Saturday 4 October 2014

ANAK MUDA MENJAWAB DENGAN FAKTA, BERNAS DAN JELAS ISU LENSA HANTAR MEMORANDUM DESAK PAS HENTI CETUS KETEGANGAN DALAM PAKATAN RAKYAT.



Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa.

LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan.

Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang?

Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'.

Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini?

Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini.

Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini.

Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan.

Bukan lembu dicucuk hidung

Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya.

Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan.

Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini.

Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan?

Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan?

Mesyuarat 17 Ogos

Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu.

Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain:

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR).”

Hilangnya suara anti-GST

Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan.

Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan.

Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor.

Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan institusi istana.

Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar.

Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu.

Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor.

Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan.

Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset.

Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian.

Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa.

Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini.

Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus.

Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik. Salam 20 sen.




AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah.

40 comments:

  1. Sokong Omakkau, tapi bukankah TSKI terlebih dahulu memecat DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor? Korang hajak punya TSKI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Sejak 15 tahun lalu, apa yang Anwar dan isterinya buat? Mereka tak ubah bagaikan pemimpin ‘touch n go’. Selepas menang bertanding mereka pulang ke Kuala Lumpur dan hanya sekali sekala pulang ke kawasan, itupun hanya untuk ceramah,” katanya.

      Delete

    2. Menarik hari ini

      Waktu Solat
      Laporan Cuaca

      Berita Utama
      Dalam Negeri
      Wilayah
      Laporan Khas
      Parlimen
      Politik
      Luar Negara
      Sukan
      Bisnes
      Mahkamah
      Jenayah




      Agama
      Keluarga
      Hiburan
      Rancangan TV
      Feminin
      Pendidikan
      Sains & Teknologi
      Agro
      Kesihatan
      S3
      Polis & Tentera
      Sastera

      Rencana
      Cuit
      Selak
      Awang Selamat
      Kolumnis
      Forum
      Catatan Kembara

      Classifieds
      Portal Pendidikan
      Kosmo! Online
      Mangga Online
      Saji Online
      MyBooks
      Kareer
      Utusan Karya
      Laman Xtive
      DALAM NEGERI

      Kah rasa DSWA peduli dgn wsrga Kajang. Ayoh Azizah pi melawat. elaun Adun bukan untul beli cendol semata.


      ARKIB : 17/07/2014
      Ponteng sekolah jaga bapa sakit



      Oleh Norliza Abd. Rahman
      pengarang@utusan.com.my

      Mohd. Azirol ketika ditemui pemberita di Kajang, baru-baru ini.
      KAJANG 16 Julai - Seorang murid tahun tiga terpaksa 'ponteng' sekolah hampir sebulan kerana perlu menjaga ayahnya yang diserang penyakit saraf secara tiba-tiba sejak beberapa bulan lalu.

      Mohd. Azirol Mohd. Khirudin, 9, juga terpaksa mengorbankan masa dan tenaganya untuk menguruskan makan minum ayahnya, Mohd. Khirudin Mohd. Yaakub, 44, yang kini terlantar sakit.

      Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama itu memberitahu, sejak jatuh sakit kira-kira tiga bulan lalu ayah dijaga ibu, namun apabila ibunya berpindah ke Melaka, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut.

      "Mama kata dia pergi kerja kilang dekat Melaka, kadang-kadang ibu ada telefon saya untuk tanya khabar, saya rindukan ibu,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.

      Menurut Mohd. Azirol yang mesra dengan panggilan Haziq, rutin hariannya adalah memasak nasi dan meletakkan sebiji telur di dalamnya untuk dibuat lauk sebelum menikmati makanan ringkas itu bersama-sama ayahnya.

      Jika ayah memberi duit, dia akan berjalan kaki ke kedai yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah untuk membeli ayam goreng.

      "Saya rindukan mama, saya nak pergi sekolah, nak jumpa kawan-kawan tapi ayah minta temankan dia di rumah sebab sakit tak boleh berjalan. Ayah cuma boleh mengesot untuk ke bilik air,'' katanya.

      Mohd. Azirol memberitahu, keluarganya sebelum ini menetap di Kampung Suriati, Papar, Sabah sebelum berpindah ke Taman Kajang Utama kerana ayahnya mendapat tawaran kerja sebagai pemandu lori ais.

