 parti nyamuk lain yg parti2 nye hidup segan mati tk mau, kn ape nk buat ramai sikit... ha ha ha

    ReplyDelete
  5. bagus sekali informasi yg agan berikan sangat menarik dan bermanfaat thanks gan, ijin share berbagi info :)

    ReplyDelete
  6. Yang buat masalah geng kajang move...(aku lama dah meluat dgn dia org ni terutama yg lari lintang pukang dgn bini bila nk kena penumbuk aritu) makin lama makin jahat nmpknya meka ni...tk habis habis cari salah org...lps tski dgn haji hadi lps tu dgn sultan...kenapa dia org ni ha...MAK lampir dah puas ke hati ko skrg..ko tk nk jelajah Selangor kutuk sutan ke ...lepas tu ko jelajah kutuk hj hadi pulak.kenapa skrg diam.binawe punya pompuan

    ReplyDelete
  7. Ko jgn byk ckp la hj hadi. Baik ko join kami dlm pkr jadi murayidul am.
    Ingat sikit mulut tu. Dan la dsai yg rekomen ko jadi naib president ulamak dunia.
    Kita biarkan dulu hj hadi ni melalak. Kejap lg bagi sebijik BMW x6 dia buat u turn la tuu. Jgn risau la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti PKR engko tu parti hancing, kalau dah terminum air kencing otak jadi miring.

      Delete
    2. Kalau Anuar yang rekomen TGHA jadi naib president ulama sedunia. Kenapa dia tak cadangkan dirinya jadi president ulama sedunia

      Delete
  8. Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
    Amirudin Bin Shari
    Yaakob Bin Sapari
    Mat Shuhaimi Bin Shafiei
    Mohamed Azmin Bin Ali
    Idris Bin Ahmad
    Haniza Binti Mohamed Talha
    Rodziah Binti Ismail
    Daroyah Binti Alwi

    Nama yang perlu dikeluarkan
    Wan Azizah Binti Wan Ismail

    Dengan ini selesai masalah. Apa susah

    ReplyDelete
  9. ISU MB SELANGOR
    ---------------------------

    SULTAN SELANGOR = KETUA NEGARA

    PAS = HANGTUAH, PKR = HANG JEBAT, DAP = HANG KEBUN.


    JEBAT TELAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN,

    JADI, TUAH MESTI BUNUH JEBAT,

    HANG KEBUN? CANGKUL PUN CANGKUL LAH. HEHE










    ISU MB SELANGOR
    ---------------------------

    SULTAN SELANGOR = KETUA NEGARA

    PAS = HANGTUAH, PKR = HANG JEBAT, DAP = HANG KEBUN.


    JEBAT TELAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN,

    JADI, TUAH MESTI BUNUH JEBAT,

    HANG KEBUN? CANGKUL PUN CANGKUL LAH. HEHE










    ISU MB SELANGOR
    ---------------------------

    SULTAN SELANGOR = KETUA NEGARA

    PAS = HANGTUAH, PKR = HANG JEBAT, DAP = HANG KEBUN.


    JEBAT TELAH MENDERHAKA KEPADA SULTAN,

    JADI, TUAH MESTI BUNUH JEBAT,

    HANG KEBUN? CANGKUL PUN CANGKUL LAH. HEHE










    ReplyDelete
    Replies
    1. kih..kih..kih.. hang kebun. cangkul pun cangkul la...

      Delete
    2. Kamu ingat hantu ah dan hanje bat tuh hebat sangat ker...dah laa penakut pahit, lawan megat panji alam pun main tipu tikam curi hehehe

      Delete
  10. Gang Nepotisme dalam pertubuhan, ,mereka ini Menngantung/ Memecat CheGu Bard dan TSKI kerana kepentingan kepimpinan. Orang yang berjasa dicela, kaki penjilat dijulang. Celakalah kamu Kajang Move

    Ayuuuuuhhhhh PKR perlukan reformasi dalaman.

    ReplyDelete
  11. Golongan Nepotism tidak malu mencalon isteri pemimpin jadi bakal mb Selangor.

    Ingat Bini First Rakyat Last.

    Saya tidak terkejut kalau Pro Nepotism mecalun waris/kroni/ejen Boss mereka bertanding di Pengkalan Kubur atas nama Setapak Move (Ada orang kata Che Wan Kembang Move).

    Didepan mereka berupa rupa rakan PAS, dibelakang PAS akan dituba.

    Jaga baik2 rakan ku dalam PAS. Pertubuhan yg ku cintai rosak kerana mereka ini. Jgn PAS rosak dgn janji2 manis

    Dalam senyap Kapten kapal yang menghancurkan semangat keadialan 1998

    ReplyDelete
  12. Pembaca budiman.. mengikut maklumat dalaman dari bilek gerakan siber umnu.. sume blog pro pakatan sedang dipantau

    jentera siber umnu diarah untuk beri komen yg boleh kelirukan pembaca

    oleh itu berhati hati dgn komen dia org.. kalau boleh jangan baca pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu bagus ko sembunyi dlm lubang jubo hodoh mak ko.heee

      Delete
  13. Betul tu.. kalau dibaca komen dalam blog pro pakatan.. semua dah dikacau oleh jenyera siber umnu

    dia org datang rumah org buat fitnah.. jangan baca komen dia org.. hati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. 23.02...kau terlebih makan taik penjubo tua yg dikenali.heee

      Delete
    2. Yg ko ni x habis2 dgn penjubo2 ni apa hal..itu je ke ilmu yg ko belajar ke..akai tarak ...

      Delete
  14. ye lah, ye lah...hadi ajelah yang betul...pil kudepun pil kude lee...

    Keza

    ReplyDelete
  15. Macai... sila pertahankan Hadi Awang, apa pun mesti walak.... dia tengah mamai tertelan pil kuda. Jangan biarkan dia tersungkur dalam parit.



    ReplyDelete
  16. Klau jwpan yg tski jwp semasa seisi di majlis presiden pr tghh boleh terima..aku x tahu nk kata apa dh..lebih baik tghh mngajar agama aje..jawapan tski mcm budak sekolah..lnsung x leh caya..yg heran tu tghh leh caya..

    ReplyDelete
  17. Jgn dilayan macai bn yg meroyan kat sini

    ReplyDelete
  18. Patut buat dialog di Selangor,libatkan juga pkr dan dap ..sy yakin byk persoalan yg wajib tghh jawab dr wakil Parti lain..tk cantiklah jika hanya jawab soalan ahli sendiri lebih2 lg di teregganu...

    ReplyDelete
  19. PKR TAK FAHAM BAHASA MELAYU YANG BERBUNGA BUNGA...DORANG HANYA FAHAM BAHASA JALANAN..PKR YANG NYALAKAN API MASAALAH DI SELANGAOR...PKR JUGA PERLU PADAMKAN...

    ReplyDelete
  20. Khalid dah jadi barua kroni umnu kat mana silapnya kalo dia dipecat.melayu hutan je sokong tski kat sana mana ada unifi.heee

    ReplyDelete
  21. JIJAH DAH JD MB GANTI KHAKID. TAK TAU KE ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jijah dah jadi mb ganti khalid ? Kah kah kah. . . .kah kah kah. . . .kah kah kah. . . .

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...