Monday 6 October 2014

KAPTEN BAS RAPID KENA TIKAM DI PULAU PINANG OLEH SEORANG PEREMPUAN KURANG SIUMAN.


Punca kejadian yang menyebabkan perempuan kurang siuman itu naik minyak menyerang dan menikam kapten bas Rapid di Relau, Pulau Pinang tidaklah diketahui lagi.

Kecederaan yang dialami kapten bas Rapid berkenaan agak parah juga.

Tidak ada kena mengena dengan kenaikan RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter sehingga perempaun itu mengamuk.

Seorang pemandu bas Rapid Penang cedera parah selepas ditikam seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman dalam bas berkenaan di Relau hari ini.

Aisyamudin Yaacob, 26, yang sedang memandu ketika kejadian pukul 7 pagi itu cedera parah di paha kanan akibat ditikam beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata ketika kejadian terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas.

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan yang duduk berhampiran tempat pemandu tiba-tiba bangun dan terus menikam mangsa berulang kali menyebabkan bas berhenti dan wanita terbabit melarikan diri.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan penumpang yang berada di dalam bas tidak sempat menghalang tindakan wanita berkenaan atau mengejarnya," katanya.

Mior berkata mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang oleh pemandu bas Rapid Penang lain yang melalui kawasan berkenaan.

"Setakat ini polis belum merekod keterangan mangsa kerana keadaannya masih kritikal dan kami meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata usaha mengesan wanita yang menikam pemandu bas berkenaan giat dijalankan.

8 comments:

  1. Kalau kapir menikam alasannya kurang siuman tapi kalau org islam menikam alasannya pengganas atau ajaran sesat, biasa la.

    ReplyDelete
  2. Usin Lampoyan Saudagar Unta6 October 2014 at 18:41

    Syukur, Mesia masih aman...! Kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Biasanya yg kurang siuman ni pengundi puak yg keris karat tu. Harga minyak dunia turun, dia pulak naikkan harga minyak..mmg kurang siuman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaahahahahaahah..!! Ko xde name lain nak letak Ke NAJIS MUGHALAZAH TU..sahabat tv3 baca blog omakkau xkena tu..hahahahahahahahaaha..!!!

      Delete
  4. Orang mental ada dimana2 tindakan tak boleh dijangka sama macam tetiba minyak naik pastu warning barang jangan naik....gila apa!!!

    ReplyDelete
  5. patut ka tak patut tu bukan kita nak fikir logiknya , aku rasa sedikit sebayak puak drebar pun kena ajar jugak, kalau sesiapa yang pernah naik bas rapid 2013 punya cerita, depa pun ada jugak kurang ajar jugak, sepasai lagi ... susah sangat nak bagi change .. tak tau budaya mana ! dan bas cuma cater untuk pendatang , 70 percent penumpang, boleh dikatakan pendatang.;. cuba naik dan pasang telingga, ada pompuan kadang kadang merenyeh dengan drebar... malas aku !

    ReplyDelete
  6. just to update .... tahun 2014 , aku naik drebar nampak kurang ajarnya dah kurang,... stress atau masalah kena tingal jauh , kerja tak boleh emotional...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...