      Dia yang pernah bersekolah di SK Kampung Suriati, Papar, dalam nada sedih memaklumkan hanya mahu ibunya pulang ke pangkuan bapanya supaya mereka sekeluarga dapat hidup bersama kembali.

      Delete
  2. Kemelut selangor menujukkan pemimpin pas xlayak jd pemimpin..xpantas berfikir dan buat keputusan... Keputusan yg dibuat dgn hanya sembrono tanpa hadir dan bermesyuarat terlebih dulu...pas u turn banyak,.. Dan tu pas juga menyalahkan org lain membuli sedang dlm meeeting xda dan xmembantah... Juga suara pas di dewan parlimen tidak kedengaran sejak akhir akhir... Pemimpin d lihat byk mengejar harta dari membela rakyat... Xkesah le kita d beri jawatan ke tidak asalkan rakyat terbela... Tu yg utama sebagai seorg pemimpin rakyat... Rakyat dah tengok perkembgn d selangor dan dah menilai sebab tu le pengkalan kubur kalah teruk... Isyarat telah kelihatan... Negeri yg majoriti pas pun boleh kalah di saat rakyat penuh dgn isu dan sarat masalah yg bn create tetapi rakyat terus pilih bn... Pas jgn syok sendiri... Anda xkan mampu memerentah sendirian... Anda semua masih terlalu daif dlm berpolitik... Peluang terbaik anda berkubur bersama pemimpin BnB serta kecelaruan dgn pil kuda... Sorry ya pas... Anda nak selamat mka buang le hj hadi... Buang le nik abduh mulut longkang tu dan juga mustapha li serta zuhdi dan pemimpin baca doa utk memusnah sesama islam yg terus wala dgn pemimpin yg bukannya maksum pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pas dapat 15 kerusi pkr kena ingat pkr ada 13 kerusi jer di sgor....lu jgn nak berlagak......tampa dikongan pas assmin x jadi mb sgor....yg pkr singlap barua pas sokong jijah dlm langkah paling bangang di kajang ko nk campak kemana....lsngksh paling bangang dikajang kerja sapa.....kerja pas ke atau kerja bangang Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI)........??

      Delete
    2. Anon 13:14

      Hujah kau macam samseng jaga parking motor kat Pertama Komplex...he..he..he.. aku harap kau bukan penagih dadah...he..he..he..

      Delete
    3. 11.44
      hujjah awak tanpa fakta..
      macam budak darjah 6..
      awak hanya merujuk akhbar suara keadilan..inilah jadinya..
      boleh berambus la pkr...sekali lagu pru ...pkr akan bungkus..pas tak akan tolong...
      balik le duduk ceruk tok kun...

      Delete
  3. Ulasan omak kau pun sudah jadi macam ulasan macai umno. You cant anyone to always accept your view.

    ReplyDelete
  4. BUKIT MERTAJAM, 2 Mei (Bernama) -- Seorang warga emas berusia 102 tahun
    hari ini menyifatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang
    yang hanya mahu undi daripada rakyat tetapi tidak pernah mempedulikan nasib
    golongan miskin dan warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh.
    S.E Abdul Hai Ibrahim Lebai berkata sejak pertama kali menjadi wakil rakyat
    kawasan itu pada tahun 1982, Anwar tidak pernah menziarahi golongan itu termasuk
    dirinya sendiri.
    "Anwar tak pernah datang melawat pakcik. Beliau pun tidak kerap turun padang
    dan tidak membantu rakyat biasa di Permatang Pauh," katanya.

    ReplyDelete
  5. Lensa gagal nampak yang Pas dilayan macam anjing.

    DAP dan PKR buat dulu keputusan kemudian minta PAS setuju. Jadi apalah peranan pas dalam PR? Pengacau undi Melayu?

    Jika PAS dianggap sebagai rakan macam inikah pas dilayan? Dibelakangkan ketika membuat keputusan. Minta bersetuju setelah keputusan dibuat, pas setuju atau tidak keputusan sudah dibuat. So pas kena telan sajalah. Macam pas ini terlalu dungu untuk decision making.

    Kerusi mereka pun diambil oleh pkr.

    Pas have no say in pr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13:06

      Kau mempertahankan PAS dengan emosi tanpa melihat punca masaalah dan kau sendiri tidak faham politik jenis apa yang PAS mainkan..... itu pasal bunyi ayat yang kau tulis seperti orang telan pil kuda.

