Thursday 30 October 2014

LIWAT II HARI KETIGA LENGANG ... MANA PERGINYA PARA PENYOKONG SEMUA??????



Keadaan sekitar Istana Kehakiman Putrajaya sehingga jam 9.30 pagi pagi tadi yang lengang dengan kehadiran kedua-dua penyokong bagi mengikuti keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan ke liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan jumlah para wartawan dan jurukamera melebehi angka penyokong.

Mana perginya kesemua penyokong dan pendokong????? .. Apakah semangat juang sudah layu dan luntur... Mana perginya sumpah ikrar jeritan nyaring Membujur Lalu Melintang Patah, lawan tetap lawan .. adakah sesudah membujur semangat juang pun terus patah?????

Sebab itu dari awal lagi Omak berbicara bahawa semangat juang dan jati diri serta kesungguhan para pejuang KeADILan tahun Reformasi era 98 jauh lebih hebat dan jitu dari sekarang... para pejuang KeADILan terutamanya budak-budak AMK yang baru nak berjinak-jinak dan kenal politik serta makna perjuangan,  memiliki semangat juang ala-ala embun .. semangat juang tong kosong ... mudah lesap .. cakap berdegar-degar kuat tapi retorik omong-omong kosong.

Ketika itu jangan katakan 2 hari, berminggu-minggu sanggup turun memberikan sokongan .. ketika itu akan berdepan dengan semburan air berasid, gas pemedih mata dan kalau nasib kurang baik kena belasah dengan belantan ... amat berbeza dengan situasi sekarang .. lebih-lebih dihadang dengan besi penghadang .. tiada semburan air, gas pemedih mata dan kejar mengejar dengan FRU.

Apakah masih mau menafikannya?????

Esok masih ada untuk memperbetulkan keadaan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

13 comments:

  1. Dia org bayar duit untuk 2 hari aje.tak duit buat pe turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran yg dijanjikan dah tertunggak 2 hari blom bagi lagi.buat apa nk turun baisambung meniaga burger.

      Delete
  2. Apa boleh buat lakunan sajerrr, itu orang sikit sangat. 1998-2000 dulu memang real, itu sebab ramai, sampai tak tidoq malam, berarak, kena semboq dgn air breeze dll.
    2014 hanya berlakon.

    Kira ni semua lakonan macam tengok WWE The Rock vs Chris Benoit (2004) . Tampak ngeri tapi lakunan.

    Kah kah kah Wehhhh Mat Matang u r not wanted anymore. Pencen jer Lah. Mama kipas remote control pun kena bersara. Kamu tu paper lama. Cerita banyak takder value. Anak kamu tu pun tak payahla jadi wakil rakyat lepas ni. Baik bukak kedai Pet Shop. Yelahhh mangkok pergi programme touch d dog. Kalau pi programme Anak Yatim lagi baguihhh. Aku pun respect.

    Silap2 yang 500 orang berkumpul tu kutip kat Pudu Raya. Kah Kah Kah

    Our hope is with Azmin Ali. Seorang reformist tulin. Nepotism perlu dinyah Dari PKR. Inshaallah kita berharap bawah Azmin nepotism DLM PKR akan dihapuskan

    Weiiiiii Nuar Sadat. Ini sebab kau menzalimi orang yang amanah. Kamu mendengar hanya kpd pembodek2 Kajang Move yag hanya tau menorak kamu. Ahli PKR sudah bosan sama kamu. PAS sudah bosan sama kamu. DAP pun dah start bosan, itu sebab mereka kurang ambil pusing sama kamu.

    Baik kamu maki kaum2 Kajang Move ini dan pecat mereka. Lepas tu suruh Bini kamu bagi jawatan sama orang yang dihormati yakni YB Azmin

    Petikan Malaysian Today yang agak Pro PR

    Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Fahmi Zainol bertindak secara bebas tanpa persetujuan daripada mana-mana daripada 43 orang anggota dewan yang lain.

    Pengerusi Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Mohd Faridzuan Karim berkata, program pidato Anwar tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama MPPUM yang lain dan pihaknya berasa terabai serta tidak dipedulikan olehnya.

    “Fahmi menggunakan kuasa sebagai YDP (Presiden) untuk membuat keputusan satu pihak untuk meneruskan program yang tidak pernah dipersetujui oleh MPP yang lain.

    Mohd Faridzuan menambah, MPPUM turut menentang tindakan Fahmi yang membawa Anwar ke kampus.

    Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar yang hadir adalah bukan daripada pelajar UM tetapi dari luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei pencacai angkat Najis, luv apahal kutuk The Rock???? Lu ingat tak sakit ke masa lawan kat atas ring??? Lu nk kutuk anuar ke, najib ke, don't touch The Rock.. if u smellllllllllll...... Shit.

