Sunday 12 October 2014

INGATKAN MASALAH BEKALAN AIR TERAWAT DI SELANGOR SENTIASA TERJEJAS SUDAH MENJADI LIPATAN SEJARAH.



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan hari ini berkata, loji rawatan ditutup sejak 8 malam semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari.
Tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan terjejas sehingga bekalan air kembali pulih.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat punca pencemaran," menurutnya.

INGATKAN DAH TAKDE LAGI KEJADIAN BEKALAN AIR TERAWAT DI NEGERI SELANGOR TERJEJAS SETELAH MB BAHARU DILANTIK ... RUPA-RUPANYA RAKYAT BERASA HAMPA JUGA ... TETAPI KITA SEBAGAI RAKYAT KENA BERSANGKA MULIA .. KITA BERI LAGI SEDIKIT MASA UNTUK MEMBUKTIKAN YANG MB BAHARU INI MENJADIKAN KEMELUT AIR SENTIASA TERPUTUS BEKALAN ADALAH PERKARA SEJARAH SILAM.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

14 comments:

  1. Bila Azmin nak buat wayang pergi swimming trip mengejut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin kena menyelam kat pusat rawatan air tersebut.
      Mudah2an tak ada lagi masalah pusat rawatan rosak.
      Kalu sungai tercemar, azmin kena turun pantau tepi2 sungai pulak.
      MB memang kena buat macam tu.
      MB mana buleh duduk opis hawa dingin, sengih2 dan pusing2 kerusi aje.

      Delete
  2. keluar mulut khalid ibrahim, masuk mulut azmin.
    2 x 5

    ReplyDelete
  3. Ini lah pendirian yg lalang dan menunjukkan pendirian pada sesuatu tak kuat. Tiada kesetiaan. Kesetiaan pada agama lain pada raja lain pada negara lain. Kalu tak suka lain. Tahulah tak suka azmin. Kondem abis. Org tu baru masuk 5 6 hari.. Agak2 la. Ingat boleh buat magik ka? Tak hairan la kalau omakkau senang berpaling tadah pada negara sendiri. Kesetiaan tiada makna langsung. Janji aku suka. Pedulikan org lain. Omakkau selfish. Kalau setia pada pkr atau melayu.. Sama2 la sokong dgn kritikan membina. Ni baru org tu masuk opis. Ntah2 tempat parking pon tak tau lagi.. Apara.. Ilek ar Kalau dah tak suka... Hmm.. Manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu nak tunggu berapa hari baru boleh nak kondem>
      Cakap la..nak tunggu berapa hari?

      Dia dah MB ker belum?
      Kalu dah MB buat cara MB
      Jangan nak tunggu2

      Delete
    2. Tugas MB bermula apabila dia sudah mengangkat sumpah sebagai MB.
      Tidak ada istilah "tunggu", "berilah masa" atau perkataan lain yang seumpama dengannya.
      Tak boleh nak buat, letak jawatan dan serah kepada orang lain yang mampu buat!

      Stop!

      Delete
  4. Bacalah tweet azmin ali dan apa yang dilakukan tentang loji yang bermasalah. Exco kena tunggu sampai air bersih dapat disalurkan semula... Ini baru yang berkhidmat.. Tahniah Azmin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah air tercemar tak boleh selesai dengan bertweet.
      Bila dah angkat sumpah MB, rugas sudah bermula.
      Bila tugas dah bermula, jalankanlah tugas dan bukan bertweet.
      Turun ke sungai2 tengok punca pencemaran, cari punca pencemaran, dakwa yg buat pencemaran. Bawak geng ambik gambar tak payah laa. Buang masa upload gambar dalam tweeter. Masa bertweeter boleh digunakan untuk pergi ke tempat sampah semula. Tak ada masa yang sepatutnya diluangkan sbb MB berkhidmat utk berjuta2 manusia. Bukan kpd penyokong yang tak berapa kerat!

      Sanggup minta/ terima jawatan, sangguplah berkhidmat.
      Kalau tak, di akhirat rakyat akan dakwa!
      faham?

      Delete
  5. Tgh tgu bateri remote control abis. Nk tgk camno nnt... :)

    ReplyDelete
  6. Apalah lembunya otak omakkau..kan ini masalah pencemaran air@tumpahan diesel...sel otak dah tak berhubung ke....taksub sangat dgn TKSI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau. Masalahnya soal pencemaran air.
      Tapi dah cari punca ker belum?
      Dah dapat punca ker belum?
      Nak tunggu hari isnin bekerja ker?

      Buat la macam isu sampah. Cepat dan tepat.
      Tang air janganlah banyak songeh pulak

      Delete
  7. Dah la omakkau. .abg khalid yg kau sokong gila2 tu dah tadak kuasa. Toksah dok hentam mb baru la. Pi la jilat tski kot2 dapat sikit rm.
    Kalau benar2 sokong pr kena la sokong sapa saja yg jadi mb. Phuii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak hentam...
      Nak bagi cadangan supaya mb baru kesayangan ko ni bekerja penuh komited 100 peratus.

      Sebab:
      Kerbau dipegang pada talinya. MB baru dipegang pada janjinya.
      Faham?

      Delete
  8. zaman khalid hanya reti catu air je.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...