Saturday 4 October 2014

5 FOTO ... KEMALANGAN MAUT MERAGUT DUA NYAWA MELIBATKAN EMPAT KERETA DAN SEBUAH TRELER BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA.





Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.

Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.

7 comments:

  1. Hati-hati di jalan raya....semoga allah pemudah kn smua urusan...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lori trailer dan bas adalah pembunuh....kalau memandu macam setan...yang menghairankan macam dia setan2 ni boleh dapat lessen. majority mereka tidak tahu menulis atau membaca Melayu dan English ....bagaimana mereka dengan senang dapat lessen memandu trailer.....SPRM kenan siasat bagaiman pemandu lori atau bas boleh lulus lessen memandu lori dan bas...
      Kalau Di England, sekolah memandu dan pegawai JPJ yang meluluskan lesen pemandu trailer ini boleh dipenjara sebab meluluskan lesen memandu kepada yang tidak layak...Come on Menteri, selamat kami yang dari setan2 yang berraja di highway...Hukum pegawai JPJ dan sekolah memandu yang mengeluarkan

      Delete
  2. sedih lah , bila raya saja mesti ada mati accident keta....
    tak balik kampong agak2boleh mati ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatlah mati boleh berlaku di mana saja samada di daratan di lautan atau di udara...
      bila tiba masanya ia akan kembali menemui tuhannya...
      manusia hanya perlu berusaha mengelakkan bahaya......
      jangan menempah maut..tetapi maut tetap akan mengenai kita...

      Delete
  3. INNALILLAH...

    PENDAPATAN SAMPINGAN BUAT RAKYAT MARHAEN..
    MOGA2 BERMANFAAT..IN SYAA ALLAH..

    www.needjiadi.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tidak adakah upacara berkabung mcm MH17? Patut diberi penghormatan negara pd mangsa yg terkorban.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...