      Delete
    2. Anon 1408

      Ko pun xde hujah kecuali pil kuda.

      Delete
    3. PKR PAS DAP elok berpecah...tak perlu bersatu...
      kerana pkr nak cucuk hidung semua rakan perjuangannya..
      awak pkr berjuanglah sorang2
      demi wan jijah.. bung anwar..
      melayu elok berpecah demi daripada dibuli oleh keturunan dna umno..
      biar pkr berjuang sendirian kerana mereka jenis syok sendiri

      Delete
  6. Blogger rojakpasembor mintak anwar saman pekah pasal gaji rm1 ringgit klaim elaun sepanjang jadi punaisehat sgor sebanyak 15juta.....elok la tu bang non bab saman mdnyaman mme kesukaan bang non.....bila lg ni saman pekah rakyat sgor nk tau gaji 1 ringgit klaim smpi 15 juta....babi ooo babi...formula apa yg punaisehat sgor pakai klaim smpi 15 juta.....assmin tunggu bulan november undi tak percaya sidang dun sedang rancak berjalan dalam diam- diam anwar main sedang rangka stretegi .......tunggu november ini......assmin mb paling singkat memerintah di sgor....ilihanraya kecil sgor akan diadakan bila2 masa yg sesuai untuk malukan assmin.....prk mana....? Tungguuuuuu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sokong bang non...
      la ni takmau dah... suruh bang non balik dok cerok tok kun...
      buat kerja bodo lepas tu nak salahkan orang lain....pa ni bang non and the geng...

      Delete
  7. Anon 14:14 apa yang kau merepek ni, mak bapak kau tak ajar kau ke

    ReplyDelete
  8. Salam 1rasuah,

    Bukankah membentuk mindset dan mentaliti termasuk dalam sistem pendidikan. Jadi kenapa pula sistem pendidikan BN tidak boleh dipersalahkan?

    TSKI adalah seorang yang korup dan ingkar arahan parti. Pihak atasan ada perancangan yang lebih besar yang memerlukan semua ahli parti untuk bekerjasama tapi kerana sesetengah nya enggan perancangan tidak dapat dijalankan. Masuklah mereka dalam golongan yang ingkar seperti Zulkifli Nordin, Zaharin, dan TSKI.heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
  9. Omakkau takde life. Xde family. Org lain sibum beraya die sibuk dgn blog. Xbuat kuih ke.kemas rumah ke.siapkan baju baru ke.

    ReplyDelete
  10. PAS perlu berehat dari landscape politik Malaysia buat masa ini selagi ada tanda-tanda beriya dalam tindakan yang menghala kepada "unity gomen" dengan ummo.
    Unity umno is not good for Pakatan. Jadi soal nak bela TSKI ni tak betul sebab berlawanan dengan kehendak komponen Pakatan. Selagi ada nawaitu nak unity umno, selagi tu pimpinan Pas tak sehaluan dengan Pakatan. So please get out mentality unity dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unity gomen pala hotak hang. Bodo piang.

      Delete
  11. Umo 24 tak abis blaja g... lembam ke ape?

    ReplyDelete
  12. Hujah mengatakan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini sebenarnya tidak relevan. Malah tindakan itu dipandang sebagai biadap kerana mencampuri urusan dalaman parti rakan

    PAS berpandangan bahawa ADUN Kajang yang meletakkan jawatan sebagai ADUN tanpa sebarang sebab yang munasabah telah memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil sebenarnya bukan masaalah parti PAS.

    ADUN Kajang yang meletakkan jawatan adalah dari parti PKR maka tidak timbul soal perletakan jawatan itu perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu dari rakan Pakatan Rakyat kerana peletakan jawatan itu adalah strategi parti PKR bagi membaik pulih masaalah dalaman parti itu.

    Perlukah pemimpin PAS mendapat persetujuan dari rakan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum memencat ahli parti nya yang bermasaalah

    Apakah PAS akan menurut kata PKR dan DAP jika mereka kata jangan pecat orang itu sedangkan orang itu sedang melakukan banyak kerosakan dalam parti PAS ?

