Monday 29 September 2014

WAJAH-WAJAH PENJENAYAH HADIR DI MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG UNTUK PERBICARAAN KES MENCEROBOH DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG



Inilah wajah-wajah penjenayah dan penyokongnya yang sedang menunggu diluar Mahkamah Sesyen Pulau Pinang sehingga dipanggil masuk untuk permulaan perbicaraan kerana kesalahan menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Pada 16hb Jun 2014,  15 lelaki telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown pada Khamis atas pertuduhan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Mei lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mereka yang terdiri daripada ahli parti politik UMNO/BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rashidah Md. Akit selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Semua mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun, didakwa dengan niat bersama menceroboh DUN Pulau Pinang di Lebuh Light di sini, pada jam 1.30 petang pada 21 Mei lalu, untuk menyebabkan ketakutan kepada setiausaha DUN, M. Maheswari.

Kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5, 000 atau kedua-duanya.

Dalam kejadian itu, media melaporkan sekumpulan lelaki menyerbu masuk kedalam premis DUN Pulau Pinang hingga menimbulkan kekecohan di dalam Dewan ketika persidangan berhenti rehat pada tengah hari.

Mereka dipercayai bertindak demikian bagi membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan ‘celaka’ kepada beberapa pemimpin Melayu dan UMNO negeri itu dalam sidang DUN sehari sebelum itu.

Kumpulan itu mulanya berhimpun luar pagar perkarangan DUN, namun kemudiannya bertindak merempuh masuk ke dalam dewan persidanngan dipercayai bagi mencari Rayer.

Rayer bagaimanapun tiada di dalam dewan ketika itu.

Pada hari itu juga, sidang DUN Pulau Pinang pada sebelah petang meluluskan usul tergempar mengutuk tindakan kumpulan berrkenaan yang terdiri daripada ahli UMNO.

Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, yang juga ADUN DAP Padang Kota ketika membentangkan usul itu menuduh kumpulan terbabit menyebabkan malapetaka, merosakkan harta DUN dan mengancam keselamatan wakil rakyat, pegawai serta orang ramai di kawasan itu.

“Dewan menuntut agar Ketua Polis Pulau Pinang dan anggota pasukan keselamatan yang berkaitan menyiasat insiden ganas itu dan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah berkelakuan ganas supaya maruah dewan dilindungi,” kata Chow.

Selepas dua jam dibahaskan, DUN Pulau Pinang meluluskan usul berkenaan dengan 25 undi daripada ADUN Pakatan Rakyat (PR) manakala semua ADUN Barisan Nasional (BN) tidak mengundi.

10 comments:

  1. La ni penceroboh la. Lepas tu jadi hero. Macam mat indra.

    ReplyDelete
  2. Yang di syaki ada kes "emas" tak de di tahan ke???

    ReplyDelete
  3. PENJENAYAH Berselindung di sebalik SONGKOK TINGGI heee

    ReplyDelete
  4. Kalau umngok semua boleh...selqm tak selam...boleh bom hqncur berkecai.....kenapa mereka ini tidak didakwa dibawah akta hasutan kerana menghasut orang ramai menjadi natang di dewan.

    ReplyDelete
  5. ni muka yg kalau tak di jemput kenduri main datang jer

    ReplyDelete
  6. Dr semangat kemelayuan memang teransang jiwa nk bersama sama mereka namun undang2 mengatasi keinginan....hidup melayu!

    ReplyDelete
  7. Macam sial je diorang tu. Kalau siang2 boleh ceroboh dewan, malam pula mesti jenis pecah rumah atau bank.

    ReplyDelete
  8. aku tgk muka diaorg udah mcm lembu kena cucuk hidung...

    ReplyDelete
  9. hahahahahahaahahahahahah..!!! geng2 songkok tinggi ni semua xboleh percaya..ahahahahahahahahahaah..!!! bangang xabis2

    ReplyDelete
  10. Siapa itu Rayer.... India mari ka.?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...