Monday 13 October 2014

AKHIRNYA SETIAUSAHA AGUNG BAHARU PKR, AKUI TINDAK TANDUK AMK MENCEROBOH HAK MUTLAK PAS MENGGANTUNG DUA ADUN NYA ADALAH SILAP.


Semalam ada Omak membuat suatu artikel bertajuk " NAMPAKNYA AMK SUDAH MULAI MENCEROBOH HAK MUTLAK PARTI RAKAN DALAM GAGASAN PAKATAN RAKYAT."

Jelas sudah sekarang bahawa tindakan AMK, menyelar dan membidas keras tindakan PAS adalah silap besar.

Nampaknya AMK sekarang ini tidak tahu membezakan kritikan membina yang dibolehkan dengan membodek membuta tuli.

Belajar dari kesilapan .. jangan diulangi cara hodoh berpolitik ini untuk tujuan tunjuk hebat dan berani konon.

Jika AMK berjiwa besar dan ada maruah harga diri .. perlu keluarkan kenyataan segera mohon maaf atas keceluparan mengkritik PAS tanpa tahu adab dan tata etika berpolitik dalam suatu gagasan.


Rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dinasihati tidak mencampuri urusan dalaman PAS berkenaan tindakan tatatertib parti Islam itu terhadap dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka kerana menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor, kata Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen dari PKR itu berkata, tindakan menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin daripada PAS selama setahun adalah hak PAS.

"Itu adalah proses dalaman PAS, dan saya rasa setiap parti mempunyai hak untuk menjalankan proses dalaman.

"Sepertimana kalau proses itu berlaku dalam PKR, kita menghargai kalau rakan-rakan kita tidak campur tangan, saya rasa tidak wajar kalau parti-parti lain di dalam PR cuba campur tangan," kata Rafizi kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Rafizi juga enggan mengulas lanjut berkenaan tindakan dikenakan PAS terhadap dua Adun mereka itu.

"Saya menghargai saudara Hasnul sebagai kawan baik saya dan juga saudara Saari sebagai tokoh pejuang yang saya kenal daripada muda yang saya hormati.

"Tetapi proses membuat keputusan di dalam PAS itu saya amat hargai dan saya tidak akan bagi komen atau campur tangan, dan saya tak rasa siapa-siapa patut campur tangan," katanya.

Hasnul dan Saari diberikan 15 hari membuat rayuan berhubung tindakan terhadap mereka.

Naib Ketua Pemuda PKR, Fahmi Fadzil sebelum ini membidas tindakan PAS dan mempertahankan dua Adun berkenaan.

Beliau berkata, sokongan mereka berdua adalah langkah demokratik dalam merungkaikan krisis menteri besar ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu ingin digantikan dengan presiden PKR, Dr Wan Azizah.

Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Khalid.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, dua Adun berkenaan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.

"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

9 comments:

  1. Dah Jenis kurang ajar, ape nk dihairankan, x minta maaf lg baik, dr big bos pkr hingga lah ke macai2nye ada lh keturunan umno yg bapak kurang ajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 13:11 kesian tengok jiwa kacau.... he..lhe..he..

      Delete
    2. mana ada jiwa kacau....
      lu punya.big bos mata.lebam tak sedar diri lagi jiwa kacau...
      lalu bini juga mau letak di atas..bukan di bawah...

      Delete
  2. Tu la pasai.bior la 3 tu kene gantung, kompom mereka 2 melepaih dicalon jawatan mb jika ada kangkung move (kawen umno)

    ReplyDelete
  3. OI BARUA! PENGKHIANAT. KENA BELI! korg jgn marah aku. aku cuma ikut sunnah presideng pas yg fail tu aje....

    ReplyDelete
  4. Pergi MAMPUS sama PAS....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu sasau ka.ha...
      bangsa otak udang songlap semua bangkai...
      ingat lu hebat ka..pkr n dap..
      kalau pas takada tolong lu..sudah lama lu mampos...

      Delete
  5. 2 ekor barua tu elok hantar pi dok sungai buluh bersama anawar...
    bagi depa pakat main kepala butuh dalam tu...

    ReplyDelete
  6. PR sudah ada Selangor sebagai model...maka tunjukkanlah bahawa setelah kamu berkuasa dengan mengutamakan rakyat, bukan untuk utamakan bini,kumpulan,bangsa dan fahaman politik...bezakan bahawa kamu pemimpin PR lebih berkebolehan berbanding dengan UBN...rakyat seperti saya sudah muak dengan cakap tanpa bikin para pemimpin cap ayam sardin keh keh keh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...