Friday 3 October 2014

PANDANGAN MENGENAI ISU PENUTUPAN AKAUN SMUE PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG YANG BERCANGGAH PENDAPAT DARI 2 BEKAS SETIAUSAHA POLITIK TSKI.


Bermula dengan sehelai surat bertarikh 25hb September 2014 dari Bendahari Negeri Selangor kepada Pengurus Cawangan AmBank Klang mengenai PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG , maka berlaku ribut kononnya terdapat percanggahan dalam tindak tanduk yang dilakukan.

Satu pihak menyalahkan Dato' Menteri Besar Selangor yang baharu dan satu pihak lagi menyatakan MB Selangor tidak terlibat tetapi arahan bulat-bulat dari Bendahari Negeri Selangor.

Kedua-duanya adalah bekas Setiausaha Politik bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bekas Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, merangkap Ketua KeADILan Cabang Bandar Tun Razak, Azman Bidin berkata akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang dibekukan kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan lagi ahli parti PKR.

Menyanggah dakwaan  Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Hussin, Azman, yang juga Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, menjelaskan akaun bank program bantu rakyat itu hanya boleh diurus Adun dan Penyelaras DUN Pakatan Rakyat.

“Bendahari Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada wakil dari Parlimen Bandar Tun Razak bahawa memandangkan Tan Sri Khalid kini adalah Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat maka beliau tidak layak memegang peruntukan Skim Mesra Usia Emas lagi,” jelas Azman dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini.

“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh Kerajaan Negeri. DUN Angkat ini akan memegang peruntukan ini bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang peruntukan akan disereahkan kepada Penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar dalam masa terdekat.”

Pada kenyataan media 30hb September, Faekah berkata Bendahari Negeri Selangor diarah membekukan akaun berkenaan pada 25 September lalu, selepas penukaran teraju pentadbiran negeri.

Pegawai Khas ADUN Pelabuhan Klang Faekah Hussin menganggap pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali memulakan "langkah sumbang" apabila mendakwa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.

"Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

"YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri," kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.

Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai "tindakan keras dan politik dendam" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus lumus memperkasa program-program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Ternyata segala jasa-jasa Tan Sri Khalid selama lebih enam tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh menteri besar baru," katanya.

SMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.

Ia terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.

Tahun lalu skim itu diluaskan pula kepada program 'Jom Shopping' memberi belanja RM 100 kepada warga tua sekitar Selangor.

Sehingga kini lebih RM 11 juta telah diberikan di bawah SMUE.


Rumusan Omak Kau:- 

1)  Surat jelas bukan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor tetapi pejabat Bendahari Negeri Selangor .. Persoalannya jika bukan arahan datang dari pejabat MB Selangor adakah pejabat Bendahari Selangor begitu pantas akan mengeluarkan surat berkenaan?

2)   Walaupun kedua-dua mereka ini bekas Setiausaha Politik kepada TSKI, seorang masih berada dalam PKR menjawat jawatan Ketua Cabang Bandar Tun Razak sedangkan seorang lagi telah keluar parti .. sudah pasti nada penjelasan agak berbeza ... seorang berkata dengan bahasa berlapik dan beralas sedangkan seorang lagi berterus terang tanpa berselindung dengan tidak ada rasa takut dan gentar.

3)   Pokok utama penjelasan kedua mereka ialah memang wujud PENUTUPAN AKAUN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) BAGI AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DAN DUN PELABUHAN KLANG .... persoalannya apakah ianya perlu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika kemelut politik Selangor baru nak merasai reda sedikit?

4)   Dalam mempraktikkan budaya politik baharu yang cuba lari dari amalan politik purba UMNO sekian lama ialah dari segi peruntukkan tetap disalurkan terus kepada wakil-wakil rakyat waima dari parti mana pun mereka ... dengan mewujudkan suatu jawatan DUN angkat untuk menyelaraskan DUN yang bukan kepunyaan PR tidak ada bezanya apabila PR menyelar UMNO/BN mewujudkan jawatan JKKP untuk saingi JKKK sebagai tempat menyalurkan dana.

5)   Ketelusan dan keadilan bukan sahaja inya mesti dilaksanakan tetapi ianya lebih penting dilihat dari kaca mata hati ianya dilaksanakan.

6)   Jangan anggap dan pandang isu ini remeh dan kecil sebab persepsi rakyat tentang tatakelola urus tadbir negeri Selangor dibawah Menteri Besar baharu perlu dipandang serius dan diambil berat. Silap urus persepsi alamatnya, inilah kali terakhir PR memegang tampuk pemerintahan Selangor... Menang sorak kampong tergadai. .. Ingat!!!  . Rakyat sentiasa memantau dan membuat penilaian.

3 comments:

  1. Ini saya sokong. PR ka, BN ka, Bebas ka, Golkar kar , kalau depa menang mesti dapat peruntukan.

    Anwar mana, salah besar kuman di Salak South dari Segambut boleh nampak. Gajah depan mata tarak nampak.

    Weiiii Rafizi, Lu cakap sama lu punya boss. Kita perlu adil.Jangan bagi nasihat more than 2 the answer is 1

    ReplyDelete
  2. Tindakan Pejabat Bendahari Selangor adalah satu SOP bila mana ADUN bukan lagi dalam pakatan. Malah Faekah & TSKI lagi teruk keluar arahan pecat Exco Pakatan dan tarik semua kemudahan, Walaupun Admin penyokong kuat TSKI tapi fikirlah cara rasional. TSKi hanya harap sokongan golongan Presiden PAS sebab menantu dan S/U Politik PAS dapat ganjaran dalam saham Perangsang begitu juga Raja Idris yg merupakan orang Presiden PAS dilantik sebagai Pengerusi Perangsang. Harap Admin tolong buka mata demi perjuangan menegakkan kEadilan. Tak lama lagi DSAI akan menghuni penjara Sg BUluh maka harap admin Omak kau bersama dengan perjuangan pakatan dan jangan jadi batu api lagi.

    ReplyDelete
  3. Soal peruntukan untuk rakyat memang tidak boleh disekat biarpun wakil rakyatnya bukan dari parti pemerintah.

    Tapi cara menyalurkan bantuan dan peruntukan untuk rakyat mestilah bergantung pada sistem dan polisi penerintah.

    Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang adalah program yang di ilhamkan oleh Pakatan Rakyat sedangkan wakil rakyat disitu adalah wakil rakyat bebas.

    Adalah lebih baik Skim Mesra Usia Emas (SMUE) itu diurus oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat kerana mereka lebih memahami agenda yang perlu disampaikan pada rakyat berbanding dengan wakil rakyat bebas yang tiada tanggongjawab menjaga nama baik Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh menteri besar.

    Jadi wakil rakyat melalaui parti mesti patuh pada peraturan dan undang-undang parti... Biadap dan kurang ajar pada parti sendiri...jadi pengemis lah jawapnya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...