    Haji Hadi Awang sendiri pernah berkata bahawa PKR, DAP dan PAS bukan satu parti bermakna setiap keputusan adalah terletak pada parti masing-masing.

    Bukan saja Sultan Selangor malah semua rakyat Malaysia tahu tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' adalah punca kepada krisis di Selangor untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim dari jawatan mentei besar. Itu adalah fakta.

    Dan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

    Memang diakui Anwar berkata seumpama itu kerana pada awalnya Khalid Ibrahim bersetuju mahu meletakkan jawatan secara sukarela. Itu sebabnya tidak timbul mahu menjatuhkan kedudukan Khalid.

    Tapi setelah mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman pada Anwar dengan lima tahun penjara diatas kes liwat II, Khalid Ibrahim telah menukar pendiriannya akan terus kekal memegang jawatan menteri besar sehingga akhir penggal perkhidmatannya. Khalid Ibrahim telah ingkar janji pada partinya sendiri.

    Maka tindakan tegas perlu dilaksanakan dan Wan Azizah terpaksa ambil tempat Anwar bagi merealisasikan Khalid Ibrahim mesti diterajang dari kerusi menteri besar.

    Tak perlu diterjemahkan kesalahan Khalid Ibrahim dihadapan masyarakat cuma perlu diingatkan bahawa apabila parti yang melantik maka parti juga berkuasa untuk memecat ahlinya berasaskan pada peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

    Kalau ditanya apa sebenarnya yang berlaku dalam negeri Selangor ? Orang yang mengikut perkembangan politik semasa akan berkata “PKR buang taik.....DAP sokong.... tapi sehingga hari ini PAS tak mahu berhenti main taik...”

    Oleh kerana itu tindakan LENSA ada baiknya menegur sikap pemimpin PAS agar jangan terus menerus main taik sehingga tidak sedar rakyat Selangor sudah benci pada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei sudah2 la...banyak isu lain nak sembang. Tak habis2 nk gaduh. Meluat dah oiiiiii

      Delete
  13. Ini masalah mb selangor bukan adun kajang. Pas ada hak kalau urusan mb kerana pas paling bnyk kerusi. Ngok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 16:36
      Masaalah adalah bermula dari perletakan jawatan ADUN Kajang.....sebelum jadi Langkah Kajang...

      PAS ada 15 kerusi saja tapi sebelum memecat Khalid Ibrahim, PKR ada 14 kerusi ADUN dan DAP 15 bila bergabung menjadi 29 kerusi majoriti.

      Itu sebabnya PAS terpaksa kata kerusi MB adalah hak PKR kerana DAP sokong calon dari PKR jadi MB bukan dari PAS.

      PKR dan DAP membiarkan saja PAS meroyan dalam hal menteri besar kerana itu adalah strategi politik dalam menilai kewibawaan PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat. Ada faham ka ?

      Delete
    2. Kah kah strategi nk menilai pas la konon...dah kantoi langkah bangang kajang pandai nak kona baring salah kan pas kah kah ...ko ni sama bangang mcm anwar ibrahim.....selamat berihat di resort sg buloh.....berihat smpi mampos...

      Delete
    3. Anon 1718

      PAS adalah tunggul? Baru aku faham. Drpd korang bergaduh sesama sendiri baik salahkan umnobn je. Dpt juga pahale.

      Delete
  14. Pkr membutakan mata tentang krisis yg dicetuskanya diselangor,asyik menyalahkan pas siapa mencipta langkah kajang? Siapa yg memaksa sultan untok menerima wan azizah jd mb?siapa menginyayai khalid ibrahim?siapa yg menerima sd saari sungip dan hasnul baharudin tanpa merujuk kepada pas terlebih dulu?jawabnya pkr celaka inilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR, PAS, Sultan, saari, hasnul dan Khalid Ibrahim.... Masing-masing berhujah mengatakan mereka dipihak yang betul..... siapa yang betul ?

      Atau kau yang bahalol ?


      Delete
  15. Apa sal omak ko tunjuk gambar ngo LENSA...tunjuk video anang safwan ngo LENSA kena belasah kaw kaw dengan pemyda pas...jelas ssgt percakapan mereka cukup meluat menyampah dengan streegi paling bangang anwar ibrahim.....alahaii...dah...kantoi langkah bangang kajang macam2 la anwar nk slip story melalui anak ikan LENSA....ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 17:29

      Semua orang tahu Langkah Kajang telah berjaya dalam misinya menerajang Khalid Ibrahim dari jawatan menteri besar. Langkah Kajang bukan strategi Anwar Ibrahim tapi Rafizi Ramli.... ramai yang kantoi tuduh Anwar termasuk kamu yang bangang.

