Tuesday 21 October 2014

AZMIN TERJAH KAWASAN TANAH RUNTUH DI FLET TERATAI BUKIT BERUNTUNG, KUALA KUBU BAHRU .. SETUJU HULURKAN BANTUAN RM500,000 UNTUK KERJA PEMULIHAN DAN RM150,000 UNTUK BANTUAN BENCANA.



Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan RM500,000 untuk kerja pemulihan kepada mangsa tanah runtuh di pangsapuri teratai di Kuala Kubu Bharu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan RM150,000 untuk bantuan bencana kepada 120 keluarga yang terbabit dengan tragedi terbabit.

“Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Tanah akan memantau pergerakan tanah. Keselamatan penduduk menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.,” katanya melalui laman Twitter.

Beliau turut mengadakan tinjauan ke lokasi kejadian itu yang turut disertai Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu serta Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong, kira-kira jam 1.30 petang.

Terdahulu, lebih 500 mangsa dan 120 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan di Bukit Beruntung ekoran tanah runtuh berkenaan, setakat jam 4 pagi tadi.

Tiga pusat pemindahan itu adalah Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan 2 serta Sekolah Menengah kebangsaan Taman Bunga Raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kerapan hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan apabila satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku, sejak petang semalam.

ULASAN OMAK KAU:-


Kerja dan tindakan pantas ini Omak sokong ... dua ibu jari naik atas.

Mana yang patut diberikan pujian jangan kita kedekut puji, tetapi jika melakukan kesilapan dan kesalahan perlu berjiwa besar menerima teguran dan kritikan asalkan bukan berbentuk penipuan dan fitnah.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

20 comments:

  1. Wehh tengok tu bagus YB Azmin usha orang ada masalah. Inilah pemimpin. Dulu TSKI pun bagus jugak melawat dan prihatin masalah rakyat marhaen. All for the best.
    Tak jauh dari tempat aku tu (Ulu Yam)

    Jangan ikut Izzah, orang susah bersepah ramai kat Pantai Dalam lagi mau pi function anjing. Pi la perhiatn kat anak yatim, kan lagi baik.

    Jangan Layan orang macam Rafizi, Pandan banjir ka apa ka, hampeh tak peduli. Balik2 strategi rongak dia.

    Boy Ulu Yam
    Reformist Sejati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boy Ulu Yam:

      Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:
      Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
      (Surah Humazah: 1)
      Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

      Delete
  2. Diharap gang Kajang Move jangan sekali mensabotaj MB Azmin seperti mana kamu sabotaj TSKI.Cukup2lah bodek boss dan keluarga boss Mahligai Segam-boot.

    Kami tahu yang kamu semua mengadu domba untuk menjatuhkan kepimpinan Selangor sekarang untuk diambil alih oleh keluarga tertentu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu kata orang mengadu domba. Mu tengok diri mu pula:

      Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:
      Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
      (Surah al-Qalam: 11-13)
      Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
      Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
      (Hadis riwayat Muslim)

      Delete
  3. Betullah nampak gaya Azmin prihatin kepada rakyat. Dulu TSKI pun kasih kepada rakyat marhaen cuma dia kena sabotaj dgn Gang Kajang Move.

    Sdr Azmin, hati2 ya kepada gang Kajang Move. Saya khuatir mereka merencana untuk sabotage kamu.

    Kepada Anak Sulung Mat Cherok Tok Kun, daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh anjing, lebih baik penganjur membuat kempen menyapu kepala anak yatim.

    Tapi mungkin pada Cherok Tok Kun Junior, mungkin kempen seperti itu untuk mengatasi masalah rakyat yang tertekan akibat kenaikan harga minyak RON95 dan diesel baru-baru ini atau mungkin mengubat hati anak yatim.

    Tulang Ayam
    Malagasy Waves

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadiah dari seorang sohabat untuk Tulang Ayam:

      Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
      Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”
      Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
      (Hadis riwayat al-Bukhari)
      Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

      Delete
  4. Adakah kempen usap anjing dapat membantu tanah runtuh di Kuala Kubu.

    Disini saja kita boleh tengok YB Azmin menjalankan tugas, yang perempuan fius tu pulak menjalankan merapu meraban

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko pun sama
      merapu meraban

      Delete
    2. Hadiah untuk saudaraku 17:58:

      Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba
      1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
      Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
      (Surah al-Hujurat: 6)

      Delete
  5. Go azmin go...
    Yang baik kita bagi thumb up

    ReplyDelete
  6. Satu lagi boleh ikut, pemimpin yang baik macam YB Azmin dan TSKI adalah YB Dr Rani.

    YB Dr Rani bersama pimpinan JKKK dan AJK Surau Mat Som telah meraikan 25 orang anak yatim dan lebih 37 orang pelajar tahfiz dalam majlis di surau tersebut..

    So YB Pantai, pi la melawat orang susah kat Pantai tu. Jangan layan fil sangat sampai rakyat susah pun kamu tak peduli

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sayik nak berK-pop aje.

      Delete
    2. Jangan tau nak gangnam style jer

      Delete
    3. Hadiah untuk saudaraku 18:02:

      Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:
      Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
      (Surah al Hujuraat: 12)

      Delete
  7. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Pertama Tulang Ikan gembira amat sangat Azmin naik MB. Syukur rencana biniboss Kajang Move gagal

    Tulang Ikan rasa sia2 perjuangan Tulang Ikan dalam PKR sejak umur 9 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga

    Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Ikan selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Besi yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu..

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji.

    Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG IKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulang ikan:

      Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

      Delete
    2. Sahabatku Tulang Ikan @ Boy:

      Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).
      Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

      Delete
  8. Apa yang perlu kita lakukan bila melihat/ mendengar ada pengadu domba/ namimah:

    1. Tidak langsung menerima ucapan orang itu karena tukang adu domba adalah orang fasik yang omongannya tidak boleh dipercaya.
    2. Melarangnya melakukan perbuatan tersebut, memberikan nasehat dan mencela perbuatannya.
    3. Membencinya karena Allah. Hal ini disebabkan dia adalah orang yang Allah benci. Sedangkan membenci orang yang Allah benci adalah suatu kewajiban.
    4. Tidak berburuk sangka kepada orang yang terkena adu domba.
    5. Tidak boleh mengintai-mengtai dan mencari-cari kebenaran berita yang baru saja dia terima.
    6. Namimah yang dia dengar tidak boleh menyebabkannya membalas dengan namimah pula. Dia tidak rela dengan namimah yang dilakukan oleh tukang adu domba itu. Karenanya seharusnya dia tidak menceritakan namimah yang dilakukan oleh tukang adu domba tersebut.

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk MB Azmin.
    Insyallah Azmin boleh menjadi sama seperti MB terdahulu, TSKI.
    Jika gigih berusaha utk kebajikan rakyat, Azmin boleh menjadi lebih baik lagi.

    Ya Allah, berilah kebaikan kepada rakyat Selangor dan Pemimpin Selangor.
    Amin Ya Rob.

    ReplyDelete
  10. Ni Sumer Poyo...21 October 2014 at 22:41

    Haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...