      Delete
  3. Salam....Nak komen 2 point je:-

    1) Buat hadirin yang hadir, apa faedah daripada kehadiran kamu? Buatnya keputusan mahkamah membenarkan rayuan DSAI, maka beliau dilepas dari pertuduhan, so? Kalau rayuan ditolak, Anwar masuk penjara, so? Apa yang kamu semua dapat? Keadilan? Tolonglah......buka minda sikit.

    2) Yang mahasiswa-mahasiswi yang buat kecoh di UM pun satu, konon perjuang kebebasan akademik...kepala hotak hangpa! Kebebasan akademik apanya kalau dah program tu terang-terang bermotif politik! Oooo....kalau hadir program diatur kerajaan tau plak korang kata motif politik...abes program pidato Anwar tu isi kandungannya apa? Kebebasan akademik? Hak bersuara? MY FOOT! Akhirnya, korang jugak yang rugi......belajar tak habis, kena tendang universiti....bebaslah korang dari akademik! Mengaji tak habis! Padan muka! Sekurang-kurangnya zaman aku dan kawan-kawan dulu perjuangan kami bukan sekadar suka-suka ambik risiko namun kami dilindungi pemimpin NGO yang berani berdepan dengan pemimpin UMNO untuk hantar memo bantahan dan sebagainya menekan pentadbiran pemimpin UMNO dahulu, namun yang aku tengok budak-budak sekarang saja suka-suka gila glamor kot masuk muka dalam semua media.....last-last polis detect kantoi tdo dalam lokaplah korang...glamor konon...pooodah! Aku dah lama sedar ini perjuangan yang sia-sia! Sekurang-kurangnya aku dan jadi peguam, dah merasa ada kereta & rumah, dah merasa berbini dan berpendapatan tetap, korang? Apa dapat? cerah masa depan.....

    -bekas reformist 1998-

    ReplyDelete
  4. Dulu 98 pun org pas yg support...sbn depa ada pengalaman nk gerakkan ahli2...nk harap org dh lama duk atas kerusi empok bn sorila...

    ReplyDelete
  5. kes mahkamah tk perlu ramai2 dtg, nnti SB ambil kesempatan buat kecoh fitnah PR.

    org2 muda lebih baik balik rumah solat hajat minta Allah binasakan org zalim fitnah. itu lebih afdhal.

    hanya org bodoh saja kata anwar sudah tidak dpt pembelaan dgn sebb tk ramai hadir.

    pembelaan Allah itu lebih didambakan dan Cukuplah Allah Sebagai Wakil.

    bg yg masih tk puashati langkah kajang... tidor lah, kes dh selesai.

    ReplyDelete
  6. dalam dunia ni...ada beberapa perkara yang dibuat dikatakan melakukan perkara bodoh dan bangang. salah satunya adalah datang belonggok longgok atas jalan atau tepi pintu pagar jerit jerit, baca sajak atau nyanyi.....konon nak sokong seseorang....siap buat beberapa hari lagi....ishhhh memang kerja bangang....udah-udah le tu. biar mahkamah buat keja. kalu depa zalim kat akhirat ada mahkamah yang lebih adil. pi balik buat kerja, jaga anak bini/laki, jangan ponteng kerja, buat kerja amal lain lagi baik.

    ReplyDelete
  7. Tengok wrestling lagi best...

    ReplyDelete
  8. PKR dan Dap kan kuat... Boleh hapuskan Pas pru 14...
    Pasmas kan kuat boleh ganti pas
    Anwaris kan kuat pengikut dalam pas majortiti bukan minoriti

    Mana bukti pkr dap kuat tiga hari di POJ sasaran 30,000 gagal
    Mana bukti pasmas kuat, tiada hadir pun di POJ kata dokong PR
    Mana bukti anwaris kuat, suhazan arahkan pemuda turun tiada pun
    Mana bukti anwaris kuat, mat sabu arahkan akar umbi turun tiada pun.

    Mana rba kata kuat.....

    Apakah mereka semua sudah mendalami ilmu ghaib perkasa ketika. Menentang himpunan bersih dahulu.

    ReplyDelete
  9. berhimpun pun ada manafaatnya

    tapi berdoa mohon kebinasaan utk penzalim dan selamat utk yg dizalimi lebih besar manafaatnya.

    bila Tuhan menghukum, peguam negara fitnah liwat 1 pun mengembang otaknya dan kembali ke Tuhannya utk dibicarakan dgn adil.

    yg lain sedang menunggu bahagian masing2. sabarlah ye.

    ReplyDelete
  10. Omak x pa la....mengadap komputer dapat duit.....awat igt org xdk reja...janji 2 hari...ni yg lajak sampai berhari hari apa cerita....

    ReplyDelete
  11. Dia orang ramai ramai pergi cari Khalid Ibrahim nak mintak upah..kan Kjhalid banyak duit.Omak kau saja yang tahu tentang Khalid.hidup Khalid hidup Omak kau

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...