Thursday 16 October 2014

BANTAH AKTA HASUTAN 1948 ... ORANG ASLI PUN TURUT SERTA BANTAH.



Kira-kira 1,000 peserta sebahagian besarnya peguam - berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur berarak membantah Akta Hasutan.

Mereka dilihat berlegar-legar di padang tersebut sejak seawal jam 9.30, iaitu satu jam lebih awal daripada masa yang dijadualkan untuk bantahan bermula.

Antara yang hadir ialah Presiden Majlis, Christopher Leong, yang kelihatan menyambut ketibaan para peserta, dan bekas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan ahli-ahli Parlimen DAP - Teo Nie Ching, Nga Kor Ming, dan Gobind Singh Deo.

Kumpulan itu kemudiannya berarak ke Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari situ, untuk menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.

Cuaca terik 30 darjah Celsius dengan sedikit tiupan angin dan awan yang bertaburan.

Bagaimanapun, kebanyakan peguam yang hadir memakai kot masing-masing.

Omak rasa kaget dan kagum juga .. orang asli pun dah tahu membuat bantahan mengenai Akta Hasutan 1948 .. mereka di hasut atau sedar sendiri tanpa hasutan?????

Yang pasti Omak di beritahu .. budak-budak AMK langsung tidak nampak kelibat dan bayang mereka... agaknya mereka setuju Akta Hasutan 1948 di kekalkan kot?????? ... Atau mereka sedar yang mereka kerdil bila berada dalam suatu kumpulan yang intelek dan arif.




KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.


7 comments:

  1. Sampai orang asli juga di racun !

    Ekstremis yang tidak bersyukur hidup di Malaysia. Melayu yang 'join' sama seperti menggali lubang untuk di tanam hidup- hidup !!!

    Selama ini, Akta Hasutan telah memberi kesinambungan kepada Melayu seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
    Jika tidak, seperti slogan Dap - malasi ! Melayu itu kasut ! Melayu balik ke hutan ! Komunis itu hero ! Tongsan itu raja ! dan akhir-akhir ini terlalu angkuh provokasi mereka dengan oktoberfest...

    Tidak nampak lagi ? Jangan lah Melayu itu sentiasa bodoh dan bongong !

    ReplyDelete
  2. Sokong, dulu org kafir tak berani pun angkat muka, skrg mereka mahu menjadi tuan di bumi yang di pusakai dari nenek monyang kita.

    ReplyDelete
  3. jgn buat tudhn mlampau 12.46. awk igt org asli dkrg ni mcm 20 thn dlu kr. org asli skrg dh rmi ad phd. dn master mlmbk lmbk. dzmn dunia srba mju org asli jga bolh bfikr scra rasionl mna yg positve atu negatve. demontrasi hri ini nk membuktikn org asli pn mahukn kebebsan dlm ngara yg demokkrasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic... Yang datang tu ada phd, master dll.

      Delete
  4. Orang asli tu ok. Dia tak macam orang politik. Asyik maki hamun orang.
    Cuba tanya faham ke maksud akta tu?.
    Nanti dia jawab.
    " Dema bagi duit suruh datang, kita datang le."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hina org asli, sebodoh bodoh org asli yg kau sangka bodoh lg org2 umno/bn....kah kah kah

      Delete
  5. Betul tu.. jangan lah hina sangat orang asli..diorang datang pun bukan nye tujuan kena bagi duit atau lain-lain.. diorang ada hak jugak untuk membuat sebarang bantahan.. sekarang orang asli dpat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.. jangan hina sangat lah, nama nya l malaysia.. tapi nak terima orang asli pun susah.. hina sangat ke orang asli ni.. pikir2 lah..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...