Thursday 23 October 2014

DIESEL NAIK 10% @ 20 SEN SELITER, TAPI PENGUSAHA BAS MAU NAIKKAN TAMBANG BAS SEKOLAH SEBANYAK 30% .. ADAKAH PATUT????



Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.

Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.

“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.

“Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.

Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.

Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.

“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.

“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.

Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini.

9 comments:

  1. Ni Sumer Poyo...23 October 2014 at 12:36

    Haktuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sakit tekak duk dediam jgn komen.tu la bapak hang kering sikit emak hang...teruih hqrktuih...

      Delete
  2. Naik lg tinggi lg baik, dh tk mampu x yah naik bas, pakat semua jalan kaki atau naik basikal je ke sekolah mcm zaman tuk nenek dia org dulu, biar bengkrap bas sekolah ... dh najib nk jadikn rakyat susah mcm ni nk buat mcm mne...protes nnti kene tangkap pulak, terima je le keadaan hanya satu je jgn sesekali tinggalkn maki hamun kita kt najib biar dia sengsara smpai lh dia kiok....

    ReplyDelete
  3. Spad goyang telor ke? Esok2 syrkt teksi, bas ekspres pula diberi kebenaran menentukan harga dengan orang ramai....peranan dan fungsi agensi kerajaan setakat pemantauan bukan penguatkuasaan....makin sial celaka puak2 ketuanan ni...
    Bas sekolah naik tidak membebankan
    Minyak naik tidak membebankan
    Tol naik tidak membebankan
    Letrik naik tidak membebankan
    Air naik tidak membebankan
    Cukai naik tidak membebankan
    Besok diakhirat korang pikul lah bebanan orang2 teraniaya atas kezaliman ini....skrg enjoy dulu!!!

    ReplyDelete
  4. Jangan penting diri.
    korang makan gaji tiap tahun naik gaji. Tiap tahun dapat bonus.
    Korang ingat drebar bas tak ada perasaan me?. Diaorang pun teringin jugak nak dapat lebih.
    Takkan nak tengok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau banyak duit kau bg lh...sape lh yg nk larang ...

      Delete
  5. malangny dlm situasi ni sy tpaksa menyokong syarikat bas....da lama nau nmpkny xnaik hrga....aku kerja jual brg 'x' selalu pakai lori.cikai2 aku pakai 6tan lori...everytime myk naik,supplier aku naikkn hrga...sbb apa????sbb hrga spare part lg melantun2 naikny woiii....aku amat memahaminy.....cuma aku xphm knp org masih sokong umno yg xpandai mentadbir mjadi pentadbir....sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan sebenar dh kurang dn sepatutnye dh kalah pada pru 13 tp sbb licik menipu dlm pru dpt tubuhkn kerajaan...tu lh pasal kita semua susah sekarang sbb ditadbir oleh org bodoh tp pandai menipu....

      Delete
  6. Takkan duit BRIM tak cukup?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...