Saturday 11 October 2014

DAP KASI DEDAH, PENGARAH JABATAN PERHUTANAN SABAH (JPS) PEGANG JAWATAN SYARIKAT YANG MENDAPAT KONSESI BALAK.



DAP Sabah mendedahkan Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) Datuk Sam Mannan memegang jawatan dalam syarikat subsidiari Yayasan Sabah (YS) yang turut mendapat konsesi balak di negeri itu.

Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin menerusi satu rakaman video mendedahkan JPS tidak memeriksa nombor dan jenis kayu yang ditebang dan diangkut dari kawasan konsesi YS, dipercayai menyebabkan kerugian jutaan ringgit royalti balak.

Menurut Chan, Sam didapati memegang jawatan dalam dua syarikat, salah satunya Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBJ), anak syarikat milik penuh YS yang menguruskan konsesi hutan di bawah Pengurusan Hutan Lestari terdiri dari 241.098 hektar tanah di Ulu Segama dan Hutan Simpan Malua.

Siasatan lanjutnya turut mendapati Sam memegang banyak jawatan dalam syarikat yang mendapat anugerah pelbagai projek komersial di negeri itu.

“Ini jelas merupakan konflik kepentingan. Dari satu sisi, Sam mengetuai JPS yang diamanahkan untuk menguruskan hutan dan mengawal selia aktiviti perhutanan.

“Pada waktu sama dia juga adalah orang yang duduk sebagai Lembaga Pengarah RBJ. Saya terkejut mendapati Sam adalah salah seorang daripada Lembaga Pengarahnya.

“Jadi, adakah dia memotong pokok dan memantau sendiri bilangan pokok yang ditebang?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Chan yang juga Adun Sri Tanjong mendedahkan, Sam turut memegang jawatan pengarah syarikat Serijaya Industri Sdn Bhd, Innoprise Corporation Sdn Bhd dan Innoprise Plantations Berhad.

“Semua ini adalah anak syarikat YS yang menjalankan aktiviti perladangan hutan di kawasan konsesi.

“Nampaknya Sam melanggar amalan pengurusan hutan mapan. Bagaimana kita boleh mempercayai pengurangan ketara royalti balak kalau tidak diakibatkan oleh kebocoran?” soalnya.

Beliau menggesa Sam meletakkan jawatan sama ada sebagai Lembaga Pengarah YS atau sebaliknya, untuk membuktikan bahawa dirinya tidak terlibat dalam kegiatan komersial negeri.

1 comment:

  1. Aku mmg dh lma syak lembu manan seko ni..harap spr sabah jgn dgar je bnda ni kena siasat..umno dh mula rosak dn d rosakan oleh parasit2 mcm sam manan ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...