      LENSA prihatin terhadap pengaruh PAS dalam Selangor sudah berkurangan. Mereka bertindak bagi pihak anak muda yang tidak berparti agar PKR, DAP PAS bersatu semula kerana sultan sudah memilih Azmin Ali dan Pakatan Rakyat pula telah merestui dan melantik Azmin sebagai menteri besar.

      Kemelut sudah selesai tapi sehingga hari ini kemelut dalam PAS tidak selesai.

      Kalau kau rasa pemuda PAS yang belasah Anang Safwan sebagai moral kemenangan pada PAS, sangkaan ku adalah silap..... anak muda akan bertambah benci dan mereka akan kata PERGI MAMPUS SAMA ULAMAK PAS...

      Tanpa sokongan anak muda PAS boleh jadi apa ?

      Delete
  16. Replies
    1. Aku sokong PKR... He..he..he..

      Delete
  17. kah kah kah....strategi rafizi tapi yang sibangang anwar Ibrahim ikut pasai apaaa... kah kah...elok adun cina kajang tu ko tending bagi kat anwar nak tanding tapi last ganti jijah reote control,,,tu fakta bodo....bang non bangang tu lawan sapa pun kalah...lawan Tun Dr M dia tewas...lawan Tun Bedullah aki tido pun kalah...lawan Sepol pun kalah...lawan TSKI gagap pun kalah ...at last Assmin jadi MB,,,jijah gigit jari ahakss,,,langkan paling bangang dari Anwar Ibrahim kerja sapa PKR kaa atau dari PAS...PAS bertindak sebab barua PAS si bangang Anwar punya kerja sebab dah terdesak..cemas..takut bayang bayang sendiri sampai anwar cilok barua PAS buat akuan bersumpah...Fakta 15 kerusi PAS kena ingat la bodo PKR ada 13 kerusi jer....Adi pun dah ckp PAS tak pelahap pasal MB Selangor yang LENSA sibuk na spin citer pasal salah PAS pasai apa...?Yang pasti langkah kajang paling bangang dari anwar lah menyerlahkan kebangangan anwar Ibrahim....kah kah tanpa sokongan anak muda PAS boleh jadi apa...statement ko ti silap bangang....tanpa sokongan PAS assmin boleh jadi MB ka....?Tanpa PAS ....PKR boleh hidup ka...??PRU nanti kamu tengok PKR cuma ada kurang 5 kerusi dalam Sgor...tungguuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala-galanya sudah selesai...yang belum selesai dan tidak akan selesai ada lah PAS dan UMNO Baru. ..he...he..he

      Delete
    2. Umno Baru adalah parti paling Bangang dlm Malaysia.padai buat hutang ratus2 billion akhirnya rakyat yang kena perah bayar macam2 cukai dan kos.

      Delete
  18. NASIHAT-MENASIHATI ITU BAIK SELAGI IANYA BERADA DI LANDASAN YG DIGARISKAN OLEH ISLAM..DAN LAWAN TETAP LAWAN..!!!

    PENDAPATAN SAMPINGAN BUAT RAKYAT MARHAEN..
    MOGA2 BERMANFAAT..IN SYAA ALLAH..

    www.needjiadi.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Saya berpengalaman menjaga staff yg ada masalah disiplin di tempat kerja
    Apabila saya menegur sikap indiv tersbt selalu nya indv tersbt akan mengaitkan org lain Lalu saya jawab sessi pertemuan hari ini ialah masalah dia dan dng mengaitkan org lain tidak akan menyelesaikan masalah Kerana indv tersbt seolah olah tidak mahu berubah selagi org lain tidak berubah

    Apakah PAS tidak akan berubah jika PKR dan DAP tidak berubah?
    Adakah Islam mengajar kita begitu ?

    ReplyDelete
  20. Pkr pas saari hasnul semua berhujah mereka yg betul,tapi kau yg buta tk tahu mana satu yg betul, pkr akan mampus pru 14

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...