Sunday 12 October 2014

BILA MB SELANGOR BAHARU NAK TERJAH SUNGAI SELANGOR UNTUK KETAHUI PUNCA PENCEMARAN SEHINGGA 3 LOJI DI TUTUP??????



Lembaga Urus Air Selangor (Luas) masih belum menemui lokasi punca pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan beberapa loji rawatan air (LRA) dihentikan operasinya, malam tadi.

Pengarahnya Md Khairi Selamat berkata Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang diurus setia LUAS bergegas ke sungai itu sejurus menerima maklumat dan mengambil sampel kesan minyak di muka sauk sungai untuk dianalisis bagi mengenal pasti kandungannya.

"Ujian bau dan analisis minyak secara insitu juga telah dijalankan setiap jam sehingga kini.

"Siasatan pasukan kecemasan yang dijalankan sehingga awal pagi ini di Sungai Batang Kali, Sungai Rawang, Sungai Garing, Sungai Gong dan Sungai Sembah tidak dapat menemui punca pencemaran.

"Siasatan lanjut akan diteruskan lagi untuk memastikan punca (pencemaran) tersebut," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan oleh Bernama hari ini.

Menurut Md Khairi, hasil penurunan kadar kesan minyak yang dianalisis di muka sauk Sungai Selangor membolehkan loji rawatan air terlibat beroperasi semula mulai 5 pagi, lapor agensi berita nasional itu lagi.

Menurut Md Khairi, Luas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sedang bertungkus-lumus menangani perkara itu.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab terhadap pencemaran itu, lapor Bernama lagi.

"Diharap orang ramai dan semua pihak memastikan setiap aktiviti yang dijalankan tidak mencemarkan sumber air bagi mengelak sebarang gangguan bekalan air kepada pengguna," beliau dipetik sebagai berkata.

3 loji tutup

Bernama sebelum ini melaporkan SYABAS menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan hari ini berkata berkata loji rawatan ditutup sejak 8 malam, semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari.

“Tangki-tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas sehingga bekalan air kembali pulih,” beliau dipetik sebagai berkata.

TERJAH TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH HARAM SUDAH ... TAHAN LORI ANGKUT SAMPAH HARAM PUN SUDAH ... TERJUN LONGKANG TERSUMBAT PUN SUDAH ... BILA PULA NAK TERJAH SUNGAI SELANGOR BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT TERUS SECARA LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI MENGAPA BERLAKUNYA PENCEMARAN SEHINGGA MENYEBABKAN 3 LOJI TERPAKSA DI TUTUP.

TERJAHAN MESTI KONSISTEN .. KERJA KUAT BUKAN SAHAJA UNTUK 100 HARI TETAPI SEPANJANG MASA SEPERTI MANA DIKATAKAN SEHARI LEPAS ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB BAHARU SELANGOR.

PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG TAKSUB SUDAH JAJA KISAH YANG MB BAHARU SELANGOR JENIS TURUN PADANG .. JADI RAKYAT SELANGOR NAK LIHAT BETUL KE ATAU HANYA SANDIWARA UNTUK BEBERAPA HARI DAN TEMPAT TERPILIH SAHAJA.

KERBAU DIPEGANG PADA TALINYA DAN PEMIMPIN PADA JANJI-JANJINYA BUKAN PADA LAKUNAN WAYANG TINGGINYA.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

8 comments:

  1. Hahaha...
    Kerbau dipegang pada talinya
    Pemimpin dipegang pada janjinya.

    Teruskan azmin, teruskan.
    Go azmin go
    Jangan mengalah pada Omak Kau.

    ReplyDelete
  2. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

    Kenyayaan diatas terutama kpd puak2 mahligai segambut Dan gang Kajang move. Kalau TSKI boleh dianiaya kerana dinasti keluarga apakan lagi ahli biasa macam kamu.

    Jadi bila Rafizi nak pecat semua ahli biasa macam kami.

    Dey rafizi kasi tunjuk balik kau punya PECAT macam ucapan turtle kau pada pwrhimpunan parti baru2 ni.

    Bagi saya 2 puak INI adalah pengkhianat teformasi

    ReplyDelete
  3. Selangor kan negeri maju dan terkaya.kilang brlambak tu pasai brlaku pncermaran sungai.tu pon x tau ker.

    ReplyDelete
  4. Bila nak terjah jamban. Pastikan ianya cukup bersih, barulah aktiviti harian dapat dibuat dgn sempurna.

    ReplyDelete
  5. Lain mcm je bahasa kau wahai omak kau ...

    ReplyDelete
  6. Sat g dia p la...apa2 pun omak kau tak dijemput dah..omak kau is dead
    .org siam mana leh dipercayai..siam org bn selalunya

    ReplyDelete
  7. Pencemaran sosial camna plak, bangla indon monggol mencemari negeri terkaya.

    ReplyDelete
  8. Omak kau ni pe hal?beri masa n peluang pihak yg berkenaan buat siasatan dulu..ni dia lak lebih kuah dari sudu..smuanya trus nk serang mb baru tak pasal2.apa awak tu baik sangat ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...